Skip to main content

Info Penting | Kalau Jenis Darah Anda....

Pentingnya Mengetahui Jenis Darah Yang Boleh DiTerima Dan Didermakan

Perkongsian hari ini berkenaan betapa pentingnya kita perlu mengetahui jenis darah kita, darah yang boleh kita terima dan didermakan yang dikongsikan di Facebook Page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

jenis-jenis darah yang boleh didermakan, kalau jenis darah yang boleh diterima, info darah,
Jenis darah yang boleh diterima dan didermakan

Kenapa Perlu Tahu Jenis Darah dan Jenis Darah Yang Boleh Didermakan dan Diterima

Adakala kita tidak sangka sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan. Samada berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga kita, kawan-kawan mahupun jiran. Bukanlah memohon agar sesuatu yang buruk berlaku tetapi sebagai persediaan.

Sebagai contoh pernah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga aRz sendiri mengalami kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak. Pihak hospital menggunakan darah di bank darah dan diminta menggantikan semula jenis darah yang sama.

Bila dapat tahu mengenai perlu menggantikan semula darah tersebut dengan seseorang berdarah sama perlu mendermakan darahnya. Jadi pakcik aRz bersiap sedia kerana dia sahaja yang berdarah "o-"

Jadi nampak tak pentingnya kita perlu mengetahui jenis darah kita, darah yang boleh diterima dan kepada siapa kita boleh derma.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua.

Comments

  1. Saya A+ ... seantero dengannya sahaja saya mampu menyumbang...

    ReplyDelete
  2. Terbaik informasi..tahnia

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang tak tahu darah dalam kelas mana satu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pi check anazarin...kejap ja boleh dapat result

      Delete
  4. Teringat masa nak pmr dulu2. Jenuh menghafal jadual ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak macam mana saya lupa nak hafal....hehe

      Delete
  5. Darah mummy campoq2..kah kah kah :P

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kena cari sapa yang boleh derma simpan no contact

      Delete
  7. Salam singgah dari saya..

    Alamak..tak tahu jenis darah yang mana satu..dulu2 masa sekolah pernah masa ekspo sains, boleh check..tapi takuttt punya pasal..langsung tak buat test nak tau darah jenis yang mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lah takut, tak rasa apa pun....sakit lagi cabut gigi

      Delete
  8. Macam SS ni berdarah Mahsuri boleh derma tak aRz?

    ReplyDelete
  9. Kalau tak salah bunda jenis B... dah lama, tak berapa ingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa bunda masih boleh check di hospital atau klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ini

      Delete
  10. Yes betul.. dulu ayah Farah pun kena ganti balik darah yang hospital guna utk aunty Farah.. ayah jer ygn boleh derma sebab jenis O (penderma) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...saya pun dah ambil tahu tentang jenis darah family, apa-apa boleh standby insyaallah

      Delete
  11. Replies
    1. O rupanya kaklin suka minum kopi O ni hehe gurau ja...

      Delete
  12. alhamdulillah allah beri saya darah utk sy jadi dermawan ;-)

    ReplyDelete
  13. Huhu..dah lupa dah darah saya jenis apa..rasanya A+.. maklum aje la..memang tak pernah derma darah..bukan kedekut..tapi tak boleh sebab fobia dengan jarum..

    ReplyDelete
  14. Kena check darah balik lah sebab tak ingan darah jenis apa...hehehe...

    ReplyDelete
  15. Ekin xtaw darah apa ni adesss

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...