Kufur Nikmat

Google Images

Salam Jumaat. Semoga sihat sentiasa. Pejam celik Pejam celik dah sampai hujung minggu.
Masa berlalu dengan pantas. Jadi sebelum pergi ke tajuk entri hari ini ada sedikit perkongsian soalan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya. Saya ringkaskan.

Pertama, Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Kedua, apakah yang paling jauh dari diri kita?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah MASA LALU. Tidak kita kita menggunakan apa jenis kenderaan pun kita tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Ketiga, Apakah yang paling besar di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah NAFSU. Nafsu yang menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk hidup berlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus kedalam api neraka. Maka perlu berhati-hati dengan nafsu supaya tidak terjerumus ke dalam neraka.

Keempat, Apakah yang paling berat di dunia?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanah.

Kelima, Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Jawab imam Al-Ghazali adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara mengejar dunia kita meninggalkan solat.

Keenam, Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Jawab Imam Al-Ghazali adalah LIDAH. Kerana malalui lidah, manusia begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Dengan lidah juga maka tersebar fitnah. Dengan lidah juga manusia mungkin terhumban ke dalam neraka.

Soalan ini sebenarnya ada bersangkut paut dengan tajuk entri ini yang mana merupakan tajuk Khutbah Jumaat di tempat saya pada hari ini. Khatib juga meminta supaya kita sama-sama bermuhasabah diri tanya apakah nikmat Allah yang telah kita kufur akannya.

Bercerita tentang nikmat Allah S.W.T ternyata terlalu banyak, terlalu besar. Jika diambil dari sudut yang kecil seperti nikmat mata, hidung, telinga, mulut (lidah) apakah kita telah menggunakan sebaiknya dijalan Allah? Atau setidaknya tidak digunakan untuk tujuan yang tidak baik?

Begitu juga dengan nikmat sebagai seorang PEMIMPIN. Pemimpin keluarga, Organisasi setempat, tempat kerja, Pemimpin rakyat dan sebagainya. Jika kita takut tidak mampu memegang amanah yang besar sebagai seorang pemimpin terutama pemimpin yang melibatkan organisasi yang besar maka lebih baik janganlah kita sanggup untuk memegang amanah tersebut. Tugas sebagai seorang pemimpin adalah amanah yang amat berat.

Selain daripada itu, antaranya adalah nikmat anak. Ramai yang inginkan anak. Ramai yang berdoakan untuk cepat mendapat zuriat atau anak. Tidak salah sebenarnya. Anak itu penyeri rumahtangga. Tetapi perlu ingat anak itu adalah satu AMANAH. Sebelum kita mendapat zuriat maka kita perlu bersiap sedia untuk memegang amanah yang amat berat dan besar itu. Didiklah agar menjadi manusia yang taat pada perintah Allah S.W.T. Ada juga yang dikurniakan anak tetapi tidak mensyukuri nikmat tersebut. Dengan mendera anak, memukul bukan untuk tujuan mendidik, dan banyak lagi.

Setakat ini saja yang ampu saya kongsikan untuk hari ini. Seandainya ada kesilapan di dalam entri ini mohon jasa baik semua untuk menegur saya. Marilah kita sama-sama menyukuri nikmat yang Allah S.W.T. berikan pada kita dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Jumpa Lagi



{ 28 comments.. read them below or add one }

Time Traveller Time Traveller 14 Nov 2014, 16:25:00
Alhamdulillah perkongsian yang baik.. Kene banyak muhasabah kan diri.. Manusia mmg selalu lalai.. moga kita selamat dari mnjadi hamba Nya yg rugi...
mama amir mama amir 14 Nov 2014, 16:56:00
Alhamdulillah...terima kasih mengingatkan....
Amanina Mads Amanina Mads 14 Nov 2014, 17:06:00
peringatan buat semua.. alhamdulillah. manusia memang selalu alpa dan lalai
Hamidi SP Hamidi SP 14 Nov 2014, 17:23:00
Terima kasih diatas peringatan ini.. Sentiasa bermanfaat untuk direnungi.
Scha Nazri Scha Nazri 14 Nov 2014, 20:09:00
Alhamdullilah. Suka dgn nasihat yg abg arz share kan ni.
kerusiburok kerusiburok 14 Nov 2014, 22:59:00
terima kasih atas ingatan ini :)
JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 15 Nov 2014, 01:47:00
Perkongsian ilmu yang sngt bermanfaat utk sy..semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat2Nya...
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 15 Nov 2014, 01:52:00
Menjadi pemimpin pun adalah suatu nikmat...fikirkan nikmat, InsyaAllah tak atau kurang stress..
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 15 Nov 2014, 01:53:00
Apa-apa pun semua di dunia ni datang dari Allah...sebab tu baik atau sebaliknye hendaklah kita sentiasa berserah diri kepadaNya setelah berusaha...
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 15 Nov 2014, 01:56:00
Yang penting sentiasa insafi diri..dengan melihat semua kejadian di sekeliling kita sebagai suatu pengajaran atau kebaikan utk kita lebih berusaha untuk berjaya lagi dan lagi...
JAWATAN KOSONG TERBARU JAWATAN KOSONG TERBARU 15 Nov 2014, 02:00:00
Sukar nak jadi pemimpin yang sempurna tapi yang baik tu ramailah...
Siti Aisya Ibrahim Siti Aisya Ibrahim 15 Nov 2014, 05:12:00
setuju, ank memang tanggungjawab yang besar sangat... ibu bapa patot rasa malu pada Allah bila nak pukul anak tuh... kalau anak tuh teruk, sebenarnya itu reflek ibubapa nya...allahu alam
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 15 Nov 2014, 08:01:00
Betul tu. Sebelum ada anak, bukan main nak ada anak. Bila anak dah ramai, tak tahan pula..didera macam-macam sampai mati pun ada. Harap jangan pandai buat je tapi tak pandai jaga.
Silalah didik.anak menjadi insan mulia.
Reminder to my ownself.
Anizz Annisa Anizz Annisa 15 Nov 2014, 10:20:00
perkongsian yg baik.. alhamdulillah...
Anizz Annisa Anizz Annisa 15 Nov 2014, 10:22:00
betul tu.. anak tu satu tanggungjawab.. kena didik dengan baik.. akan ingat kata2 tu :)
Etuza Etuza Etuza Etuza 15 Nov 2014, 15:54:00
Asalam semoga kita terhindar dari keadaan yang menyeksakan zahir dan batin...
Etuza Etuza Etuza Etuza 15 Nov 2014, 15:54:00
sudah baca info hal anugerah..jemput join ya
Jari Manis Jari Manis 16 Nov 2014, 21:36:00
aha..kufur nikmat? ada yg tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan..ya Allah ampunilah dosa-dosa ku yg kekadang leka dgn suruhan mu
Amy J Amy J 19 Nov 2014, 18:43:00
betul. sedangkan masa jadi anak pun dah ada amanah masing-masing. kalau jadi anak pun tanggungjawab x terbuat, apatah lagi nak ada anak sendiri
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 20 Nov 2014, 13:42:00
Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini...
Eshamz Halim Eshamz Halim 21 Nov 2014, 08:11:00
Pengkongsian yang cukup berguna bro... bersyukurlah dgn nikmat yg diberi... :D
hidayu ayumie hidayu ayumie 21 Nov 2014, 18:04:00
Alhamdullilah
satu perkongsian yang baik arz...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 21 Nov 2014, 23:39:00
Satu perkongsian menarik dan bermanfaat untuk kita semua ..Thanks Arz....
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 24 Nov 2014, 15:48:00
setuju dengan setiap kata2 nya. moga kita sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan baik. semua milik Dia :)
mama 3farhanah mama 3farhanah 26 Nov 2014, 10:19:00
perkongsian yang baik dan bermanfaat
terima kasih Arz
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 12 Dec 2014, 17:53:00
Allahuakbar...peringatan untuk semua...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih