Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran ke 5 Cik Puteri

Hadiah Sempena UlangTahun Kelahiran (Harijadi) ke-5 Cik Puteri

Setiap kanak-kanak pasti suka dengan hadiah. Sedangkan kita yang dewasa ini pun juga sukakan hadiah. Tidak kira Hadiah sempena Ulangtahun Kelahiran ( harijadi ) mahupun majlis lain. Hadiah boleh jadikan sebagai satu motivasi dalam kehidupan seseorang begitu juga kanak-kanak. Dalam usia kanak-kanak 5 tahun seperti Cik Puteri hadiah apa yang sesuai? Walaupun ada banyak cadangan nak jadikan hadiah akhirnya kami bersetuju nak belikan hadiah ini untuk Cik Puteri. Hadiah apa tu?

hadiah hari jadi, hadiah ulangtahun kelahiran cik puteri ke 5, hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun, hadiah dan kanak-kanak,
a

Syukur ke hadrat Illahi, Dengan izin dan Rahmat dariNya. Sedar tak sedar cepat benar masa berlalu. Dari hari pertama dia dilahirkan hingga hari 23 oktober 2017 genap 5 tahun. Bila tiba ulangtahun kelahiran atau harijadi HADIAH merupakan pertama penting. Sebagai tanda ingatan tidak kira mahal atau murah harganya, besar atau kecik. Apalagi sekiranya ulangtahun kelahiran seseorang yang penting dalam hidup kita. 

Tahun ini rasa lain sikit dari tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini hadiah sekadar baju atau mainan dan sepotong kek. Kek untuk Sambutan (Hari Jadi) Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri boleh baca disini >>> Kek Baby Shark <<<.  Selain dari kek hadiah juga rasanya kali ini paling besar dan paling baik untuknya. Sepatutnya dah belikan lebih awal cuma lokasi tempat tinggal sebelum ini macam tak sesuai

Hadiah Hari Jadi Untuk Kanak-Kanak Seperti Cik Puteri


Sekarang barulah terfikir Cik Puteri perlukannya untuk elakkan lebih terdedah kepada gadjet atau menonton siaran animasi. Tak boleh hanya terperap di rumah. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang boleh dibuat diluar rumah macam aRz pernah kongsikan sebelum ini boleh di baca disini >>>> 5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak Ketika Cuti Sekolah.

basikal kanak-kanak, basikal pink, kanak-kanak dan basikal, hadiah hari jadi CIk Puteri, hadiah basikal untuk kanak-kanak, kebaikan sukan berbasikal pada kanak-kanak, Hadiah untuk kanak-kanak 5 tahun, kids with bicycle, kanak-kanak sukakan hadiah, hadiah sesuai untuk anak 5 tahun,
Hadiah Hari Jadi Cik Puteri

Memang sudah lama Cik Puteri minta belikan basikal. Sebab pernah naik sebelum ini milik orang lain. Kali ini aRz bawa sendiri Cik Puteri ke kedai basikal dan lihat yang mana pilihannya. Kemudian balik tanpa membeli, kononnya nak 'surprise'. Alasan yang digunakan Abah belum gaji. Tapi alhamdulillah memang Cik Puteri memahami. Tak  menangis pun.

Perkongsian ini bukanlah ingin menunjuk hadiah yang diberikan untuk Cik Puteri, sebabnya berapa sangat nilainya dan ada ibubapa lebih awal berikan pada anak-anak mereka mungkin pada usia 2 atau 3 tahun. Hadiah ini sengaja ditangguh dahulu memandangkan lokasi tempat tinggal sebelum ini agak kurang sesuai dan berbahaya.

Alhamdulillah lokasi baru tempat tinggal sekarang ini lebih sesuai untuk Cik Puteri bermain atau berbasikal setiap petang. Cumanya Abah kena rajin temankan setiap petang huhuhu. Demi yang terbaik untuk anak insyaallah akan diusahakan. Dalam umur begini memang kanak-kanak perlu aktif tidak boleh hanya tinggal dirumah ditemani televisyen dan gadjet.

Tahu tak Cik Puteri dah diasingkan dari 'Tab' miliknya sejak dia ke Pra Sekolah. Tab memberikan kesan negatif pada dirinya seperti tidur lewat, kurang tumpuan pada percakapan, dan lain-lain lagi. Tetapi mainan lain yang baik kami berikan saja selain perbanyakkan mewarna dan melukis.

Beli dekat mana basikal ini? Insyallah aRz kongsikan akan datang. Setakat ini dahulu jumpa lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca Hadiah Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri 

{ 29 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta 26 Oct 2017, 16:26:00
Alhamdulillah Cik Putri dapat hadiah basikal ya..betul...dalam usia begini...kanak-kanak lebih baik beraktiviti luar dengan pemantauan ibu bapa...sesekali dengan gadget ok...
Amanda Suria Amanda Suria 26 Oct 2017, 16:40:00
Yeay......seronknya cik puteri dapat basikal.....
timm bill timm bill 26 Oct 2017, 20:49:00
happy belated brthday cik puteri!
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 26 Oct 2017, 22:28:00
Seronoknya cik puteri posing dengan basikal baru ye.
anajingga anajingga 27 Oct 2017, 00:13:00
Alahai cantiknya beskal pink Cik Puteri... Best nya dapat hadiah idaman kan.. Ibu Ana doakan semoga Cik Puteri membesar sebagi puteri solehah yang cemerlang dari dunia hingga akhirat,kebanggaan abah dan mama...Aamiin. Tahun ni tak sempat nak pos hadiah kan..In Shaa Allah ada rezeki kita jumpa nanti Ibu Ana carikan hadiah ye... cantik sangat budak tecik ni laa
Maisarah Humaira Maisarah Humaira 27 Oct 2017, 00:33:00
seronoknya Cik Puteri dapat basikal :)

www.maisarahsidi.com
Mommy Cici Mommy Cici 27 Oct 2017, 11:06:00
wah seronoknya dapat basikal. bebudak kat rumah ni pun sibuk dok mintak basikal basikal >,< entah bila nak belinya
SalbiahM SalbiahM 27 Oct 2017, 11:44:00
yay..dapat jugak hadiah.suka cara arz asingkan anak dari tab.kita yang dewasa ni pun selalu tak pandai manage masa dengan gadget, apatah lagi kanak-kanak
nini nini 27 Oct 2017, 17:13:00
Betul, hadiah tu mahal ke murah ke no 2, ingatan tu yg penting...
dear anies dear anies 27 Oct 2017, 17:55:00
mesti cik puteri rs nk bw peluk je basikal tu kn bila msk tido ;-)
umi alya umi alya 28 Oct 2017, 13:11:00
UA nak pinjam basikal boleh?
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 16:54:00
insyaallah boleh singgah la rumah UA
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 16:58:00
Sejak 5 tahun ni, tetiba rasa kesian pula...bila ank sebaya dia main tab dia tengok saja... kadang tak sampai hati, tapi demi kebaikan dia...

dia tengok orang main dia tak usik... tengok saja...

jadi setelah fikir balik bagi juga dia main pada hari cuti. tapi tanpa data internet.
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:02:00
haha...hari pertama macam tu la...dapat pegang pun jadi...

hari berikutnya kena teman main kat laman rumah...

dapat satu round pun jadi...

cuma minggu ni belum main lagi
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:04:00
sebagai tanda ingatan...ucapan pun dah cukup
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:05:00
Pelan-pelan...aRz pun rancang dah lama nak belikan tahun ini baru dapat tunaikan. alhamdulillah
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:05:00
memang seronok sangat dia...terima kasih mai
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:06:00
aamin...terima kasih kak ana...moga ada rezeki berjumpa insyaallah
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:07:00
betul seronok...macam zaman kanak-kanak dulu dapat mainan kecil pun dah seronok
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:08:00
insyaallah akan ingat pesanan dari PC
aRzMoHa aRzMoHa 30 Oct 2017, 17:08:00
alhamdulillah memang seronok di wajah dia
Mrs Pip Mrs Pip 1 Nov 2017, 03:56:00
yeah... happy cik puteri dpt basikal.
semoga cik puteri membesar dengan sihat ...
saya pun dah tak bagi anak anak main tab, kalau kat rumah, mmg saya tunggu anak anak tidur dulu baru saya pegang tab ...
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 2 Nov 2017, 16:24:00
alaaaa solehah dia tak merap pun nak basikal la la tu jugak.. bagus. cemni lagi laaa abahnya sayang. padahal dalam hati cik puteri tau da nnt dia dapat time besday =P
JMR JMR 3 Nov 2017, 15:05:00
wahh seronok cik puteri dapat hadiah. semoga terus membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah..
Jari Manis Jari Manis 7 Nov 2017, 20:27:00
Dh 5 tahun? Wah dah beso anak dara ni..epy belated besday..vestnya dpt beskal..aunti JM pinjam boleh
akubiomed akubiomed 16 Nov 2017, 00:16:00
Happy belated birthday. Senyum dapat hadiah basikal cantik sempena hari lahir. :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih