NASI KANDAR CERI | MESTI CUBA SARAPAN PAGI ATAU MAKAN TENGAHARI BILA SAMPAI PENANG

NASI KANDAR CERI | MESTI CUBA SARAPAN PAGI ATAU MAKAN TENGAHARI DI PENANG

Assalamualaikum. Kadang ada kawan-kawan mesej tanya kat Penang sarapan pagi atau makan tengahari sempoi kat mana? Memang banyak, kalau senaraikan jenuh nak pi semua tempat makan. Nasi Kandar Ceri @ Pokok Ceri antara salah satu yang boleh dicuba. Apa yang menarik nak sarapan pagi pun boleh nak makan tengahari pun boleh juga.

Nasi Kandar, nasi kandar pokok ceri, Nasi kandar di penang, sarapan pagi di penang, makan tengahari di penang,
Nasi Kandar Ceri Penang

Kenapa nama pokok ceri, mungkin ada pokok ceri kalau tak silap berdekatan nasi kandar ini. Kalau ada sejarah lain tak pastilah. Apa yang disediakan disini? Macam biasa menu utama adalah nasi kandar. Nasi putih dan lauk-lauk dari pelbagai jenis kuah kari.

Hari jumaat, sabtu, ahad dan hari cuti (public holiday) disediakan Nasi Tomato. Rasanya macam tak ada nasi putih. Selain daripada nasi ada apa lagi?

Roti canai pun ada juga cuma kalau nak pekena roti canai ada tempat lain yang lebih menarik dan lebih surr

BACA DISINI : ROTI CANAI GEMAS ROAD


nasi kandar ceri, nasi kandar di penang, tempat sarapan pagi di penang, tempat makan tengahari di penang, nasi kandar tengahari penang,
Nasi Kandar Ceri pun beratur?

Aik, nasi kandar ni pun kena beratur? Jangan risau ada waktu kena beratur sikit, ada waktu tak perlu beratur ikut keadaan. Tapi tidaklah sepanjang nasi kandar Deen Maju. Mungkin sebab hari cuti semua makan di luar.


Apa menu yang menarik disini? Antara cadangan lauk bukan sekadar makan disini, tetapi di semua nasi kandar adalah Nasi Putih + Ayam Goreng @ Daging @ Ikan + Telur bawang @ Telur Rebus @ Telur Masin + Bendi + Kuah Campur + Sambal Nyok (tak semua nasi kandar ada).

Tak boleh ka makan sotong, telur ikan, telur sotong? Bukan tak boleh, BOLEH makan saja, tetapi ini kebiasaan contoh menu orang penang selalu makan.

Waktu operasi Nasi Kandar Ceri jika tidak silap diantara waktu : 7am-3pm

Lokasi :

Lokasi nasi kandar ini terletak Jalan Air Itam di dalam kawasan masjid Jamek Shaik Eusoff. Boleh Google Maps samada nama masjid atau Nasi kandar Ceri mesti jumpa. Parking pun mudah dan sekarang ini perlu bayar RM 2 sahaja. Motosikal percuma.
Nasi kandar Ceri sarapan pagi dan makan tengahari di penang, nasi kandar di penang, mesti cuba makan di penang,
Nasi Kandar Ceri

Kalau dari kawsan masjid inilah rupa Nasi Kandar Ceri, tak ramai mana pun, tapi kalau waktu bekerja mungkin ramai sedikit sebab staf Hospital Pulau Pinang turut sama makan disini.

Setakat ini dahulu sebarang persoalan boleh tanya di bahagian komen. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Nasi Kandar Ceri Tempat Sarapan Pagi dan makan Tengahari di Penang

Jumpa lagi.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Suria Amanda Suria Amanda 31 Jul 2019, 15:16:00
Tudiaaaaa...nasi kandaq no....huiiii.....confirm sedap tu..tp akak masalah skit lepas makan confirm cerry berry...x tahan kuah tu kot
Aima Hassan Aima Hassan 31 Jul 2019, 17:16:00
Boleh try ni next time sampai ke sinu
Amelia Amelia 31 Jul 2019, 17:39:00
Ingatkan nasi kandar ada ceri haha.. Ok abg arz. Dah masuk dalam list. Bole date ngan husband lepas ni hehe
zarul farhana zarul farhana 31 Jul 2019, 18:59:00
Kt alor star ni rasanya ada jugak nasi kandar ceri. ..
Papaglamz Papaglamz 31 Jul 2019, 22:42:00
Ya ampunnnn... pjgnya beratur
I N A  A I N A A I N A A I N A A 1 Aug 2019, 12:56:00
Penang dan Nasi Kandaq memang tak dapat dipisahkan.. hiks...
Pha Is Pha Is 1 Aug 2019, 19:13:00
Sini mmg surr.. Tiap2 jumaat makan kat sini, dah jadi macam rutin hari jumaat.. Kalau x pekena nasi tomato hari jumaat mmg x sah
Ana Suhana Ana Suhana 6 Aug 2019, 09:09:00
Masuk dlm list terus. Mmg plan nk naik penang nanti
husnazahidi husnazahidi 20 Aug 2019, 14:38:00
hurmm, tunggu kami sampai nohh. lama dah ni tak pekena nasik kandar

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih