Pulau Pinang Syurga Makanan

Makanan Rohani, Makanan untuk perut, Majlis Ilmu Pulau Pinang, Burger Astaka Bukit Gedong

Salam. Alhamdulillah. Semua sihat?
Semoga semua pembaca blog saya dan mereka yang sentiasa memberi sokongan pada saya untuk terus bersemangat untuk terus mengemaskini blog ini berada dalam keadaan sihat selalu. 

Pertama sekali ingat lagi dengan entri Kufur Nikmat? Jadi jangan lupa untuk ucapkan Alhamdulillah pada setiap nikmat yang kita rasai hari ini. Bersyukur dilahirkan di Malaysia yang aman dan damai dengan masyarakat yang saling bantu membantu penuh dengan adab yang cantik. Bersyukur juga kerana dilahirkan di negeri Pulau Pinang. Negeri dimana pusat pentadbirannya dikelilingi oleh lautan. Dikenali juga sebagai Pulau Mutiara.


Pulau Pinang hari ini lebih dikenali sebagai Syurga Makanan. Ramai pelancong yang datang ke sini kerana keunikan makanan disini. Pulau Pinang penuh dengan pelbagai makanan dari pelbagai kaum disini. Dalam blog ini juga ada saya ceritakan antara makanan yang menarik dalam ruangan Awesome Food. Insyaallah jika dipermudahkan saya akan terus berkongsi dan bercerita lagi tentang makanan yang menarik di Pulau Pinang. Mungkin selepas ini jika ada pengusaha kedai makanan yang rasakan menunya sangat menarik juga boleh hubungi saya untuk saya berkongsi di blog saya.

Tetapi ada sedikit kekurangan jika saya hanya berkongsi atau bercerita mengenai Syurga Makanan untuk perut sahaja. Pulau Pinang hari ini, dengan usaha beberapa pihak Alhamdulillah boleh juga dikatakan sebagai antara Syurga Makanan untuk ROHANI. Apa itu Syurga Makanan ROHANI ini? Sebenarnya ia adalah Majlis Ilmu. Boleh dikatakan hampir setiap masjid hampir setiap malam di Pulau Pinang dipenuhi majlis-majlis ilmu. Alhamdulillah syukur.

Begitu juga ada beberapa pihak yang sudi untuk menyebarkan majlis-majlis ilmu itu serta mengadakan majlis-majlis ilmu dari semasa dan semasa. Alhamdulillah. Pihak yang saya maksudkan itu adalah :

Majlis ilmu, tuntutlah ilmu
Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang

Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang, Majlis Ilmu, Ceramah Agama, Menuntut Ilmu
Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang

Majlis Ilmu Negeri Pulau Pinang (MINPP) menyebarkan jadual kuliah majlis ilmu di facebook rasmi mereka iaitu :


Pihak kedua yang saya maksudkan adalah :

Zon kuliah, rakaman, video majlis ilmu, Pulau Pinang
Zon Kuliah

Zon Kuliah ini pula menyediakan LIVE STREAMING dan rakaman kuliah yang terpilih. Buat anda diluar Pulau Pinang atau tidak sempat hadir boleh mendengar dan menonton secara live. Pihak zon kuliah juga berkongsi segala video yang dirakam dan segala jadual di facebook rasmi iaitu


atau ikuti rakaman video terpilih di

http://zonkuliah.my/

Di zaman serba canggih atau dikatakan dunia di hujung jari ini tiada lagi alasan untuk menyatakan kita tak tahu ada majlis ilmu. Pihak MINPP dan Zon Kuliah sedaya upaya membantu menyebarkan jadual kuliah majlis ilmu mudah-mudahan kita manfaatkannya sebelum terlambat.

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid berdekatan dalam keadaan kita masih mampu memasukinya dalam keadaan TEGAK, sebelum kita memasukinya dalam keadaan MELINTANG.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua. Yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala kekurangan itu datang dari diri saya. Mohon maaf jika ada kesilapan didalam entri ini.

“Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)

Surah Al-Zalzala, Maksud Ayat 7:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

{ 41 comments.. read them below or add one }

Mek Onie Mek Onie 22 Nov 2014, 13:07:00
pasemboqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq
Etuza Etuza Etuza Etuza 22 Nov 2014, 13:23:00
Asalam terbaik ni sahabat blogger. Teruskan berblog dengan cara yang berhikmah. selitkan dakwah kesedaran dan pelbagai cara...
Amanda Suria Amanda Suria 22 Nov 2014, 15:26:00
Bukan setakat syurga makanan untuk hidup je...tp syurga mknn rohani jugak....
anajingga anajingga 22 Nov 2014, 18:33:00
Alhamdulillah, makan, makan juga kan aRz, ilmu rohani perlu juga untuk santapan minda :)
kenny977world kenny977world 22 Nov 2014, 20:01:00
info yang bermanfaat..thnks for sharing :))
Hasnieda Hasnieda 22 Nov 2014, 21:40:00
Penang memang syurga makanan!... nasi kandaq of course yang terbaik... aduhhh... sejak tinggal kat Selatan ni dah lama tak makan nasi kandaq yang best... sedihhh
umi alya umi alya 23 Nov 2014, 07:26:00
Lama tak jejak kaki ke Pulau Pinang....
Anizz Annisa Anizz Annisa 23 Nov 2014, 09:13:00
makan untuk santapan rohani juga..good :) teringin nak pergi penang satu hari nanti :)
Nazira Mohamad Nazira Mohamad 23 Nov 2014, 10:56:00
teghasa nak pi pulau pinang pulak ><
Azrin Rahim Azrin Rahim 23 Nov 2014, 16:56:00
cakap pasal mknan mesti ingt perut shje kdng2 tetapi mknan untuk rohani tidak pula kita fikir.. tq atas perkongsian.. pasal seronok tntg perkongsian nie pasal livestreaming tu.. boleh lh ayie tgok sebb nak ke Penang mcm xjauh plkkan.. hehe moga memberi manfaat
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 23 Nov 2014, 20:29:00
Ni yg rs nk terjah PP skrg jg!!!
Etuza Etuza Etuza Etuza 23 Nov 2014, 23:13:00
Memang terbaik PP banyak makanan sedap..Malaysia kaya degna sumber makanan ..
Jari Manis Jari Manis 24 Nov 2014, 10:50:00
TERBAIK lah Pulau Pinang..syurga makan rohani dan jasmani. Rugi jika rakyat pulau pinang tidak ambil peluang menghadiri majlis ilmu yang di anjurkan tu
Farrah MF Farrah MF 24 Nov 2014, 13:46:00
Terbaik! Makanan untuk perut dan rohani. Lengkap pakejnya :)
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 24 Nov 2014, 15:42:00
moga pulau pinang terus maju kedepan. teringin nak p syurga makanan dan makanan rohani :)
Hamidi SP Hamidi SP 24 Nov 2014, 18:50:00
Tak pernah lagi jejak ke PP..
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 25 Nov 2014, 14:18:00
CP baru balik dari kursus di Penang. Setiap malam pasti pergi cari nasi kandar, pasembur dan mee sotong.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 26 Nov 2014, 07:29:00
Perghhh..thumbs up untuk Penang.
Sempoiii...
Nak kena pi bercuti kat sana ni.
Nanti boleh tanya Arz, iola, Fathin ttg Penang. Rasenye Ct humairah pun penang mari, kan?
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 26 Nov 2014, 07:29:00
Perghhh..thumbs up untuk Penang.
Sempoiii...
Nak kena pi bercuti kat sana ni.
Nanti boleh tanya Arz, iola, Fathin ttg Penang. Rasenye Ct humairah pun penang mari, kan?
mama 3farhanah mama 3farhanah 26 Nov 2014, 10:15:00
terbaiklah pulau pinang.
semoga terus maju
aRz MoHa aRz MoHa 26 Nov 2014, 10:49:00
betul tu.....ramai juga lagi blogger penang cuma belum mengenali
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 26 Nov 2014, 12:30:00
CP datang dengan officemate. Kalau tak memang nak whatsapps Arz ajak lepak
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 26 Nov 2014, 13:03:00
baru tau ada santapan rohani macam ni... =)

Penang....
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 26 Nov 2014, 15:53:00
Wahh TERBAIK Penang ..Macam2 ada ..Nice sharing Arz..
Amanina Mads Amanina Mads 27 Nov 2014, 00:06:00
thorbeakkk Penang !! macam2 ada. bangga kan? hehehe
baru tau ad banyak majlis ilmu tahun ni
Scha Nazri Scha Nazri 30 Nov 2014, 23:41:00
Aaaa, nak pergi penang nak makan je. hehe
Farrah MF Farrah MF 1 Dec 2014, 12:52:00
Baca entri ni tetiba teringin nak makan jeruk. Hahaha.
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 15:07:00
datang la penang makan jeruk
Amy J Amy J 1 Dec 2014, 19:46:00
saya dulu asrama kat penang. tapi nama pun asrama kan. x berpeluang nak makan2 kat sana.. hmmm
hidayu ayumie hidayu ayumie 2 Dec 2014, 07:06:00
2 3x dah jejak kaki ke pulau pinang.. tp blm smpt merasai syurga makannan tu lagi... alhmdullilah ade jugak rohaninye kt sane
Farrah MF Farrah MF 2 Dec 2014, 08:06:00
Kalau pi Penang, bukan setakat nak makan jeruk je...macam2 lagi akak nak pergi makan :)
zarulfarhana zarulfarhana 3 Dec 2014, 23:33:00
ilmi rohani juga perlu ditambah
Eshamz Halim Eshamz Halim 10 Dec 2014, 08:15:00
Setuju dengan pendapat bro... :D
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 12 Dec 2014, 03:03:00
Suka sangat entri ni walaupun kurang gambar makan ! hahaha... memang pulau pinang lubuk makanan ... cuma sha tak berkesempatan lagi...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih