Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran (Harijadi) ke-5 Cik Puteri
Setiap kanak-kanak pasti suka dengan hadiah. Sedangkan kita yang dewasa ini pun juga sukakan hadiah. Tidak kira Hadiah sempena Ulangtahun Kelahiran ( harijadi ) mahupun majlis lain. Hadiah boleh jadikan sebagai satu motivasi dalam kehidupan seseorang begitu juga kanak-kanak. Dalam usia kanak-kanak 5 tahun seperti Cik Puteri hadiah apa yang sesuai? Walaupun ada banyak cadangan nak jadikan hadiah akhirnya kami bersetuju nak belikan hadiah ini untuk Cik Puteri. Hadiah apa tu?
Syukur ke hadrat Illahi, Dengan izin dan Rahmat dariNya. Sedar tak sedar cepat benar masa berlalu. Dari hari pertama dia dilahirkan hingga hari 23 oktober 2017 genap 5 tahun. Bila tiba ulangtahun kelahiran atau harijadi HADIAH merupakan pertama penting. Sebagai tanda ingatan tidak kira mahal atau murah harganya, besar atau kecik. Apalagi sekiranya ulangtahun kelahiran seseorang yang penting dalam hidup kita.
![]() |
a |

Tahun ini rasa lain sikit dari tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini hadiah sekadar baju atau mainan dan sepotong kek. Kek untuk Sambutan (Hari Jadi) Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri boleh baca disini >>> Kek Baby Shark <<<. Selain dari kek hadiah juga rasanya kali ini paling besar dan paling baik untuknya. Sepatutnya dah belikan lebih awal cuma lokasi tempat tinggal sebelum ini macam tak sesuai
Sekarang barulah terfikir Cik Puteri perlukannya untuk elakkan lebih terdedah kepada gadjet atau menonton siaran animasi. Tak boleh hanya terperap di rumah. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat diluar rumah macam aRz pernah kongsikan sebelum ini boleh di baca disini >>>> 5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak Ketika Cuti Sekolah.
Memang sudah lama Cik Puteri minta belikan basikal. Sebab pernah naik sebelum ini milik orang lain. Kali ini aRz bawa sendiri Cik Puteri ke kedai basikal dan lihat yang mana pilihannya. Kemudian balik tanpa membeli, kononnya nak 'surprise'. Alasan yang digunakan Abah belum gaji. Tapi alhamdulillah memang Cik Puteri memahami. Tak menangis pun.
Hadiah Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Seperti Cik Puteri
![]() |
Hadiah Hari Jadi Cik Puteri |
Memang sudah lama Cik Puteri minta belikan basikal. Sebab pernah naik sebelum ini milik orang lain. Kali ini aRz bawa sendiri Cik Puteri ke kedai basikal dan lihat yang mana pilihannya. Kemudian balik tanpa membeli, kononnya nak 'surprise'. Alasan yang digunakan Abah belum gaji. Tapi alhamdulillah memang Cik Puteri memahami. Tak menangis pun.
Perkongsian ini bukanlah ingin menunjuk hadiah yang diberikan untuk Cik Puteri, sebabnya berapa sangat nilainya dan ada ibubapa lebih awal berikan pada anak-anak mereka mungkin pada usia 2 atau 3 tahun. Hadiah ini sengaja ditangguh dahulu memandangkan lokasi tempat tinggal sebelum ini agak kurang sesuai dan berbahaya.
Alhamdulillah lokasi baru tempat tinggal sekarang ini lebih sesuai untuk Cik Puteri bermain atau berbasikal setiap petang. Cumanya Abah kena rajin temankan setiap petang huhuhu. Demi yang terbaik untuk anak insyaallah akan diusahakan. Dalam umur begini memang kanak-kanak perlu aktif tidak boleh hanya tinggal dirumah ditemani televisyen dan gadjet.
Tahu tak Cik Puteri dah diasingkan dari 'Tab' miliknya sejak dia ke Pra Sekolah. Tab memberikan kesan negatif pada dirinya seperti tidur lewat, kurang tumpuan pada percakapan, dan lain-lain lagi. Tetapi mainan lain yang baik kami berikan saja selain perbanyakkan mewarna dan melukis.
Beli dekat mana basikal ini? Insyallah aRz kongsikan akan datang. Setakat ini dahulu jumpa lagi.
Terima kasih kerana sudi membaca Hadiah Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri