Skip to main content

NASI KANDAR CERI | MESTI CUBA SARAPAN PAGI ATAU MAKAN TENGAHARI BILA SAMPAI PENANG

NASI KANDAR CERI | MESTI CUBA SARAPAN PAGI ATAU MAKAN TENGAHARI DI PENANG

Assalamualaikum. Kadang ada kawan-kawan mesej tanya kat Penang sarapan pagi atau makan tengahari sempoi kat mana? Memang banyak, kalau senaraikan jenuh nak pi semua tempat makan. Nasi Kandar Ceri @ Pokok Ceri antara salah satu yang boleh dicuba. Apa yang menarik nak sarapan pagi pun boleh nak makan tengahari pun boleh juga.

Nasi Kandar, nasi kandar pokok ceri, Nasi kandar di penang, sarapan pagi di penang, makan tengahari di penang,
Nasi Kandar Ceri Penang

Kenapa nama pokok ceri, mungkin ada pokok ceri kalau tak silap berdekatan nasi kandar ini. Kalau ada sejarah lain tak pastilah. Apa yang disediakan disini? Macam biasa menu utama adalah nasi kandar. Nasi putih dan lauk-lauk dari pelbagai jenis kuah kari.

Hari jumaat, sabtu, ahad dan hari cuti (public holiday) disediakan Nasi Tomato. Rasanya macam tak ada nasi putih. Selain daripada nasi ada apa lagi?

Roti canai pun ada juga cuma kalau nak pekena roti canai ada tempat lain yang lebih menarik dan lebih surr

BACA DISINI : ROTI CANAI GEMAS ROAD


nasi kandar ceri, nasi kandar di penang, tempat sarapan pagi di penang, tempat makan tengahari di penang, nasi kandar tengahari penang,
Nasi Kandar Ceri pun beratur?

Aik, nasi kandar ni pun kena beratur? Jangan risau ada waktu kena beratur sikit, ada waktu tak perlu beratur ikut keadaan. Tapi tidaklah sepanjang nasi kandar Deen Maju. Mungkin sebab hari cuti semua makan di luar.


Apa menu yang menarik disini? Antara cadangan lauk bukan sekadar makan disini, tetapi di semua nasi kandar adalah Nasi Putih + Ayam Goreng @ Daging @ Ikan + Telur bawang @ Telur Rebus @ Telur Masin + Bendi + Kuah Campur + Sambal Nyok (tak semua nasi kandar ada).

Tak boleh ka makan sotong, telur ikan, telur sotong? Bukan tak boleh, BOLEH makan saja, tetapi ini kebiasaan contoh menu orang penang selalu makan.

Waktu operasi Nasi Kandar Ceri jika tidak silap diantara waktu : 7am-3pm

Lokasi :

Lokasi nasi kandar ini terletak Jalan Air Itam di dalam kawasan masjid Jamek Shaik Eusoff. Boleh Google Maps samada nama masjid atau Nasi kandar Ceri mesti jumpa. Parking pun mudah dan sekarang ini perlu bayar RM 2 sahaja. Motosikal percuma.
Nasi kandar Ceri sarapan pagi dan makan tengahari di penang, nasi kandar di penang, mesti cuba makan di penang,
Nasi Kandar Ceri

Kalau dari kawsan masjid inilah rupa Nasi Kandar Ceri, tak ramai mana pun, tapi kalau waktu bekerja mungkin ramai sedikit sebab staf Hospital Pulau Pinang turut sama makan disini.

Setakat ini dahulu sebarang persoalan boleh tanya di bahagian komen. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Nasi Kandar Ceri Tempat Sarapan Pagi dan makan Tengahari di Penang

Jumpa lagi.

Comments

  1. Tudiaaaaa...nasi kandaq no....huiiii.....confirm sedap tu..tp akak masalah skit lepas makan confirm cerry berry...x tahan kuah tu kot

    ReplyDelete
  2. Boleh try ni next time sampai ke sinu

    ReplyDelete
  3. Ingatkan nasi kandar ada ceri haha.. Ok abg arz. Dah masuk dalam list. Bole date ngan husband lepas ni hehe

    ReplyDelete
  4. Kt alor star ni rasanya ada jugak nasi kandar ceri. ..

    ReplyDelete
  5. Ya ampunnnn... pjgnya beratur

    ReplyDelete
  6. Penang dan Nasi Kandaq memang tak dapat dipisahkan.. hiks...

    ReplyDelete
  7. Sini mmg surr.. Tiap2 jumaat makan kat sini, dah jadi macam rutin hari jumaat.. Kalau x pekena nasi tomato hari jumaat mmg x sah

    ReplyDelete
  8. Masuk dlm list terus. Mmg plan nk naik penang nanti

    ReplyDelete
  9. hurmm, tunggu kami sampai nohh. lama dah ni tak pekena nasik kandar

    ReplyDelete
  10. suka makan sini... antara sebabnya, kedai ni dalam masjid Sheikh Yusof (kot). dan ownernya kalau tak gi berdakwah ke luar negara kenkadang sampai 3 bulan di Amerika, Eropah akan menjadi org pertama yg ada sebelum suboh di masjid tu. Dan aku rasa in shaa Allah jenis kedai yg tak ada jampi2 atau mintak tolong jin2 untuk laku. sebab jenih mamak2 nasik kandar ni boleh tahan gak mandrem2 dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...