Bila Mula Rindu Sesuatu Yang Kita Suka
Aku rindu kau rindu. Dah lama menghilang, tetiba muncul buat tajuk ala drama. Ceh... tapi bukan apa.. Betul bila mula rindu sesuatu yang kita suka, kita minat memang macam ni. Aku yang rindu atau korang yang rindu? Kenapa aku menghilang tanpa sebarang berita? Hampir lebih 2 minggu blog tidak dikemaskini. Kalau ada yang bertanya nanti aRz jawab di bawah. Teruskan membaca.
![]() |
Diambil menggunakan Yi Cam pinjam |
Minggu pertama menyepikan diri dari berblogging sebabnya kerana pulang ke kampung halaman isteri. Seperti biasa internet agak lemah. Mungkin itu sebab yang kuat untuk tidak kemaskini blog. Jadi seminggu di sana keseluruhan waktu untuk rehat sepenuhnya. Kebetulan ketika berada Pantai Timur sangat berangin, cuaca menjadi sejuk secara keseluruhannya.....bertambah-tambah seronok untuk berehat....
Cumanya yang paling menarik waktu tidur Cik Puteri semakin bertambah baik. Masa dia bersama gadjet semakin kurang sehingga hari ini. Satu perkembangan yang baik. Cik Puteri awal-awal pagi lagi dah bangun sebab nak bermain dengan sepupunya. Alhamdulillah.
Minggu kedua sudah kembali ke Pulau Pinang. Mood menulis semakin berkurang. Masa dihabiskan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pejabat, dan juga bersama keluarga. Sempat juga layan drama di TV macam Cinta Hati Abah, Inikah Cinta :p tapi mood menulis belum ada. Biasanya kalau dah tinggal lama memang susah untuk menulis kembali seakan lupa apa yang perlu ditulis. Rindu jadinya dengan rakan blogger. Mungkin ini kot rasa mereka yang tidak ada blog.
Insyaallah minggu ini akan kembali aktif. Doakan aRz semakin bersemangat untuk update blog hehe...Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen. Walaupun blog tidak dikemaskini untuk satu tempoh yang lama.
Sebelum tinggalkan komen aRz nak tanya apa pula perasaan anda bila blog lama tak dikemaskini??
Jumpa Lagi
aRzMoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
azrilmohdhaniffa@gmail.com