Warna-Warni Perayaaan Di Malaysia Mengeratkan Warga Malaysia
Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian kaum yang mana setiap kaum mempunyai perayaan masing-masing. Disini antara keunikan negara kita. Walaupun berlainan agama dan bangsa saling hormat menghormati antara satu sama lain. Perayaan juga antara salah satu faktor mengeratkan lagi ikatan antara rakyat Malaysia. Samada Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Depaavali serta perayaan lain tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia kunjung berkunjung antara satu sama lain.
Tidak lama lagi negara kita terutama kaum India bakal menyambut Perayaan Deepavali. Dalam sambutan perayaan Depaavali, warga Malaysia sememangnya saling menghormati perbezaan dan meraikan di antara kita. Tidak menjadi masalah mana-mana warga Malaysia untuk menyambut perayaan masing-masing. Deepavali atau lebih dikenali sebagai festival cahaya sememangnya memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap yang lain. Warga Malaysia sudahpun memahami perayaan setiap agama, bangsa mahupun kaum di Malaysia ini ketika musim-musim perayaan.
Perpecahan dikalangan warga Malaysia sebenarnya bakal merugikan negara yang kita duduki selama ini dalam keadaan aman dan sejahtera, boleh minum dan makan semeja menikmati pelbagai makanan yang ada. Sebagai contoh lihat di warung-warung nasi kandar, roti canai serta lain-lain hidangan setiap pagi dalam satu meja mungkin ada pelbagai warga Malaysia menikmati hidangan yang terbaik dan berkongsi cerita tanpa ada salah faham sebaliknya mengeratkan. Apa jua perbezaan kita, moga cahaya menyinari sanubari dan terus membuatkan kita saling menghormati satu sama lain.
Keharmonian Warga Malaysia
Keharmonian warga Malaysia yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Bagaimana hendak memahami antara warga Malaysia? Tak kenal maka tak cinta. Perlulah kita memahami adat dan budaya setiap kaum, agama mahupun bangsa di Malaysia. Dengan pemahaman ini mampu membuatkan kita memahami dan memupuk sikap bertimbang rasa yang tinggi.
Perbezaan warna kulit tidak mampu memisahkan keakraban warga Malaysia terutama ketika musim perayaan. Selamat menyambut perayaan Hari Deepavali buat warga Malaysia yang menyambutnya.
Jangan lupa menonton video dibawah ini sempena Festival Cahaya dibawakan khas oleh Petronas.
Jumpa Lagi