Nasi Kandar Deen Maju | 1 Jam 16 Minit Beratur Baru Dapat Rasa Nasi Kandar Terbaik Penang

Nasi Kandar Deen Maju | Merasai Nasi Kandar Terbaik Penang 

Jika anda pernah mencuba Nasi Kandar Deen Maju pada waktu cuti sekolah ianya merupakan satu pengalaman yang lain dari biasa. Walaupun boleh dikatakan hampir kesemua nasi kandar di Penang aRz pernah cuba tetapi Deen Maju boleh dikatakan satu fenomena. Dimana orang ramai sanggup beratur panjang untuk mencubanya. Ini satu perkongsian pengalaman beratur satu jam 16 minit di Nasi Kandar Deen Maju Penang. Lama kan?

nasi kandar deen maju penang, nasi kandar, makan di penang, nasi kandar terbaik penang, nasi tomato deen maju, mesti cuba nasi kandar penang, pengalaman ke deen maju waktu cuti sekolah,
Nasi Kandar Deen Maju

Baik bagi yang belum tahu aRz memang asal Pulau Pinang dan masih tinggal di Pulau Pinang. Jarak antara rumah dan Nasi Kandar Deen Maju kurang dari 1km. Dekat sangat. Sebenarnya boleh saja hari-hari makan Nasi Kandar Deen Maju. Tapi taklah hari-hari aRz akan makan Nasi kandar Deen Maju.

Begitu juga aRz tak perlu pun untuk ke Nasi Kandar Deen Maju pada musim cuti sekolah sebabnya ianya menjadi tempat tumpuan orang luar dan juga setempat, hari lain pun boleh.

Kali ini sebab nak bawa orang Putrajaya untuk mencuba sendiri Nasi Kandar Deen Maju. Bukan saja pengalaman aRz tetapi tetamu dari Putrajaya.
 

Nasi kandar deen maju, pengalaman beratur di nasi kandar deen maju, wajib beratur di nasi kandar penang, nasi kandar penang,
Keadaan Nasi Kandar Deen Maju Penang

Beginilah boleh dikatakan keadaan beratur hampir setiap hari malah lebih panjang bila cuti sekolah. Masuk saja cuti sekolah aRz terpaksa buat-buat tidak nampak. Melainkan ingin membawa tetamu. Gambar diatas sebenarnya aRz ambil 2 hari sebelumnya iaitu pada hari bekerja ( masih dalam musim cuti sekolah )

2:32 Petang | Sampai saja di Deen Maju memang dah ramai beratur. Kami hampir ke hujung lorong di sebelah nasi kandar ini. Sebaiknya caj telefon sepenuhnya supaya tak terlalu boring menunggu. Layan youtube atau media sosial sementara nak sampai giliran mengambil nasi. aRz target waktu yang diperlukan untuk beratur dalam satu jam.

Sambil beratur boleh lihat pelbagai gelagat dan ragam masing-masing. Mujur masa kami beratur disini keadaan cuaca redup dan berangin. Kalau tak, sah memang bermandi peluh.

keadaan nasi kandar deen maju penang musim cuti sekolah, destinasi percutian penang, tempat wajib singgah di penang, arzmoha.com,
Deen Maju Penang | Lorong penuh sampai kebelakang

3:21 Petang | Kami mula sampai di agak ke hadapan lorong. Lega sikit rasa. Walaupun perut mula berbunyi-bunyi. Sabar jela lagipun nak rasakan pengalaman. Pengalaman itu sesuatu berharga.

Cakap mengenai pengalaman teringat kata seorang sahabat. Kalau kita nasihat seseorang mengenai sesuatu yang pernah kita lalui tapi tidak diendahkan. Jangan sedih, jangan risau. Biarlah dia rasai sendiri. Sebab "Pengalaman itu sesuatu yang berharga" Tidak boleh dibeli dan tidak terjual.

3:48 Petang | Kami baru dapat meletakkan makanan dan duduk di meja. Alhamdulillah lega. Tanya pada tetamu dari Putrajaya nak beratur lagi tak? Jawabnya tak sanggup sambil gelak hahahaha.

Walaupun beratur panjang jangan risau tiada masalah untuk menunggu atau berebut meja sebabnya nasi kandar deen maju sudah membuka satu lagi bangunan rumah kedai menjadikan 3 kedai semuanya. memang cukup walaupun cuti sekolah.


nasi kandar di penang, nasi kandar deen maju penang, tempat wajib singgah dipenang,
Alhamdulillah boleh mula menjamu selera

Menu Nasi Kandar Deen Maju 

Apa yang menarik sangat dengan Nasi Kandar Deen Maju Penang? Sudah tentu campuran kuah dan menu utamanya. Kalau tanya aRz apa menu yang biasanya aRz akan pilih?

Nasi Putih atau Nasi Tomato mestilah dengan 

1. Ayam goreng berempah + bendi + telur bawang
2. Daging + telur rebus + bendi

Salah satu diantara dua pilihan diatas. Jangan lupa minta sambal Nyok. Jarang-jarang sekali aRz akan ambil udang, sotong, telur ikan atau telur sotong.

Harga sepinggan kalau ikut dua pilihan diatas kurang dari RM 10.

Sekiranya ada yang sedang merancang bercuti ke Penang jangan lupakan jadikan Deen Maju sebagai salah satu dari destinasi jalan-jalan cari makan yang wajib di singgah.

Sedikit masa lagi aRz kongsikan tempat meletak parkir kereta yang selamat jika ingin ke nasi Kandar Deen Maju. Kesilapan parkir kereta boleh menyebabkan kereta anda ditunda atau disaman. Hati-hati.

Terima kasih kerana sudi membaca Mengenai Nasi Kandar Deen Maju Penang.

Comments

  1. SubhanaAllah...ramainya...alhamdulillah..mesti memenugi cirarasa kalau tidak masakan pelanggan sanggup beratur dengan sabar..

    ReplyDelete
  2. ramaibetul beratur dekat luar kedai makan tu..

    ReplyDelete
  3. Tak sanggup akak, baik beli maggi cup kat stesen minyak dari berbaris berjam2 demi sepinggan nasi kandar..

    (orang yang betul2 penyabar boleh lalui pengalaman ini, pastinya akak terkecuali.. 😄)

    ReplyDelete
  4. Tudia ramainya orang... Bila la nak p makan kat Deen Maju nie...

    ReplyDelete
  5. Semasa melawat Penang bulan April lalu miss pula Deen Maju. Asyik ulang alik ke Kapitan saja.

    ReplyDelete
  6. masa ke penang last year tak sempat makan nasi kandar

    ReplyDelete
  7. mak aih..biar betul..hari tu pergi penang tapi pergi kedai lain..dapat review cakap sedap..mg beratur panjang la...bila mkn..adeh..masin!! mkn x habis pun..ni kena repat penang la cari deen maju..tp mcm x sanggup nak beratur 1 jam tu

    ReplyDelete
  8. mmg berbaloi tunggu.. pernah jugak bawak member pi sana beratur 1 jam 30 minit. snggup tunggu sbb lapar sbb kami baru turun dari hiking bukit bendera.. hahaha.. beratur dengan kaki lenguh hiking..

    ReplyDelete
  9. sejam lebih tak sanggup laaaa weh !! tapi nak cuba skali gak nanti tapi kalo bratoq lama maybe kena fikir balik. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Haish bila terbaca balik rasa meluap-luap nafsu nak makan ni

    ReplyDelete
  11. Wow, jenuh beratur. Nasib aina xbapa minat nasi kandar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih