Koleksi Gambar Bas Di Penang Dulu Hingga Sekarang

Bas Di Penang Dari Dahulu Hingga Sekarang

Suatu masa dahulu bas merupakan pengangkutan awam darat paling penting. Zaman dahulu tak semua orang mampu memiliki kereta sendiri. Jadi aRz bawakan semula kenangan koleksi bas dari dahulu hingga sekarang untuk tatapan semua dan untuk generasi akan datang. Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Hingga Sekarang dan juga sedikit sebanyak sejarah bas di Pulau Pinang.

bas di penang dahulu dan sekarang, hop on hop off, HOHO, koleksi gambar bas di pulau pinang, nostalgia bas di pulau pinang,
Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Sekarang

Uniknya Bas Di Pulau Pinang Suatu Masa Dahulu

Pengangkutan di Pulau Pinang suatu masa dahulu memang unik. Uniknya kerana sejak dahulu lagi sudah ada bas atau pengangkutan awam seperti di kota london iaitu trem dan bas elektrik serta bas dua tingkat. Kini sejarah bagaikan berputar, rata-rata kita dapat melihat semula bas dua tingkat mula memenuhi jalan-jalan raya. inilah sejarah bas di pulau pinang.

tram berkuasa wap di pulau pinang, pengangkutan awam pertama di pulau pinang, tram berkuasa wap di pulau pinang, penang first transportation, history of transportation in penang, sejarah pengangkutan awam pulau pinang, bas pertama di penang,
Tram Car, Penang

Tram Car Penang 

Berdasarkan sebuah blog menceritakan sejarah Tram Car Di Pulau Pinang suatu masa dahulu, Tram berkuasa wap mula beroperasi di Pulau Pinang adalah pada tahun 1880 dan pada tahun 1890 terdapat 11 buah 'tram car' yang beroperasi di bandar George Town. Baca Jejak Pengangkutan Trem Di Pulau Pinang

Tram berkuasa wap ini dibawah operasi Penang Steam Tramways mengikut sejarah mengatakan beroperasi dari tahun 1880-1900, kemudian diambil alih oleh syarikat perbandaran sehingga 1903 sebelum ditamatkan perkhidmatan.

Walaubagaimanapun, Tram berkuasa elektrik mula diperkenalkan pada tahun 1905 secara rasminya Tram Berkuasa Elektrik beroperasi sehingga 1936. Menarik bukan sejarah bas di pulau pinang. Teruskan membaca dan melihat koleksi gambar bas di Pulau Pinang.

tram berkuasa elektrik di pulau pinang, elektric tram in penang, sejarah bas di pulau pinang, tram elektrik penang, bagaimana rupa bas di pulau pinang, sejarah bas,
Tram Elektrik, Penang

sejarah bas di pulau pinang, bas elektrik di pulau pinang, bas terawal di pulau pinang, pengangkutan awal di pulau pinang,
Tram Elektrik

tram elektrik pulau pinang, bas elektrik penang, bas berkuasa elektrik di pulau pinang,
Tram Elektrik di Pulau Pinang

tram berkuasa elektrik di pulau pinang, tram elektrik di penang, tram elektrik di bukit bendera, bas elektrik berhampiran bukit bendera,
Tram Elektrik Di Air Itam Berhampiran Bukit Bendera
Selepas era tram elektrik mengalami kejatuhan menurut sebuah blog mengatakan bas troli mula beroperasi tetapi aRz sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan bas troli serta gambar bas tersebut. Walaubagaimanapun empayar Penang Yellow Bus mula menguasai Georgetown dan Pulau Pinang.

Penang Yellow Bus ( 58 tahun 1946-2004)

Penang yellow bus antara syarikat yang pastinya meninggalkan sejarah yang paling banyak kepada penduduk pulau pinang secara amnya sehingga kini. Sejak kecil lagi aRz sendiri memang antara yang menggunakan perkhidmatan Penang Yellow Bus. Walaubagaimanapun ada yang mengatakan bas kuning dari syarikat Penang Yellow Bus ini bermula pada tahun 1946 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2004.

penang yellow bus, bas mercedez, pm4263, sejarah bas di pulau pinang, nostalgia bas di penang,
 Penang Yellow Bus PM 4263 Cantik No Plat

Kalau ikutkan gambar bas diatas aRz rasa tak pernah naik, tapi tak tahulah jika naik ketika kecil. Apa yang pasti bas seperti gambar dibawah memang selalu aRz naik kerana bas utama ke Balik Pulau dari Georgetown.

bas kuning di penang, penang yellow bus, hing bus penang, sejarah bas di penang,
Penang Yellow Bus
Bas ini paling terkenal mungkin bagi mereka yang lahir pada tahun 80an. Kerana inilah bas yang menjadi pengangkutan utama ke bandar dan juga ke sekolah. Teringat lagi sekitar 6 pagi sudah keluar rumah menunggu bas untuk ke sekolah. Bas ini juga menghubungkan penduduk Balik Pulau ke Georgetown.

Walaubagaimanapun terdapat syarikat bas lain yang memberikan perkhidmatan seperti KGN Hin Bus yang mana perjalanannya ke tanjung tokong (sekiranya tidak silap)

sejarah bas di penang, sejarah bas di pulau pinang, kgn hin bus penang,
KGN Hin Bus
Apa yang menarik mengenai bas kuning atau yang seangkatan dengannya adalah bas ini tidak mempunyai penyaman udara. Jadi penumpang perlu membuka tingkap. Tetapi ada juga yang menutupnya kerana tidak mahu rambut yang tersikat rapi rosak ditiup angin. Sapa masih ingat cara membuka tingkap bas ini? hehe nostalgianya....

Milan Bus


Walaubagaimanapun Penang Yellow Bus mula memberhentikan perkhidmatannya pada tahun 2004 setelah beroperasi hampir 58 tahun. Agak lama perkhidmatan bas ini. Selepas itu semua bas milik Penang Yellow Bus diambil alih oleh syarikat Milan dan terdapat bas mini mula beroperasi.

sejarah bas di pulau pinang, penang yellow bus, milan bas, bas kuning, pengangkutan di pulau pinang,
Milan

Bas Mini Pulau Pinang

Bas mini di pulau pinang juga menjadi sejarah bas di pulau pinang sebagai pengangkutan awam yang terkenal kerana tambangnya hanya 70 sen. Bas ini dikendalikan oleh syarikat Angkasa Barisan (M) Sdn Bhd. Bas mini ini tidak seperti bas mini di Kuala Lumpur mahupun Shah Alam, Bas ini lengkap dengan penyaman udara. Antara kelemahan bas ini pintu hanya dibahagian hadapan. Kebanyakan bas ini pasti sesak dengan penumpang dan tidak memberi keselesaan terutama buat penumpang wanita.

bas mini pulau pinang, sejarah bas di pulau pinang, nostalgia bas pulau pinang, history of bus in penang,
Bas Mini Pulau Pinang

Walaubagaimanapun terdapat juga perkhidmatan bas transit link yang menjadi antara perkhidmatan bas di pulau pinang yang lengkap penyaman udara. Perkhidmatan bas ini juga tidak lama sebelum kehadiran Rapid Penang.

bas transit link, sejarah bas di pulau pinang, penang bus services, history of penang bus,
Transit Link

Rapid Penang ( 2007-now)

Pada 31 Julai 2007, Rapid Penang mula beroperasi di Pulau Pinang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi dan masih beroperasi sehingga kini.
rapid penang, sejarah bas di pulau pinang, uniknya perkhidmatan bas di pulau pinang, penang bas servives, history bus in penang,
Rapid Penang 2007-now

Rapid Penang hari ini antara bas yang beroperasi di Pulau Pinang secara keseluruhannya. Bas Rapid Penang ini mempunyai beberapa jenama iaitu :

Dong Heng - 2007
Higer - 2007
King Long - 2007
Jac - 2007
Scania K270UB - 2009
Scania K250UB -2009

Terkini...terdapat satu lagi bas yang sedang beroperasi di Pulau Pinang adalah Bas HOHO.

HOHO Bus ( Hop On Hop Off)

Bas Hop-on Hop-off ini aRz tidak mahu bercerita panjang sebab aRz akan kongsikan lagi mengenai bas HOHO ini dalam entri akan datang dimana ia juga akan dikongsikan oleh rakan Blogger Utara yang akan alami sendiri pengalaman menaiki bas ini. Tunggu ya...

bas HOHO, Hop on hop off bas, penang hop on hop off, uniknya bas di pulau pinang,
Bas HOHO
Untuk gambar bas Hop On Hop Off tidak lupa untuk kreditkan untuk Siti Yang Menaip. Terima kasih pemilik gambar jasamu dikenang.

Sejarah Bas Yang Menjadi Pengangkutan Utama di Pulau Pinang

Inilah sejarah bas yang menjadi pengangkutan utama di Pulau Pinang. Yang pasti orang Pulau Pinang pasti mengingatinya sebagai sejarah. Mungkin ada individu hari ini sudah berjaya dengan menggunakan perkhidmatan bas di atas untuk mencari kerja, ke tempat kerja atau menyambung pelajaran. Mungkin juga ada yang bertemu jodoh di atas bas dan sebagainya. Nostalgia bas ini pasti tersimpan di hati rakyat Pulau Pinang. Uniknya pengangkutan di Pulau Pinang.

Jumpa Lagi

terima kasih kepada semua pemilik gambar yang tidak dapat dikreditkan satu persatu.

{ 58 comments.. read them below or add one }

cikpinz cikpinz 12 Oct 2015, 07:44:00
Tak sabar nak review HOHO..info yang menarik..CP memang menggunakan bas bila ke Penang. selalu naik bas dari jeti ke Komtar.
Jari Manis Jari Manis 12 Oct 2015, 07:45:00
"Kalau ikutkan gambar bas diatas aRz rasa tak pernah naik, tapi tak tahulah jika naik ketika kecil" <---- Ce tanya mak heee
Mummy Julia Mummy Julia 12 Oct 2015, 08:27:00
dari kecik sampai besaq mummy memang besaq dalam bus je la.. nak ke sekolah ren, men , agama dan ke tuisyen...lali dah.. tp la ni kalo diberi peluang mummy nak naik bus, mummy nak naik bus hop on hop off je.. sbb la ni kalo naik bus dah rasa macam kat luar negara. tak sanggup! Especially area Perai, BM dan seangkatan dgnnya..hehehe
izzeyda izzeyda 12 Oct 2015, 08:47:00
Kalau tak salah, ayah Eyda kata tram elektrik tuh pemandunya memang tak ada lesen.. ada pernah eksiden dengan kenderaan lain.. Eyda pernah naik bas dari yellow bas sehingga ke rapid sekarang..
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 12 Oct 2015, 09:57:00
hop on hop off.. Dah la cuaca panas, tak sanggup nak naik dok atas.. Nostagia betul bas kat penang ni.. Tapi kenapa Tram dah xda..
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 10:05:00
Ambil gambar banyak-banyak ok....
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 10:06:00
Mak dah tak ada....tapi masa kecil cuma ingat naik "prebet sapu" tau tak apa tu sis JM?
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 10:07:00
yela kan mummy orang zaman dulu mana nak mampu beli keta lagi. sama la dengan saya ni...Bas HOHO pun teringin nak naik tapi tak berpeluang lagi...
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 10:08:00
Memang ada blog yang cerita pasal kemalangan yang berlaku. Tapi nak ceritakan semua takut terlalu panjang aRz ringkaskan. mmm datuk aRz juga pernah menjadi pemandu salah satu Tram ini sebelum bekerja sebagai Penarik Beca
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 10:09:00
Panas tu semestinya...melainkan Penang sejuk macam Genting Highlands...tapi atas ada yang berbumbung :)
Papaglamz Papaglamz 12 Oct 2015, 10:52:00
Kalu bercuti ke penang, arz org first aku call. Blh jd pemandu pelancong freeeee... huhu
FarahFerraDotCom FarahFerraDotCom 12 Oct 2015, 12:01:00
memang jauh berbeza bas dulu dan sekarang.. yang dulu unik betul.. heee
el el 12 Oct 2015, 12:07:00
Bas mini tu paling nostalgia
cuti sem je ambik bas mini ke jetty balik kpg huhu
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 12:10:00
freeee???? bayar laaa hahaha
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 12:10:00
waktu balik seklah penuhhhh jaaa
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 12:11:00
memang unik...kenangan ni...zaman anak-anak mungkin dapat rasa naik bas rapid je la
Jari Manis Jari Manis 12 Oct 2015, 12:22:00
'PREBET SAPU'? BUJANG LAPUK?
Zafirah Kama Zafirah Kama 12 Oct 2015, 13:09:00
Teringin nak naik tram tu... tak sempat.. sob2

Yelow bus ! kenangan tu.. dari jetty jam 2 petang, sampai Bayan Lepas dah maghrib.. dah la bulan puasa.. naik bebai kat bus tu.. huhu

selain bus transit link, ada lagi satu yang seantero dengannya.. lupa pulak nama apa.. sebab dulu dok naik jugak kalau pi sekolah.. bus city liner pun hado jugak..
Anizz Annisa Anizz Annisa 12 Oct 2015, 13:20:00
nostalgia semua ni.. gambar je la buat kenangan.. :)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 12 Oct 2015, 15:05:00
rapid mana ?? rapid ?? ahaha Yunsing sayang sungguh rapid

CT penah naik Yellow Bus dlu before mak ayah beli kete.. dan stesen bus tu..!! stesen bus kat balik pulau. nostalgia ni..

AB Cafeeeeee
Dunia Zumal Dunia Zumal 12 Oct 2015, 17:10:00
Wah semangat nak naik HoHo la nie. Zumal rasa yang dipanggil troli tu rupa bas juga cuma ada 2 bahagian yang disambung seperti train...
Ana Jingga Ana Jingga 12 Oct 2015, 17:30:00
baru kak ana tahu kat penang dulu ada tram tu, kan elok kalau di adakan semula kan, tapi keadaan di sana sekarang trafik makin padat kan arz :) nice entri .
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 20:16:00
City liner tak pasti belah mana arah perjalanannya..
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 20:17:00
Kalau datang Penang masih boleh lihat landasan tram di Penang road
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 20:18:00
Cari gambar tak jumpa zumal
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 20:19:00
Kenapa dengan yun sing??
AB cafe tu apa haha
arzmoha arzmoha 12 Oct 2015, 20:20:00
Prebet sapu macam teksi. Kereta tak berdaftar sebagai teksi dan mengambil penumpang dengan tambang lebih murah
topijerami topijerami 12 Oct 2015, 22:57:00
penang antara tempat terbaek pengangkutan awam
sekarang dah sama banyak personal dan awam
arzmoha arzmoha 13 Oct 2015, 14:23:00
Ya SS tapi sekarang dah tak ada
Kira Sakura Kira Sakura 13 Oct 2015, 15:34:00
yang pasti kami pernah naik Rapid Penang je aritu. tu pun saje bawak Fateh Uwais berjalan naik bas
Murni Alysa Murni Alysa 13 Oct 2015, 16:36:00
wah..nostalgik betul..hihihi
arzmoha arzmoha 13 Oct 2015, 20:24:00
saya pun baru sekali naik bas rapid
arzmoha arzmoha 13 Oct 2015, 20:24:00
nostalgik ka nostalgia mana satu betul hehe
Etuza Etuza 13 Oct 2015, 20:50:00
sangat menarik persembahan maya kali ini aRz..teruskan berkarya di blog
Inani Hazwani Inani Hazwani 13 Oct 2015, 21:10:00
Nani tak pernah tahu macam mana rupa bas zaman dulu dulu walaupun sekarang hari hari naik bas. Hahaha.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 14 Oct 2015, 14:25:00
jangan nak ngade buat2 tatau..
Rapid tu bus feveret YunSing.. ehehe..
Zai Zamree Zai Zamree 15 Oct 2015, 13:47:00
penah naik bas kuning, bas mini & rapid ja...
x sabaq nk naik HOHO
Cik Ash Cik Ash 15 Oct 2015, 23:49:00
Nostalgia bas ekin banyak masa tu kat kelantan hihihi boleh nanti ada masa ekin kongsi gak la
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 Oct 2015, 16:06:00
Zumal lagi ler takde. Hehe :)
Farrah MF Farrah MF 18 Oct 2015, 23:15:00
Wowwwww! Wowwwwww! Lagi sekali,...Wowwwwww! :)
dear anies dear anies 21 Oct 2015, 11:14:00
wahhhh kalau laa ada tram tu mesti da rs cm oversea kalu g penang ;-)
Sha Mohamed Sha Mohamed 5 Nov 2015, 13:05:00
Pergh!! Macam-macam jenis bas dah ada kat Penang.. Agak-agak 2020 nanti ada bas terbang x?
Hehehehe..
arzmoha arzmoha 23 Sept 2016, 23:03:00
entahla...kereta terbang belum nampak lagi hehe
Ubai Ismail Ubai Ismail 23 Sept 2016, 23:23:00
teringin nak naik tram macam dlu2 tu. haha kalau perasan dekat dengan restoran line clear ada jalan tram tu. hehe
arzmoha arzmoha 23 Sept 2016, 23:43:00
kan kalau masih kekalkan terbaik sangat
arzmoha arzmoha 23 Sept 2016, 23:44:00
hahah kalau tau mesti best...dan bersyukur sebab sekarang semua bas dah ada aircond
arzmoha arzmoha 23 Sept 2016, 23:57:00
ya...masih ada...kalau ada semula lagi best kan...feel macam oversea
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 27 Sept 2016, 08:08:00
Kalau yg tram tu ada lagi kakak rasa macam best aje kan
Macam yg selalu digunakan dekat zoo tu - berangin aje hihi...
raihanah raihanah 27 Sept 2016, 09:17:00
macam2 jenis bas kan daripada dulu2
HeNRieTTa JoSe HeNRieTTa JoSe 28 Sept 2016, 09:20:00
Penang Yellow Bus...huhuhu, nostalgia...
Sue Bee Sue Bee 2 Oct 2016, 06:47:00
Wow!!..dari mana dapat koleksi gambar-gambar bas tu semua?..
MisDiarios MisDiarios 2 Oct 2016, 12:39:00
nostalgia sungguh teringat masa dolu dolu hihi
Bunda_nora Bunda_nora 3 Oct 2016, 08:57:00
Memang unik sungguh tram car tu..
Pha Is Pha Is 4 Oct 2016, 00:13:00
kalau kat seberang dulu top dengan bas UTC sebelum bankrupt bila rapid penang masuk..
Unknown Unknown 11 Nov 2017, 17:48:00
kenderaan juara a.k.a transit link...kerusi sepah-sepah...ada kt tengah kt tepi yg seketoi pn ada...
Unknown Unknown 11 Nov 2017, 17:50:00
dr alor star pi bagan lalu kepala batas...nostalgia....
Wan Sufi Wan Sufi 7 Mar 2018, 15:27:00
Tak sangka Penang ada tram suatu masa dulu. Saya suka sangat ke sana sebab sejarahnya sangat banyak untuk dilihat. Nasi kandar jangan cakap la, sedap oo..hehe. Terima kasih atas info.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih