Skip to main content

Aplikasi myTNB | Memudahkan Periksa Bil Elektrik Setiap Bulan Elak Tunggakan

Aplikasi myTNB | Memudahkan Periksa Bil Elektrik Setiap Bulan dan Elak Tunggakan

Aplikasi android myTNB memang memudahkan untuk kita sebagai pengguna untuk memeriksa bil elektrik setiap bulan dan secara tidak langsung mampu mengelakkan dari dikenakan caj tunggakan serta pemotongan elektrik oleh pihak TNB. Lagipun baru-baru ini ada yang tidak berpuas hati dikenakan caj yang tidak berpatutan serta ada yang dikenakan tunggakan hanya kerana bil elektrik tidak sampai. Perkara seperti ini dapat dielakkan dengna adanya aplikasi android ini yang ada beberapa fungsi yang lain. Teruskan membaca mengenai myTNB

cara mudah periksa bil TNB setiap bulan, aplikasi mudah android periksa bil TNB setiap bulan, cara mudah check bil TNB, Elak caj tunggakan bil tnb, apps my TNB,
myTNB aplikasi android

Aplikasi Adroid myTNB memudahkan pengguna

Pertama kali baca mengenai aplikasi my TNB ini di Blog Dr Shikin (sebuah blog yang banyak berkongsi mengenai ilmu perubatan) jadi bila dah guna rasa macam memang bermanfaat. Tak perlu lagi nak tunggu bil TNB setiap bulan. Tak perlu risau tak bayar sampai kena tunggakan atau pemotongan bil oleh pihak TNB. Yela menunggu bil yang tak kunjung tiba....jadi boleh cuba aplikasi ini mudah sangat nak guna.


cara mudah periksa bil TNB setiap bulan, aplikasi mudah android periksa bil TNB setiap bulan, cara mudah check bil TNB, Elak caj tunggakan bil tnb, apps my TNB,
Aplikasi myTNB

Disebabkan aRz menggunakan telefon pintar android jadi aRz cuma kongsi mengenai android saja. Pengguna lain cuba-cuba cari myTNB ada tak dan kemudian boleh tinggalkan komen di bawah. 

Cara mudah sangat dengan taip "tnb" di Play Store. (Macam gambar di atas)

cara mudah periksa bil TNB setiap bulan, aplikasi mudah android periksa bil TNB setiap bulan, cara mudah check bil TNB, Elak caj tunggakan bil tnb, apps my TNB,
aplikasi myTNB di Play Store

Kemudian (gambar diatas) daftar apa yang patut. aRz sendiri pun dah lupa cara daftar sebenar. Tapi tak susah sangat pun tekan saja "Register Me" dan ikut langkah-langkah seterusnya.

(gambar atas kanan) Inilah gambaran selepas anda daftar apps ini. Ada beberapa fungsi lain antaranya My Bills, Contact Us, Notification, Appliance Calculator...tapi aRz cuma guna My Bills saja supaya semua bayaran dapat dijelaskan pada kadar segera dan elak tunggakan yang akan memberi kesan pada budget perbelanjaan bulanan.


cara mudah periksa bil TNB setiap bulan, aplikasi mudah android periksa bil TNB setiap bulan, cara mudah check bil TNB, Elak caj tunggakan bil tnb, apps my TNB, sebelum dan selepas pembayaran bil elektrik, cara terkini perik bil elektrik,
myTNB
(gambar diatas kiri dan kanan) Gambar diatas merupakan perbezaan sebelum dan selepas pembayaran dibuat. Biasanya sepantas kilat aplikasi ini akan "update" sekiranya pembayaran telah dijelaskan.

Memang mudah sangat. Mungkin kalau tak mahu aplikasi ini mengganggu telefon pintar anda, bolehlah install pada Tab, atau telefon pintar kedua yang mana hanya digunakan dirumah sahaja.

Setakat ini dahulu perkongsian Aplikasi myTNB yang memudahkan pelanggan memeriksa bil elektrik setiap bulan.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. elok lah tu..bila bila masa boleh check takut nnt ada tunggakan ke apa. Cuma kat Sarawak TNB tak da..hehe

    ReplyDelete
  2. sekarang nih semua mudah kan, nak cek apa2 kat hujung jari je |o|

    ReplyDelete
  3. ARMOHD apa khabar..maaf baru ke laman anda

    ReplyDelete
  4. Bagusnya tnb dh ade apps. Sng nk check bill :)

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang amat baik sekali..

    AM pernah kongsikan mengenai MyTNB di blog AM mengenai memohon meter TNB secara online.. http://lynk.my/GyJg

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian...mudah mudahan membantu sesiapa saja yang memerlukan

      Delete
  6. Wah senang la camni..satgi nk install r

    ReplyDelete
  7. Canggih kan tapi saya tetap selesa byr online thru pc..hehehe..puas mata rase nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak izwa...samalah aRz pun...cuma apps ni lebih pada cek bil setiap bulan...

      Delete
  8. Senang bila dah ada aplikasi ni kan sebab kadang kadang ada bulan yang bil tak sampai ke rumah lepas tu next month kena bayar lebih.

    ReplyDelete
  9. Kakak baru tahu hal ini.
    Mudah buat kita semua sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. wow terbaik ada aplikasi macam ni. memudahkan

    ReplyDelete
  11. ini rupanya, ingat pekerja TNB semua dah berhenti

    ReplyDelete
  12. Haah...mmg senang nak check ada apps ni. Kat Apps Store pun ada utk install ni.. Klu bil air, boleh install MySyabas.

    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete
  13. Haah...sng klu ada apps ni. Kat Apps Store pun boleh install ni. Klu bil air, boleh install MySyabas. Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  14. sekarang ni dah macam2macam aps ada... nk check ubat kat pasaran tu sama ada berdaftar atau x pun dah ada apps

    ReplyDelete
  15. kini semua nya mudah...semua ada sistem online!

    ReplyDelete
  16. segalanya di hujung jari ;-)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian.
    Senang sikit macam ni

    ReplyDelete
  18. Mudah sekarang.. hanya dihujung jari.. ;)

    ReplyDelete
  19. mudah lah lpas ni ada apps mcm ni

    ReplyDelete
  20. Yup.. Mudah. Xperlu menunggu bil yang kadang datang sbulan skali, kadang 2 bulan skali, kadang 3 bulan skali.

    3 bulan skali.. terpaksa dtg.. Nanti kne komplain pula bila electric kena potong. Kantoi..

    ReplyDelete
  21. terima kasih arz for sharing

    ReplyDelete
  22. Mmg bagus ada apps mcm ni ye Arz. Hakak tak pernah bayar bill, hakak serahkan aje pada En Suami. Dia online maybank je rasanya.

    ReplyDelete
  23. terima kasih atas perkongsian..sangat bagus info ni,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...