Info Penting | Kalau Jenis Darah Anda....

Pentingnya Mengetahui Jenis Darah Yang Boleh DiTerima Dan Didermakan

Perkongsian hari ini berkenaan betapa pentingnya kita perlu mengetahui jenis darah kita, darah yang boleh kita terima dan didermakan yang dikongsikan di Facebook Page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

jenis-jenis darah yang boleh didermakan, kalau jenis darah yang boleh diterima, info darah,
Jenis darah yang boleh diterima dan didermakan

Kenapa Perlu Tahu Jenis Darah dan Jenis Darah Yang Boleh Didermakan dan Diterima

Adakala kita tidak sangka sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan. Samada berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga kita, kawan-kawan mahupun jiran. Bukanlah memohon agar sesuatu yang buruk berlaku tetapi sebagai persediaan.

Sebagai contoh pernah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga aRz sendiri mengalami kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak. Pihak hospital menggunakan darah di bank darah dan diminta menggantikan semula jenis darah yang sama.

Bila dapat tahu mengenai perlu menggantikan semula darah tersebut dengan seseorang berdarah sama perlu mendermakan darahnya. Jadi pakcik aRz bersiap sedia kerana dia sahaja yang berdarah "o-"

Jadi nampak tak pentingnya kita perlu mengetahui jenis darah kita, darah yang boleh diterima dan kepada siapa kita boleh derma.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua.

{ 34 comments.. read them below or add one }

Zafirah Kama Zafirah Kama 18 Oct 2015, 14:57:00
Saya A+ ... seantero dengannya sahaja saya mampu menyumbang...
Etuza Etuza 18 Oct 2015, 16:36:00
Terbaik informasi..tahnia
anazarin anazarin 18 Oct 2015, 20:08:00
Sampai sekarang tak tahu darah dalam kelas mana satu...hehehe
Farrah MF Farrah MF 18 Oct 2015, 22:52:00
Teringat masa nak pmr dulu2. Jenuh menghafal jadual ni :)
Mummy Julia Mummy Julia 19 Oct 2015, 09:46:00
Darah mummy campoq2..kah kah kah :P
Fieza Sani Fieza Sani 19 Oct 2015, 15:36:00
Salam singgah dari saya..

Alamak..tak tahu jenis darah yang mana satu..dulu2 masa sekolah pernah masa ekspo sains, boleh check..tapi takuttt punya pasal..langsung tak buat test nak tau darah jenis yang mana?
Scdha Sein (SS) Scdha Sein (SS) 19 Oct 2015, 19:24:00
Macam SS ni berdarah Mahsuri boleh derma tak aRz?
Bunda_nora Bunda_nora 20 Oct 2015, 08:43:00
Kalau tak salah bunda jenis B... dah lama, tak berapa ingat...
FarahFerraDotCom FarahFerraDotCom 20 Oct 2015, 11:10:00
Yes betul.. dulu ayah Farah pun kena ganti balik darah yang hospital guna utk aunty Farah.. ayah jer ygn boleh derma sebab jenis O (penderma) hehehe
Alin Marlini Alin Marlini 20 Oct 2015, 11:13:00
kaqlin jenis 'O"....huhuhuhu
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:36:00
owh...kita cuma beza "-"
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:40:00
kena pi check anazarin...kejap ja boleh dapat result
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:40:00
alamak macam mana saya lupa nak hafal....hehe
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:41:00
fuyoo...ini darah drakula ni hehehe
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:41:00
kena cari sapa yang boleh derma simpan no contact
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:42:00
tak apa bunda masih boleh check di hospital atau klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ini
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:43:00
uihhh...darah mahsuri ya huhu
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:44:00
jangan lah takut, tak rasa apa pun....sakit lagi cabut gigi
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:46:00
O+ boleh terima dari O sajalah yer
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:47:00
O rupanya kaklin suka minum kopi O ni hehe gurau ja...
arzmoha arzmoha 21 Oct 2015, 08:48:00
itulah...saya pun dah ambil tahu tentang jenis darah family, apa-apa boleh standby insyaallah
dear anies dear anies 21 Oct 2015, 09:47:00
alhamdulillah allah beri saya darah utk sy jadi dermawan ;-)
Hafizul Hafizul 21 Oct 2015, 10:20:00
Huhu..dah lupa dah darah saya jenis apa..rasanya A+.. maklum aje la..memang tak pernah derma darah..bukan kedekut..tapi tak boleh sebab fobia dengan jarum..
Fiza Rahman Fiza Rahman 22 Oct 2015, 10:01:00
Kena check darah balik lah sebab tak ingan darah jenis apa...hehehe...
Cik Ash Cik Ash 26 Oct 2015, 23:28:00
Ekin xtaw darah apa ni adesss

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih