Skip to main content

Kek Hari Jadi Tema Baby Shark Doo Doo Doo

Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Sempena Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri ke-5

Sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke-5 pada 23 Oktober 2017 baru-baru ini aRz dan Puan Isteri telahpun menempah Baby Shark doo doo doo. Jadinya aRz kongsikan mungkin ada yang mencari idea Kek Hari Jadi Kanak-kanak yang seusai untuk anak-anak mereka pula. Dah tengok kek Baby Shark Cik Puteri? Jom...
contoh kek hari jadi kanak-kanak, kek baby shark doo doo doo, kek tema baby shark untuk ulangtahun kelahiran kanak-kanak, contoh kek kanak-kanak, sambutan hari jadi di sekolah, cik puteri, anak blogger malaysia, model kanak-kanak,
Cik Puteri dan kek baby Shark

Contoh Kek Hari Jadi Baby Shark Doo Doo Doo Untuk Kanak-Kanak

Sebenarnya atas permintaan Cik Puteri juga bila tengok contoh-contoh kek. Lagipun lagu Baby Shark Doo Doo Doo ini kan baru lagi popular, bukan anak-anak saja boleh menari dan menyanyi malah orang dewasa pun terikut hehe.. Inilah Sebenarnya contoh kek Hari Jadi Baby Shark untuk Cik Puteri sempena Sambutan Majlis Ulangtahun Kelahiran Cik Puteri yang ke 5. 

Sebelum ini sambutan sekadar kecil-kecilan. Cumanya ada niat nak buat birthday surprise untuk Cik Puteri tetapi ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan perlukan komitmen yang tinggi untuk buat. Insyaallah next time.

UPDATE !!!

Tempah Kek Hari Jadi Kanak-Kanak Penang Klik Sini


baby shark birthday cake for kids, baby shark birthday cake, example kids birthday cake, kek kanak-kanak, blogger malaysia,
Baby Shark Birthday Cake


kek hari jadi cik puteri, baby shark birthday cake, contoh kek baby shark, kek yang sesuai untuk kanak-kanak, kek tema baby shark, harga tempah kek untuk kanak-kanak, harga kek sambutan harijadi kanak-kanak, kek anak blogger malaysia, arzmoha,
Kek Hari Jadi tema Baby Shark untuk kanak-kanak 

Walaupun ada juga ibubapa tak berapa suka bila anak-anaknya makan kek, gula-gula tetapi aRz malas nak komen bab tu. Kek, coklat ini sebenarnya satu nikmat dalam dunia kanak-kanak. Cuma perlu kawal. Sebab itu juga aRz dan Puan Isteri setuju untuk tempah kek ini. 

Lagipun aRz sendiri pun suka kek hahaha. Tetapi Cik Puteri agak memilih kek. Kalau Kek Secret Recipe sepotong boleh habis sorang-sorang, jangan harap boleh kongsi melainkan mood baik.

Bila balik dari sekolah tanya semula kek sedap tak, Cik Puteri kata "Abah kek sedap ... kek habis"

Syukur asalkan dia gembira lagipun inilah kali pertama Cik Puteri sambut Ulangtahun Kelahirannya atau Hari Jadi bersama kawan-kawan. Insyaallah selepas ini mungkin boleh rancang majlis yang lebih baik lagi.

Kalau ikut asal kek ini rekabentuk kek ini berbeza dari yang dilihat di atas. Tetapi ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya bentuknya berbeza tetapi alhamdulillah tetap diterima.

Berapa Harga Tempah Kek Kanak-Kanak Baby Shark?

Berapa harga kek hari jadi baby shark ini? Kalau ada yang bertanya harganya dalam RM 85. Walaupun harga hampir sama dengan kek Secret Recipe tetapi dari mata kanak-kanak kek ini lebih menawan di mata mereka. 

Walaubagaimanapun harga sebenarnya kek yang bakal anda tempah mengikut pembuat-pembuat kek yang anda pilih dari segi kualiti dan juga kemahiran mereka membuat sesebuah kek.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda yang sedang mencari idea kek Hari Jadi untuk Sambutan Ulangtahun Kelahiran anak-anak anda. Mereka GEMBIRA anda BAHAGIA.


Comments

  1. Wah...seronok la cik puteri dapat kek ikut tema kesukaan..ada x agenda menari lagu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan-kawan nyanyikan lagu untuknya di sekolah tapi dia tergamam bagaikan teruja

      Delete
  2. Sebenarnya cukup tengok anak happy pun dah kita dah lapang dada kan. Kalau ikut mak memang secret recipe je sedap, tapi bila anak nak kek ultraman, kita ikutkan saje 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kan mak...kita memang ikut tekak, tapi anak-anak ini ikut mata dan minat hehe

      Delete
  3. wah bestnya cik puteri dapat kek idaman. Kek coklate lah fav kanak-kanak cuma kena control bukan kita bagi macam makan nasi. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...tapi kanak-kanak ni kalau tak dikawal memang sukar dikawal

      Delete
  4. Sanah Helwah Cik Puteri... sedap nama dia... x-)

    ReplyDelete
  5. Comel keknya.. Kanak-kanak dan sambutan harijadi tak boleh dipisahkan.. Inilah nikmat zaman kanak-kanak..
    Happy birthday Puteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...walaupun zaman saya simple-simple ja goreng bihun hehehe

      Delete
  6. hepi bestday cik puteri..:)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya cik puteri ya, dpt kek idaman hati sempena Hari jadi, semoga jadi anak yg solehah ye.

    ReplyDelete
  8. Ber"baby shark doo doo doo" ya Cik Putri...alhamdulillah..cantik..comel keknya kena dengan pemilik yang dirai....syukur...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dia dapat kek Baby Shark.. Ada suruh dia nyanyi tak sebelum tiup kek?

    ReplyDelete
  10. Abaikan je harga tu, janji cik Puteri hepi. Hepi belated birthday cik puteri!

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Cik Puteri..Moga membesar jadi anak yang mendengar kata & pelajar yang bijak..Apapun aunty fiezz suka kek itu..homeyyyy..haha

    ReplyDelete
  12. Happy birthday puteri. Semoga membesar dengan baik dan sihat.

    ReplyDelete
  13. Comelnya... Sayang nak makan... Hehe

    ReplyDelete
  14. Alolo..omeinye puteri dgn kek baby shark dia..

    ReplyDelete
  15. meriah kek tu. siap ada family jerung berenang hihi. comel. confirm budak2 suka

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. cantiknyaaaaa kek diaaaaa mesti sygggg je nk mkn / potong kan....

    ReplyDelete
  17. cute keknye..normal la tu kek kartun mmg agak mhal skit..dlu buat kek anak pun rm70 tak silap..ltk print spiderman je..sekali skala bg anak mkn bnda mnis it's ok..

    ReplyDelete
  18. nyanyi nyanyi joget dulu tak before potong kek ? hehehe..

    ReplyDelete
  19. Ce nyanyi sikit auntie JM nak dgr 😬

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su