Waktu Istimewa Doa

Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari.
Umat Islam mengetahui bahawa Hari Jumaat merupakan hari dimana akan berlakunya Hari Kiamat.
Banyak juga peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada Hari Jumaat anataranya hari dimana Allah SWT menciptakan Nabi Adam A.S.

Waktu Istimewa Berdoa

Carilah banyak lagi peristiwa yang berlaku di Hari Jumaat. Apa yang aRz ingin kongsikan pada hari ini adalah waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Seperti mana kita ketahui ada banyak waktu dimana doa mudah dimakbulkan. Antaranya berdoa ketika sujud, selepas solat, ketika hujan turun, ketika diantara dua khutbah dan lain-lain lagi.

Pagi ini kebetulan seorang sahabat menghantar Waktu Istimewa Doa pada Hari Jumaat, jadi aRz ingin berkongsi dengan semua. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini membuatkan aRz tidak lupa waktu ini.

Hari Jumaat , adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktu pertama, Waktu ketika imam mula duduk diatas mimbar sehingga solat Jumaat, Waktu Kedua, selepas solat asar berdasarkan hadith Nabi S.A.W. yang beerti :

Hari Jumaat, ada 12 bahagian masa yang mana tiada pada seorang hamba Muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (makbul), maka carilah ia pada hujung waktu selepas asar" Hadith riwayat Abu Daud - Hadith Sahih.

Jom sama-sama kita perbanyakkan beristighfar dan selawat ke atas Nabi. Bukan sahaja pada hari Jumaat tapi pada setiap hari. 

Jumpa Lagi.

Comments

  1. thnks perkongsian ni.. best klu cuti jumaat ni kan..

    ReplyDelete
  2. selamat menunaikan ibadah sholat jum'at hehehe jum'at berkah

    ReplyDelete
  3. subhanallah,alhamdulillah ,Allahhuakbar...alhamdulillah anda sudah pun berzikir

    ReplyDelete
  4. menarik2. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. good entry indeed. thank you =)

    ReplyDelete
  6. Berdoalah Pasti Allah Akan Mengabulkan Doamu...

    ReplyDelete
  7. Jumaat ni ada satu detik , jika berbetulan dengan doa kita masa tu ,In sya Allah doa makbul...

    moralnya - jangan putus doa..

    ReplyDelete
  8. krn tu kita disarankan berdoa sepnjg hari Jumaat...mn laa tau kan...ada natara doa kita tu diterima...

    ReplyDelete
  9. Good sharing... betul tu, waktu yang sangat mustajab berdoa. lagi satu waktu doa mustajab bila time hujan. Suka sangat berdoa time hujan.

    ReplyDelete
  10. berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW tanda kita ingat kepada baginda

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih