Awesome Food | Penang Pisang Cheese

Awesome Food | Penang Pisang Cheese

Salam.Awesome Food. Ya aRz mengetengahkan makanan yang aRz rasakan menarik di tempat yang pernah aRz singgah. Tidak kira samada di Pulau Pinang ataupun di negeri lain. Hari ini kebetulan aRz dan family keluar membeli barang keperluan harian, sebaik saja pulang teringin nak makan pisang goreng. Kebetulan gerai yang aRz selalu beli tutup awal. Inilah dikatakan rezeki ternampak di seberang jalan gerai Penang Pisang Cheese. Memang rezeki isteri aRz teringin sangat nak rasa pisang goreng cheese.

Penang pisang cheese, pisang goreng, penang, awesome food, arzmoha, foodporn,
Penang Pisang Cheese.

Mesti ada yang tertanya bagaimana rupa pisang cheese ini selepas siap untuk dimakan kan?
Jangan risau aRz ada sediakan gambar untuk tatapan anda semua. 

Pisang cheese di pulau pinang, penang, awesome food, blogger malaysia,
Pisang cheese + Coklat

Penang Pisang Cheese, pisang goreng, awesome food, foodporn, arzmoha, exchangefeedgroup,
Gambar setelah dihidangkan.

Bagi aRz dari segi rasa memang sedap. Mana tidaknya cheese dicampur coklat dan sedikit susu. Peniaga ini pula tidak kedekut dengan ramuan yang ada. Dalam keadaan cuaca di Pulau Pinang yang sekarang ini hujan di sebelah petang memang terasa nikmat pekena Penang Pisang Cheese dan air Kopi O.

Mesti ada yang tertanya-tanya lagi dimana lokasi gerai ini? jom tengok dibawah.

Lokasi Penang Pisang Cheese



Gambar sudah, lokasi pun sudah diberi jangan tunggu lagi ok. aRz berharap dengan entri ini dapat membantu mereka yang sedang mencari pisang goreng cheese sekitar pulau pinang.

Sekiranya anda memiliki kedai atau gerai dengan hidangan yang istimewa untuk di kongsikan dalam segmen Awesome Food ini samada sekitar Pulau Pinang mahupun di negeri lain termasuk Sabah. 

Hubungi aRz melalui :

email : azrilmohdhaniffa@gmail.com
atau
call/sms/whatsapp : 011-27130797
atau
instagram/twitter : @arzmoha

Comments

  1. Tengok pun menarik... biar sha teka, rasanya rangup2 kan?? bestnya duduk penang... syurga makan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow tepat tekaan. memang rangup. Negeri lain pun sebenarnya banyak juga makanan kan?

      Delete
  2. wah...tergodanya tgk...meleleh air liur..hehhhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan biarkan air liur terus meleleh sila cari dengan segera hehe

      Delete
  3. aummm pisang cheese... my fav hokeyy

    ReplyDelete
  4. sedapnya
    dan-dan teringin nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama tercari-cari pisang goreng cheese

      Delete
  5. kak eny x brp suka sgt sebab mcm cpt muak dan rasa berdosa je bila makan... sedap mmg sedap heheheeheh

    ReplyDelete
  6. nyummy...sedap pisang cheese....

    ReplyDelete
  7. wah2..boleh cari nie..siap ada map lagi..terbaikk la makanan di pulau pinang

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau cerita saja tanpa map macam tak berapa lengkap

      Delete
  8. Tak pernah rasa. Tapi tak bleh lupa, pekena cendol depan sekolah kat pekan kepala batas dengan din ikan bakar kat kepala batas juga. Huuuhhhhh.... memang terigau2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobri orang pulau pinang ka? atau singgah disini saja?

      Delete
  9. fenomena pisang cheese pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. fenomena ni dah lama cuma sekarang baru dapat cuba

      Delete
  10. aduhh kat rembau ni kat mne la org jual pisang cheese..tgk ni ha dh terliur..ni semua salah abg arz..ishh :P

    ReplyDelete
  11. harganya pun tentu boleh tahan,kan..:)

    ReplyDelete
  12. Tok tok tok.. nak sikit.. ngee..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. hai cik iput. ya memang menyelerakan kena pula musim hujan seperti sekrang

      Delete
  14. pernah beli dekat area pmtg pauh ni.. hurm hampeh.. pisang goreng cheese ke pisang goreng coklat pn xpasti.. buat sendiri lg puas hati..hehe..
    (pastu menyesal sebab bertambah lemak..hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi memang pisang goreng cheese tak boleh makan banyak. sebab akan mula rasa muak

      Delete
  15. Sedap tu MKL. Saya pun baru first time rasa

    ReplyDelete
  16. wahh....pisang cheese tu...mkn waktu lepas goreng...fuhhh..meleto2 dalam mulut

    ReplyDelete
  17. along pernah makan.. kat nilai ada jual.... nak kata sdap..not bad..nak kata xsdp... dkt 5 biji along telan..ahha

    ReplyDelete
  18. sedap tu.. nina jarang masuk pulau.

    ReplyDelete
  19. sedapnya ! tgk gmbo dah menggoda

    ReplyDelete
  20. yang depan rumah saya pun sedap

    ReplyDelete
  21. nk tau x sy br je skali mkn pisang cheese ni tu pun smpi SP br mkn hahaha

    ReplyDelete
  22. Terima kasih tuan punya blog atas recommendation ke atas Penang Pisang Cheese kami! Ada masa singgah lagi ye! 😊

    ReplyDelete
  23. Memang syok tak terkata ...

    ReplyDelete
  24. macam sedap je pisang goreng cheese nie...nampak menarik...

    ReplyDelete
  25. belum pernah rasa lagi pisng cheese ni. lagipun aina xsuka mkn pisang goreng. huuu

    ReplyDelete
  26. mula nya kak umul mcm xleh terima pisang cheese nih..masa tu blelum rasa,mybe sbb kurang gemar mknn yg manis..tapi lps mcuba pisang chesse yg biasa tu..rasa cm sedap,sbb tak berapa manis..yg ada coklat ke ..strawberi boleh pnh rasa lagi

    ReplyDelete
  27. sedap ni...klu di sabah KG paling suka makan pisang goreng cheese di tawau

    ReplyDelete
  28. Akak suka pisang cheese. Klu jumpa memang confirm belilah. Dah puas makan baru fikir kalori, kolestrol, gula segala! Hihihihihi

    ReplyDelete
  29. kat tempat bunda ni pun ada banyak tempat dan peniaga yang berjual pisang goreng cheese ni....tapi ada 1 2 jer yang betul2 sedap dan sesuai dengan citarasa ramai...

    ReplyDelete
  30. Done follow.#425.

    Tak sabar nak g penang next week!hihi

    ReplyDelete
  31. Tengok cokelat dgn cheese yg kena dkat polisterin tu kita taw da tak kedekut.. sedapnya laauu dapatt

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih