Cara Memperbaharui ( Renew ) KTM i-Card Secara Online
Ada yang bertanya cara memperbaharui atau renew KTM i-card secara online khas untuk pelajar. Kalau ada yang belum tahu mengenai KTM i-Card boleh baca DISINI. Perkongsian ini adalah disebabkan ada yang bertanya cara untuk memperbaharui KTM i-card, macam mana?
![]() |
Cara memperbaharui KTM I-Card |
Terima kasih yang bertanya. Kalau tidak ada soalan seperti ini aRz sendiri pun mungkin tak sedar mengenai pengumuman ini. Beliau juga bertanya mengenai bagaimana renew secara online dan berapa harga?
Kalau sebelum ini memang cara untuk membuat KTM i-Card adalah melalui kaunter KTM. Bagaimanapun bermula Mei 2016 permohonan baru atau memperbaharui KTM i-Card hanya boleh dilakukan secara ONLINE. Betul ka?
![]() |
cara memperbaharui KTM i-Card secara atas talian |
Cara Memperbaharui ( Renew ) KTM i-Card Secara Online ( Atas Talian )
Disini aRz kongsikan khas buat adik-adik yang masih belajar cara memperbaharui KTM I-Card secara online. Sebenarnya cara memperbaharui KTM I-Card adalah sama dengan Pendaftaran baru. Beza kali ini secara online. Jelas? Caranya :
1. Layari www.ktmb.com.my
2. Klik KTM I-Card
3. Klik Permohonan Baru ( rujuk gambar di bawah )
![]() |
cara permohonan baru dan perbaharui KTM i-Card secara online |
4. Isi maklumat yang diperlukan ( termasuk nama pensyarah dan no. untuk dihubungi)
5. Klik SUBMIT
6. Teruskan ke peringkat pembayaran secara online iaitu sebanyak RM 35 ( rujuk gambar dibawah )
![]() |
Pembayaran melalui perbankan yang terpilih |
7. Pilih mana-mana perbankan yang sesuai. Contoh Maybank (pastikan anda sudah mempunyai maybank2u).
8. Kad akan dihantar kepada anda melalui alamat yang anda masukkan di ruangan maklumat peribadi. Siap
Sekali lagi diulangi cara memperbaharui KTM i-Card secara online adalah sama dengan cara pendaftaran baru. Erti kata lain setiap tahun anda perlu mendaftar baru kad KTM I-Card secara online.
Semoga artikel ini membantu mereka yang terbabit dan kongsikan kepada rakan-rakan.
Jumpa Lagi.