ROTI CANAI GEMAS ROAD | SABAR MENANTI BUKAN SEKADAR ROTI CANAI CHEESE

ROTI CANAI GEMAS ROAD | SABAR MENANTI BUKAN SEKADAR ROTI CANAI CHEESE

Assalamualaikum Sarapan mana pagi ini? Makan apa best dan sedap di Penang? Pulau Pinang memang terkenal dengan roti canai apatah lagi roti canai kuah daging yang berwarna merah ini. Kebiasaannya sekarang menjadi tumpuan bukan sahaja orang tempatan malah orang luar. Di Roti Canai Jalan Gmeas bukan hanya sekadar roti canai sahaja tetapi ada menu lain yang mungkin ada diantara pengunjung kurang suka roti canai sebegini.


gambar facebook

ROTI CANAI GEMAS ROAD BUKAN SEKADAR ROTI CANAI


Kalau sekadar nak cerita mengenai roti canai telur mata kuah daging letak cheese dah ramai pun yang kongsikan. Baru-baru ini singgah makan pagi dengan rakan sekerja kami cuba sesuatu yang lain sikit. 

Mungkin ada sahabat kita yang mai singgah makan sekali rasa takmau makan roti canai tapi suka roti lain, jangan risau sabar menanti sebab menu lain pun ada. Cuma kurang famous.

Sebelum itu (gambar di bawah) inilah gambar warung roti canai gemas road. Meja agak limited. Walaubagaimanapun tidaklah sampai tahap kena beratur macam Nasi Kandar Deen Maju. Pelanggan dekat sini pun faham, habis makan terus balik... tapi bayar dulu la hehehe

warung roti canai gemas road, tempat sarapan pagi sedap di penang, roti canai best di penang,
Roti Canai Gemas Road

Roti Bakar Telur Setengah Masak Gemas Road

Anatara roti yang sempat kami cuba ROTI BAKAR TELUR SETENGAH MASAK. Bukan saja-saja order tapi tukang order salah faham apa yang kami order. Dia pun tak faham kami pun tak faham. Tapi roti ni biasalah mana-mana tempat pun ada. Cumanya roti dia lembut. layan jela

roti bakar telur setengah masak, roti bakar gemas road, roti canai gemas road, tempat makan pagi di penang,
roti bakar telur setengah masak.

Roti Bossku

Sepatutnya inilah roti yang kami inginkan. Mana nak tau yang roti ni nama Roti Bossku. Biasa kat rumah kita panggil roti celup telur. Sini dipanggil bossku, cicah dengan kuah daging fuh memang berselera.

Harga kalau tak silap dalam RM 4


roti bossku gemas road, roti celup tepung dan kuah daging, roti canai gemas road, tempat sarapan pagi di penang,
Roti Bossku

Kalau orang luar yang tak biasa boleh la cuba roti ini pula. Roti canai cheese macam mana sedap tak? Saya sendiri pun tak pernah cuba letak cheese. Pelik pula rasa makan kuah daging dengan cheese.

Tapi letak ayam memang terbaik lah. 

Sebelum saya akhiri artikel ini, dibawah ini saya kongsikan link artikel mengenai warung roti canai yang mempunyai kauh daging yang hampir sama rasa dan warnanya

1. Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Tun M
2. Roti Canai Argyll Road

Kalau tanya saya mengenai ranking warung ini bukan sekadar rasa dan harga serta persekitaran warung malah saya mengambil kira layanan yang diberikan saya 'rate'kan mengikut

1. Roti Canai Gemas Road
2. Naina Roti Canai
3. Roti Canai Argyll Road
4 Roti Canai Transfer Road

Setakat ini dahulu semoga membantu anda dalam mencari sarapan pagi terbaik di Pulau Pinang.

UPDATE : Lupa nak kongsi Maps/ Peta ke Roti Canai Gemas. Tapi boleh saja korang taip Roti Canai Gemas di Google Maps dan boleh jumpa ok...Zaman dah maju.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Roti Canai Gemas Road | Sabar Menanti Bukan Sekadar Roti Canai Cheese

4 comments.. read them below or add one

Suria Amanda Suria Amanda 29 Jul 2019, 15:10:00
Nampak sedap meriah sungguh la.....
SuperMamy Syu SuperMamy Syu 29 Jul 2019, 23:15:00
Haa tudia. Roti bossku pun ada.
Untung arz ada geng nak jalan jalan cari makan. Teringin nak jjcm macam ni tapi alahai..nearly impossible nak handle 3 budak bertuah ni tanpa ayah diorang
arzmoha arzmoha 30 Jul 2019, 22:48:00
Kak SA nmemang meriah, kalau mai lambat lagi meriah nak cari meja kosong hahaha
arzmoha arzmoha 30 Jul 2019, 22:49:00
SuperMamy tak adalah selalu dengan kawan, kadang sekeluarga kami serbu kedai makan hehe ikut mana sempat.

Bawa saja 3 hero pi

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih