Wordless Wednesday #8 : Ingat Orang Tersayang

Wordless Wednesday, Jambatan Kedua dalam pembinaan, arzmoha.com, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | wordless wednesday

Salam. Sihat Semuanya?. Wordless Wednesday #8.
Hari ini kita dibanjiri dengan segala kemudahan teknologi yang ada. Memberikan kita tiada lagi alasan untuk bertanya khabar orang yang tersayang. Terutamanya ibubapa kita. Syawal masih berbaki. Semuanya dah kembali ke destinasi masing-masing ada yang jauh dari kampung. Tapi jangan hilangkan mood raya yang ada. Terus bertanya khabar ibubapa kita, buat yang dah berkahwin berjauhan dari anak dan isteri juga boleh berbuat demikian. Ingat semula kenangan ketika pulang ke kampung halaman masing-masing gelak tawa bersama ibubapa kita. Indah bukan?
Lihat seperti didalam gambar ini pekerja untuk Projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau di kenali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Wordless Wednesday : Sudahkah anda hubungi orang yang tersayang?

Sudah baca mengenai Wordless Wednesday #7?
http://www.arzmoha.com/2014/07/wordless-wednesday-7-hargai-masa.html

{ 51 comments.. read them below or add one }

Amelia Amelia 14 Aug 2014, 00:12:00
betul. jangan bila dah tak ada, baru nak menyesal. hmmm...

hargai apa yang kita ada sebelum ALLAH ambil balik selama-lamanya.
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 14 Aug 2014, 01:46:00
selalu tanya adik2 je kalau parent sihat... sebab bila nak call je terus rasa nak tanya apa...?? bila dengar suara mama tersayang sebak pulak... maklumlah... anak paling durhaka dalam adik beradik :(

Sayangi mereka selama mereka masih ada :)
MissNadia MissNadia 14 Aug 2014, 08:27:00
selalu dan hari-hari ingat mereka yang di sayangi :D
Jari Manis Jari Manis 14 Aug 2014, 08:46:00
Org tu sedang bercakap dalam telefon ke..agak-agak dia call siapa eh..cara duduk mcm call awek je hahahah...ye setuju..tak kira di mana kita berada sentiasa lah ingat pada org tersayang
Jari Manis Jari Manis 14 Aug 2014, 08:48:00
Amy J...akak setuju dgn statement ni...100% TRUE :-)
irrayyan irrayyan 14 Aug 2014, 09:23:00
Kita pon jenis sebak klu cakap dlm tepon. Geng!
irrayyan irrayyan 14 Aug 2014, 09:24:00
Bila dh ada suami, lain jadinya. Kena ikut suami. Tahan jela klu rindu teramat sgt kat mak abah. Klu bujang2, rindu je boleh balik kg.
Karya Mahirah Karya Mahirah 14 Aug 2014, 09:51:00
betul.. kalau teringat tu terus je call...
lia lia 14 Aug 2014, 13:00:00
selagi mereka masih ada, sentiasa call, x perlu tunggu event besar sahaja kan...

done follow here ;)
Anizz Annisa Anizz Annisa 14 Aug 2014, 13:36:00
hihi... aah..santai aje ek..huhu...
Anizz Annisa Anizz Annisa 14 Aug 2014, 13:37:00
hargai orang yg kita sayang.. :)
Ana Jingga Ana Jingga 14 Aug 2014, 14:52:00
Alhamdulillah, sering kak ana lakukan, bila seminggu tak telefon, abah akan buat miss call..sayang kredit katanya, walaupun kak ana yang top up kan untuk dia.. hehe
Faaeinz Faaeinz 14 Aug 2014, 16:22:00
Teringat masa duduk jauh dulu, memang hari-hari nak call parents.
Selagi mereka ada ni, memang eloklah bertanya khabar selalu.
norhasnizakhalid norhasnizakhalid 14 Aug 2014, 20:30:00
singgah malam, blogwalking dari blog kak mialiana...
Yun Sing Yun Sing 14 Aug 2014, 22:00:00
Hargai orang di sekeliling kita sementara masih berpeluang :')
arzmoha arzmoha 14 Aug 2014, 23:18:00
zaman sekarang dah canggih. boleh berkomunikasi tengok muka lagi. gunakan sebaiknya
arzmoha arzmoha 14 Aug 2014, 23:32:00
Telefon minachi di Karachi agaknya hehe
Scha Nazri Scha Nazri 15 Aug 2014, 00:18:00
Hargai mereka kan. Jangan bagi mereka sedih :(
Farrah MF Farrah MF 15 Aug 2014, 03:32:00
Sekarang ni masih beraya bersama insan2 tersayang :)
Unknown Unknown 15 Aug 2014, 09:36:00
Xsure la kenapa tak boleh nak msg..ramai org ckp cmtu..camna nak buat ek ??huhuhuhu
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 10:55:00
tertanya-tanya jugak "kenapa tak boleh message". Fikir apa kena mengena dengan entry ini. Rupanya mengenai blog Alyani kan?
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 11:24:00
:) bila jauh memang rindu kan?
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 11:26:00
teruskan Kak Ana. Ibubapa perlukan perhatian kita. Bukan wang kita, bukan rumah, bukan kereta...tapi perhatian sepertimana kita ketika kecil perlukan perhatian mereka
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 11:30:00
setuju. ingatilah orang tersayang setiap saat
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 11:31:00
untung masih ada nenek. hargai mereka
arzmoha arzmoha 15 Aug 2014, 11:41:00
betul KM. Tapi kalau jenis teringat setahun sekali macam mana :)
Khir Khalid Khir Khalid 15 Aug 2014, 12:05:00
Hubungilah serta dekatkan silaturrahim dgn kemudahan teknologi yg dianugerahkan dlm dunia sekarang... peringatan yg baik buat semua.. :)
Amelia Amelia 15 Aug 2014, 14:47:00
amboi ayat abang arz.. bukan main lagi. hahahaha.
Amelia Amelia 15 Aug 2014, 14:48:00
kalau buat setahun sekali je, nanti dah ada anak cucu, they'll do the same thing.
arzmoha arzmoha 16 Aug 2014, 11:46:00
kita menggunakan apa teknologi yang ada untuk sama-sama ingat mengingati
arzmoha arzmoha 16 Aug 2014, 17:02:00
betul tu. Apa yang kita buat kat mak ayah kita. Anak-anak kita akan buat balik pada kita
Lya Akif Imtiyaz Lya Akif Imtiyaz 16 Aug 2014, 22:11:00
Sentiasa dihati ..walau tak telefon hari2 tp dihati sentiasa dekat..dalam setiap sujud sentiasa doakan ibubapa tersayang...dalam tadahan doa sentiasa nama mak ayah terukir di bibir..sayang mak juga ayah dunia akhirat..aamin aamin
arzmoha arzmoha 17 Aug 2014, 14:23:00
Alhamdulillah. Doa jangan dilupakan setiap hari. Itu antara tips murah rezeki
Cik Itah Cik Itah 19 Aug 2014, 15:24:00
salam. sudah..da call mak kat kampung :))
norhasnizakhalid norhasnizakhalid 19 Aug 2014, 17:24:00
rindu mak ayah kat kampung, apakan daya setelah berkahwin mengikut suami, kami terpisah jauh,. tapo sekarang zaman moden, whatsapp ada, video call ada.. nak tak nak je kita gunakan..
Eshamz Halim Eshamz Halim 20 Aug 2014, 21:41:00
Betul tu bro.... sentiasa ingat pada orang yg tersayang.. :D
drshikinzainal @ ekin drshikinzainal @ ekin 4 Sept 2014, 20:55:00
Orang tersayang adalah mak, ayah & anak-anak.
Memang tggl serumah :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih