Awesome Food | Pulut Mangga Penang

Pulut Mangga Penang

Mana nak cari pulut mangga kat Penang ni? Tiba-tiba Puan Isteri rasa nak makan. Tapi bukan mengidam cuma rasa nak makan. Sampailah jumpa ada yang menjual pulut mangga, aRz kongsikan dalam Awesome Food kali ini untuk memudahkan sesiapa yang sahaja yang mungkin mencari Pulut Mangga di Penang. 

Pulut Mangga penang, pulut mangga, awesome food penang, foodlover penang, makan best di penang,
Pulut Mangga Penang

Mana Nak Cari Pulut Mangga Di Penang

Baik untuk kali ini aRz nak kongsi sekiranya ada yang mencari Pulut Mangga sekitar Penang. Kebetulan dah jumpa tempat yang menjual pulut mangga ni malam tu bersiap dah terus mencari sebab Puan Isteri tetiba mengidam. Tapi malangnya sampai saja di gerai , pulut mangga habis. Jadi sekiranya anda, ya...anda pembaca blog ini ingin merasai pulut mangga ini digalakkan pergi lebih awal samada tengahari atau petang.

Pulut mangga ini boleh dijumpai disebuah kiosk siam di Medan Selera Tesco Extra Sungai Dua Pulau Pinang. Tesco ini berdekatan dengan USM Pulau Pinang. Sekiranya masih tak tahu cara nak ke Tesco ini dibawa ada aRz sediakan peta google untuk ke Tesco Extra Sungai Dua supaya memudahkan anda semua menikmati Pulut Mangga.

Harga hidangan

Sepinggan Pulut Mangga seperti gambar diatas berharga RM5 sahaja. Walaubagaimanapun kemungkinan ada perubahan harga dari masa ke semasa.

Semoga entri ini memudahkan anda dapat menikmati hidangan ini sekiranya anda yang mencari, mengidam atau teringin sangat nak rasa.

Jumpa Lagi.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan atau produk yang ingin di review/iklan.
Sila hubungi

aRz MoHa
facebook : @arzmoha
instagram : @arzmoha

Jangan lupa Like Page:
ARZMOHADOTCOM
BLOGGERUTARA


{ 21 comments.. read them below or add one }

Norma NML Norma NML 29 Oct 2015, 17:08:00
nape la pegi Penang Raya Haji tu tak jumpa pulut ni..mcm sedap je :)
JA JA 29 Oct 2015, 17:23:00
Yum yum! Mummy selalu pi makan kat Tesco Extra Seberang Jaya.. Marvellous! Hehehee nanti nak try yg kat sini pula la.. :)
sayaidaydotcom sayaidaydotcom 29 Oct 2015, 18:09:00
wahhhh, bila tengok ni, iday pulak teringin nk makan malam ni. nasib baik dekat area rumah ada jual. hehehehe :)
Etuza Etuza 29 Oct 2015, 18:13:00
Pulut mangga..macam2 juadah...pasti ramai menggemari kan..
Etuza Etuza 29 Oct 2015, 18:15:00
b aru nampak gambar..meleleh juga arz..sedap tul tengok Hhehe
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 29 Oct 2015, 18:20:00
eh org penang neh...share makanan sedap plak! hahahaha... :D
Unknown Unknown 29 Oct 2015, 18:52:00
Pulut mangga ni memang sedap la dimakan...dah lama juga MV tak berpeluang nak makan macam ni
Ana Jingga Ana Jingga 29 Oct 2015, 18:55:00
alaa sian puan arz tak dapat makan pulut mangga, esok pii awal kay :)
Azirahman Azirahman 30 Oct 2015, 10:21:00
tak pernah makan pulut mangga ni...
ENA ENA 30 Oct 2015, 15:44:00
ADUI,,..MAKTANG DAH MENGIDAM
Bunda_nora Bunda_nora 1 Nov 2015, 02:54:00
Bunda pernah makan pulut mangga yang siam punya tu....yang kat Penang ni tak pernah lagi...
SalbiahM SalbiahM 2 Nov 2015, 16:57:00
dulu-dulu Tesco Extra tu Makro...selalu gk singgah situ otw balik pasar malam..

memories!
AnonymousAnonymous 2 Nov 2015, 17:23:00
nampak macam sedap.. tasha tak pernah rasa lagi pulut mangga ni
Kira Sakura Kira Sakura 3 Nov 2015, 16:05:00
rasanya dekat tesco extra seberang jaya pun ada jugak ni
dear anies dear anies 4 Nov 2015, 12:47:00
penah g tesco sg dua tp kenapa sy x jumpa????????
Anizz Annisa Anizz Annisa 5 Nov 2015, 08:30:00
alahaiii sodappp ni...waduhhh
Sha Mohamed Sha Mohamed 5 Nov 2015, 12:41:00
Owhsemnya mangga dia... X pernah try lagi makan pulut mangga nie..
Umialya Umialya 14 Nov 2015, 10:03:00
akak pernah makan sekali pulut mangga, sedapkan..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih