Kata Nasihat : Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya
Jika kita diingatkan, dipesan atau dinasihati oleh seorang Nakhoda kapal akan pentingnya membawa bekalan secukupnya sebelum kapal berlayar menuju destinasi. Apakah tindakan yang akan kita buat?
Manusia seringkali terlupa, sebab itu kita selalu diingatkan terutama sang lelaki yang wajib menghadiri solat Jumaat setiap minggu. Dalam khutbah solat Jumaat kali ini Khatib mengingatkan akan perjalanan kita di dunia ini. Lalu dia berpesan bahawa usah abaikan atau melambatkan dalam berbuat kebaikan dan amal soleh. Katanya lagi cuba bayangkan jika kita diingatkan oleh nakhoda kapal bahawa kita bakal melalui perjalanan yang panjang dan hanya akan berhenti ketika sampai ke destinasi apakah kita akan membawa bekalan yang secukupnya?
Dalam memastikan bahwa kita perlu membawa bekalan yang secukupnya maka jangan kita melambat-lambat dalam berbuat kebaikan. Kita tidak tahu bila kita bakal dijemput oleh Yang Maha Kuasa.
Tidak kira tua atau muda kita pasti akan dijemput olehNya. Jadi apakah waktu yang kita tidak tahu bila penghujungnya kita masih ingin berbuat dosa?
Tambahan pula di zaman berteknologi hari ini mampu membuatkan kita menyumbang dosa pada bila-bila masa.
Jom audit diri kita. Disini aRz juga ingin memohon maaf andai ada laman www.arzmoha.com ini pernah membuat mana-mana pihak terasa sengaja ataupun tidak. Anda juga boleh menegur sekiranya ada perkara yang tidak baik dikongsikan di laman ini. Jumpa lagi.
ARZMOHA
azrilmohdhaniffa@gmail.com
Instagram/twitter/fb : @arzmoha
Serius, perkongsian yang baik..