Skip to main content

Apa Kesan Makan Makanan Manis Pada Kanak-Kanak?

Apa Kesan Makan Makanan Manis Pada Kanak-Kanak

Makanan manis dan kanak-kanak macam susah nak elakkan? Betul tak? Yela zaman kanak-kanak ni macam tak kena kalau tak merasa makanan yang manis-manis macam coklat, kek, keropok dan macam-macam. Tapi suka atau tak kita kena terima bahaya makanan manis ini ada kesan buruknya. Yang biasa kita tahu adalah mendatangkan kesan tidak baik seperti kencing manis. Apa lagi kesan makan makanan manis?
kesan makanan manis terhadap kanak-kanak, bahaya makanan manis, tabiat makan makanan manis, cegadh sebelum parah untuk anak-anak, info pemakanan manis kanak-kanak, cara atasi gigi rosak kanak-kanak,
JCO Donut dan Kek Secret Recipe

J.CO Donut dan Secret Recipe

Teringat semalam, Puan isteri bawa balik potongan kek secret recipe dan juga Jco Donut sempena sambutan hari kelahirannya dan staf di tempat kerja. Memandangkan tempat kerjanya memang memperuntukkan untuk majlis sambutan hari lahir staf sebagai salah satu tanda menghargai staf. Senorokkan?

Jadi yang lebihan tak mampu dihabiskan bahagiannya dibawa balik mungkin teringat Cik Puteri yang memang sukakan kek dan donut. Mungkin juga sebab abah Cik Puteri pun memang sukakan kek dan donut jadi turun ke Cik Puteri. Mungkinlah kan tabiat ini menjadi ikutan.

kanak-kanak dan makanan manis, gula berlebihan dalam makanan, kesan anak-anak makan makanan manis,
Penuh feeling makan Donut dan Kek

Dua makanan ini sememangnya manis. Makanan yang manis sudah tentu disebabkan gula. Kalau menjadi amalan seharian makan manis macam ini boleh menyebabkan gula berlebihan. Walaubagaimanapun kanak-kanak memerlukan gula yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Gula juga terbahagi kepada dua. Satu adalah gula semulajadi dan satu lagi gula tambahan. Sekadar makluman sajalah gula semualajadi adalah gula seperti dari buah-buahan, sayuran dan juga madu. Gula tambahan pula? Gula tambahan pula gula yang kita tambah dalam masakan dan minuman. 

Jadi dua hidangan diatas memang terdapat gula tambahan sebab memang manis. Agak kurang sesuai kalau selalu kita biar anak-anak kita makan makanan macam ini. Macam Cik Puteri pantang dengar kek tersenyum dia. tapi alhamdulillah masih berselera makan nasi setiap hari.

anak-anak suka jco donut dan kek secret recipe, bahaya makanan manis terhadap kanak-kanak, kesan pengambila gula berlebihan, kenapa anak hyperaktif, cara cegah kerosakan gigi akibat makanan manis, makan malam,
Seronok sangat dapat makan donut dan kek. Fevret katakan.

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak

Tubuh kita memenag perlukan karbohidrat (gula) begitu juga kanak-kanak perlukan kalori daripada karbohidrat sekitar 50-60%. Kalau ikutkan pakar pemakanan dan juga artikel-artikel kesihatan tubuh kita tidak perlukan gula tambahan. Sebabnya tubuh manusia mampu memproses makanan macam contoh nasi, ikan, dan lain-lain kepada glukosa secara tak langsung memberikan tenaga. Tetapi macam mana pemakanan anak-naka kita hari ini? Jom baca sikit kesan pengambilan gula berlebihan terhadap kanak-kanak.

  • menyebabkan tenaga berlebihan.
  • bila tenaga berlebihan dalam jangka masa panjang risiko kepada penambahan berat badan
  • masalah karies gigi
  • hilang daya tumpuan dan panas baran. ( sebab itu juga kita disarankan berhenti sebelum kenyang)
  • risiko kencing manis
  • risiko penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  • menyebabkan rasa mengantuk dan kurang cergas
  • melemahkan penglihatan
  • ekzema
  • melemahkan sistem imunisasi tubuh
  • menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
  • meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak

Sebagai info tambahan gula berlebihan juga boleh menyebabkan anak-anak  "hiperaktif". Macam mana tu? Sebagai contoh anak-anak menjadi suka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat tanpa kawalan.



Mungkin juga dengan makanan manis ini kita dapat lihat kerosakan gigi pada kanak-kanak. Selain daripada tabiat "mengonggong" botol susu. Mungkin juga dari tiada didikan gosok gigi pada awal usia.

Naik risau juga bila sendiri buat entri mengenai kesan makan makanan manis pada kanak-kanak sebab anak sendiri pun suka makanan manis. Antara perkara yang aRz cuba pastikan Cik Puteri amal seharian adalah

- Gosok gigi sekurang-kurangnya pagi dan malam
- Minum air masak secukupnya

Dua perkara atas ni, nampak saja macam mudah tetapi sebagai pengalaman aRz sendiri yang baru anak seorang ini pun rasa agak berat. Hari-hari kena pastikan. Kalau ada 2 3 orang anak lagilah kena pastikan komitmen ini setiap hari. Bab minum air masak pula, bila minum air masak ini akan membuatkan kita rasa cepat nak kencing. Sama juga dengan anak kecil. Ditambah Cik Puteri sekarang ini yang tak lagi pakai pampers, kena selalu bertanya. Walaupun dah pandai bagitau "Abah nak kencing" tapi selalunya bila dah tak tahan sangat. Di rumah tak ada masalah, tapi kalau di luar macam di kedai makan, atas kereta? huhuhu

Didik anak bukan satu tugas yang mudah, banyak bab perlu dititikberatkan. Tapi bila anak kita dah pandai amalkan apa yang disuruh rasa lega dan seronok sangat. Ianya bermula dari usaha yang bersunguh-sungguh. Sama juga dengan menjaga pemakanan anak-anak dari makanan yang manis-manis. Ibubapa mesti boleh dan ianya bermula dari gaya pemakanan ibubapa juga.

Jumpa lagi.

Comments

  1. Ye arz yg kne mnum air msk tu btol supaya bnda yg xdprlukan bleh kluar mlalui urine :)

    ReplyDelete
  2. betul tu...anak2 yg hyperaktif disebabkan pengambilan gula berlebihan dalam badan..

    ReplyDelete
  3. dari kecil dah nak kena jaga pemakanan kan

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info tersebut

    ReplyDelete
  5. kita yang dah dewasa ni pun susah nak tahan keinginan tu, apatah lagi budak-budak. Semoga berjaya mendidik anak (or anak-anak) dengan baik ye arz

    ReplyDelete
  6. nice share... bukan budak ja.. org tu pun kna jaga.. heheh

    ReplyDelete
  7. entry ni buat sy teringat kt seseorg. anak2 dia suka mkn manis n gigi seawal 3 thn dah mereput mcm org tua... kesian kt budak2

    ReplyDelete
  8. kite dulu suka makan manis..sekarang pun..hehe

    ReplyDelete
  9. Adeh.. anak lea pown suka manis.. Biskut tiger tu memang kegemaran dia.. Manis jugak biskut tu.. Aduyaii..

    ReplyDelete
  10. tang hyper bila makan manis manis tu banyak kali saya jumpa.

    ReplyDelete
  11. selalu tgk kbykan budak dimanjakan dgn benda manis. sekali sekala blh lah. tp kalau selalu tu bahaya. :o

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...