Waktu Tidur | Bujang Vs Kahwin
Manusia memang tidak boleh lari dari rasa mengantuk yang mana memerlukan kita untuk tidur. Setiap orang ada waktu tidur yang berbeza samada bujang atau pun telah berkahwin. aRz yakin setiap orang ada pengalaman atau kenangan waktu tidur yang berbeza-beza. Jadi hari ini nak cerita tentang waktu tidur aRz masa bujang dan sekarang dah berkahwin dan juga sudah bergelar bapa.
![]() |
Waktu Tidur | Cik Puteri dah letih nak tidur |
Waktu Tidur Bujang
Waktu bujang ni aRz fokus pada waktu selepas awal bekerja. Masa mula bekerja dalam bidang yang aRz kurang minat dan bidang ni aRz benci masa belajar bab ni. Dah nama rezeki, yang dibenci kena menghadap hari-hari. Jadi macam biasa, bangun pagi ke tempat kerja...tengahari balik rumah tidur...masuk kerja semula. Balik dari kerja sambung tidur lagi (amaran : tidur di waktu petang tidak baik untuk kesihatan). Disebelah malam kurang mengantuk layan Xbox sampai beberapa pagi tidur semula....dan berulang-ulang dari hari ke hari. (berapa kali tidur sehari?)
Kalau hari sabtu dan ahad jangan cakaplah...ini semua gara-gara Arwah mak tegur banyak sangat waktu keluar dengan kawan-kawan. Terus jadi macam anak dara, setiap masa ada dalam bilik. Mungkin arwah mak pun tak tahan melihat gelagat anak bongsu dia ni yang lebih banyak tidur lalu bersuara lagi
"awat mak tengok anak mak macam takdak kawan? tak teringin ka keluar dengan kawan-kawan macam orang lain"
Dalam hati "aik....bukan ka mak suruh duduk rumah, jangan banyak melilau" Bila mak kita suruh kita berubah, takkan nak melawan. Jadinya aRz mula keluar dengan kawan-kawan lepak di kedai mamak dan sebagainya...Gaya hidup macam ni berlarutan sebulan dua sampai kakak dan abang aRz mula tegur pada arwah mak susah nak jumpa anak bongsu mak. Mana taknya balik kerja sambung keluar lepak sampai 2 3 pagi baru balik, esoknya bekerja...muahaha....
"pi mana sampai 2 3 pagi baru balik, tak reti duduk rumah ka?" pulak dah....
Kesimpulannya waktu bujang fuh memang waktu tidur lebih banyak dari berjaga. Sampaikan ke kenduri adik beradik pun tak hadir semata-mata nak tidur. Mudah kata 24 jam tidur....
Nak kejutkan bangun? Perghhh teramat susah.
Waktu Tidur Selepas Berkahwin Bergelar Bapa
Bila fikir waktu bujang fuhh nikmatnya tidur....katil double tidur sorang-sorang. 4 bantal sorang-sorang tidur. Bila dah berkahwin kena berkongsi katil. Mula mungkin la rasa lain. Lama kelamaan kembali selesa. Sebelum ada anak waktu tidur macam orang lain juga normal. Tapi yang mencabar adalah selepas bergelar bapa.
Waktu bujang bukan main susah orang nak kejutkan supaya bangun. Tapi bila dah ada anak dah bergelar bapa, anak baru bergerak sikit, menangis sikit dah terjaga. Apatah lagi bila satu katil dikongsi tiga (3) kalau terlalu bergerak risau terkena bayi yang masih kecil.
Paling mencabar bila Cik Puteri lebih kurang 6 bulan, menangis tak mahu tidur dari 9 malam sampai 4 pagi. Bukan sakit perut bukan masalah apa, dia nak kita sembang dengan dia. Bila sembang dia diam...owh tidakkkkk masa tu waktu paling mengantuk. Esoknya aRz terjaga jam 10 pagi....terpaksalah cuti.
Bila Cik Puteri semakin membesar, inilah waktu paling kurang aRz tidur. Terutamanya sekarang, baru nak lelap mata, Cik Puteri ajak bermain, ajak menyanyi, macam-macam lagi. Waktu tidur selepas bergelar bapa memang teramat kurang, adakalanya hanya 4 jam atau 2 jam.
Menjadi ibu dan bapa itu mudah? Waktu tidur kena dikorbankan. Senyum...
Hargai Setiap Detik Dalam Hidup dan Hadapi Dengan Senyuman
Kesimpulannya waktu tidur masa bujang teramat banyak dan nikmat berbanding waktu tidur selepas berkahwin dan bergelar bapa. Ini bukan rungutan tapi sekadar berkongsi khasnya pada yang belum berkahwin. Ada yang tertanya-tanya bila aku nak berkahwin sedang jodoh belum sampai. Ada pula yang dah berkahwin berkata indahnya waktu bujang. Tak kira apa jua waktu kita sekarang ini gunakan sebaiknya, hadapi dan hargai setiap detik yang kita lalui.
Kalau belum ada jodoh buatlah sesuatu yang begitu berharga untuk diri seperti bercuti atau mengembara melihat alam yang terpampang luas, kejar cita-cita dan impian atau paling tidakpun tidur sepuas-puasnya. Jangan merungut dan teruskan berdoa.
Yang dah berkahwin, kalau waktu tidur semakin kurang hadapi sebaiknya. Yang penting bila bangun dari tidur ada orang tersayang tersenyum disisi anda. Hargai sebaiknya....Apa yang Allah takdirkan sebenarnya adalah yang terbaik untuk diri kita.
Jumpa Lagi