![]() |
Kad Raya dari Mialiana.com |
Salam Aidilfitri. Hari Raya ke 13. Semoga Sihat semuanya.
Asyik sangat dengan lemang dan ketupat pulut serta rendang, entri entah kemana. Terima kasih jika ada yang menunggu entri terbaru. (perasan ja macam ada orang tunggu)
Masih lagi mood raya jadinya nak cerita mengenai raya sahaja. Almaklumlah minggu depan banyak rumah terbuka. :)
Cerita pasal raya saya terima Kad Raya dari blogger. Blogger yang hebat-hebat semuanya. Sebelum ni saya terima kad raya dari irrayyan.com boleh baca disini.
Seperti gambar diatas. Siapa tak kenal kad raya tersebutkan? Kad raya dari Kak Mia dari mialiana.com. Semua pasti kenalkan. Kak Mia buat segmen kad raya baca disini. Saya pun terpilih dan menerima kad raya tersebut. Terima Kasih Kak Mia.

Kad Raya dari Zukidin.com |
Kad raya yang berikut dari Abe Kie pemilik blog www.zukidin.com. Seorang guru yang berasal dari kelantan. Blog yang banyak kisah teladan yang menarik. Singgahlah kalau tak percaya. Terima kasih Abe Kie. Insyaallah saya akan membalasnya.
![]() |
Kad Raya dari Zukidin.com |
Ucapan raya dari Abe Kie yang meminta supaya merapatkan siratulrahim di hari dan bulan yang baik. Raya tempoh hari tak sempat nak kunjung Abe Kie di Kelantan memandangkan saya pulang ke Terengganu.
![]() |
Kad Raya dari Akifimtiyaz3.blogspot.com |
Kad Raya yang berikutnya dari Kak Lya dari blog akifimtiyaz3.blogspot.com. Blog yang juga banyak kata-kata nasihat. Tak kenal siapa kak Lya? memang rugi sebabnya kak Lya sangat rajin blogwalking. Boleh dikatakan kebanyakan blog Kak Lya antara pengomen tegar.
![]() |
Kad Raya dari Akifimtiyaz3.blogspot.com |
Isi kandungan Kad Raya dari Kak Lya.
![]() |
Kad Raya dari Jarimanistravel.blogspot.com |
![]() |
Kad Raya dari Jarimanistravel.blogspot.com |
Berikutnya lagi. Kad Raya dari seorang yang suka travel dan suka komen. Akak Jari Manis. Nama jari manis pun dah tahu memang suka komen, dengan blog jarimanistravel.blogspot.com. Rugi juga kalau tak kenal akak JM. Kenapa? Pertama blog akak JM sarat dengan kisahnya yang suka travel/mengembara/bercuti, penuh dengan gambar dan terselit tips percutian dalam dan luar negara. Kedua akak JM akan jadi seorang pengomen tegar di blog anda.
![]() |
Kad Raya |
![]() |
Kad Raya |
Aik. Kad Raya dari blogger mana pulak ni. Hmmm sebenarnya kad raya ini bukan dari blogger tapi dari anak kepada rakan sekerja saya. Kad raya ini dikirim 'by hand' semasa bermain badminton baru-baru ini.
Terima Kasih semua yang beri Kad Raya pada saya. Insyaallah saya akan membalas. Tunggu ya. :)
Apapun saya ucapkan sekali lagi
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN SEPANJANG TAHUN.
#kosongkosong
Jumpa Lagi.