Bukan Sekadar Matematik Biasa | FEF

Panda, Menabung, Masa Depan, Kesusahan, arzmoha.com, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Bukan Sekadar Panda
Salam. Semoga sihat semuanya. Selamat berhujung minggu.
Apa sebenarnya bukan sekadar matematik? Nak belajar matematik pula ka?
Bukan.
Apa kena mengena dengan Panda diatas? Teruskan membaca.

Formula Matematik

10 + 10 + 10 + 10 + 10 = 50 bukan?
50 x 12 = 600 kan?
600 x 5 = 3000. betul tak?

Itulah matematik yang kita belajar di sekolah rendah dulu. Tapi matematik itu sangat berguna pada kita sekarang ini. Yang dah bekerja, berkahwin, penuh dengan tanggungjawab dan komitmen.

Bagaimana nak aplikasikan formula yang mudah ini untuk kehidupan seharian?

Wang, Simpanan, Tabung, Emergency Fund, arzmoha.com, gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Menabung demi masa depan

Family Emergency Fund (FEF)


Sebelum saya ulas mengenai FEF, sebenarnya saya mendapat idea ini dari blog abangensem.com dengan pendedahannya mengenai SEF (Starter Emergency Fund. Apa itu SEF? 

Tekan link yang saya berikan baca dan fahamkan. Sangat berguna.
Dari pendedahan abangensem mengenai SEF ini saya terfikir tentang FEF. Didalam entry tersebut abangensem juga tekankan kata-kata pakar kewangan Dave Ramsey 
"Sediakan payung sebelum hujan"
dah baca belum??

Apa itu FEF

Ianya boleh dipanggil tabung kecemasan keluarga. Dimana setiap ahli keluarga yang ingin turut serta perlu menyumbang dana setiap bulan untuk disimpan dengan nilai yang kecil. Dana tersebut boleh digunakan untuk tujuan kecemasan ataupun tujuan lain yang boleh membantu ahli keluarga dari masalah kewangan. Pernah tak ahli keluarga ada masalah kewangan dan bila mereka minta bantuan anda pun tidak dapat membantu? Pernah anda tanya diri anda apakah hari esok anda tidak akan meminta bantuan orang lain? Pernahkah anda ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan tapi tiada modal? Apakah anda boleh menjamin hari esok anda? Mahukah anda ahli keluarga anda terlibat dengan ahlong? Jika anda ada kesukaran menjawab soalan-soalan tadi teruskan membaca.
"ingat kita tak tahu bila hujan akan turun"

Macam mana tu?

Seperti mana formula matematik mudah. Sepertimana kita selalu main "kutu".
Katakan satu keluarga ada 5 orang. Setiap keluarga sumbang RM 20 setiap bulan dan berterusan.


RM 20 x 5 orang ahli = RM 100

RM 100 x 12 bulan = RM 1200 setahun

RM 1200 x 5 tahun = RM 6000


Nampak sikit setiap bulan tapi jika berterusan akan jadi banyak. Tabung ini nampak tidak berguna bagi mereka yang bergaji RM 20k sebulan tapi bagi ahli keluarga yang bergaji lebih kurang RM 2k sebulan mungkin sangat berguna.

Kenapa perlu ada FEF? 


Jangan bergantung penuh pada FEF. Simpanan anda sendirian adalah wajib. Insurans kesihatan juga wajib.
Ini adalah tabung kecemasan untuk membantu ahli keluarga dengan nilai yang kecil


Sifat semut, arzmoha.com, gambar cantik, Bekerjasama, berkumpulan
| arzmohdhaniffa photography | Semut yang bekerjasama dan bersatu

Sepertimana semut dalam gambar diatas. Mereka kecil tapi dengan kerjasama dan berkumpulan mereka jadi kuat. Seperti nilai sumbangan bulanan nampak kecil tapi lama-kelamaan akan menjadi besar. Dalam hidup jangan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita dah senang bergaji besar. Hidup ini bagaikan roda. Adakala kita diatas adakala kita dibawah.

| arzmohdhaniffa photography | Menabung membantu dimasa depan

Bagaimana nak jayakan FEF


1. Buat perjumpaan bincangkan, terangkan kebaikan dan kelebihan, tentukan nilai simpanan
2. Perlu lantik seorang yang akan mengurus tadbir ( dalam ahli keluarga secara sukarela)
3. Buka akaun bersama (bank islam - akaun al-awfar*, kalau boleh yang ada kad atm. (emergency case mudah untuk pengeluaran)
4. Kalau rajin buat rekod fail dan ada sedikit perjanjian ( adik beradik pun boleh bergaduh bab duit)
5. Selamat mencuba

*Akaun Al-Awfar ada cabutan setiap bulan mana tahu rezeki dapat RM 500,000 bahagi seorang sedikit. :)

Apakah Kelebihan FEF


1. Jika salah seorang ahli keluarga ditimpa kesusahan, boleh beri bantuan segera atau pinjaman tanpa interest.
2. Wang yang terkumpul boleh beri dana kepada ahli keluarga yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan ( ini telah di pratikkan oleh sesetengah persatuan), jangan beri semua tapi contoh 10% dari jumlah simpanan. Ingat ini tabung kecemasan.
3. Wakaf pada Sekolah Tahfiz, untuk pembinaan Masjid dan surau, dan sebagainya
4. Bila mana wang yang terkumpul jarang diguna, boleh gunakan sedikit untuk jamuan raya eratkan siratulrahim ahli keluarga.
5. Boleh buat percutian family rehatkan minda eratkan nilai kekeluargaan.
6. Banyak lagi, anda dan keluarga boleh bincangkan.

ingat
"sediakan payung sebelum hujan"
"adakalanya hujan turun tanpa guruh dan kilat"
"Sebaik-baik sedekah adalah pada saudara mara terdekat"

Setakat ini saja yang saya mampu berkongsi. Jika ada sebarang keraguan, kemusykilan, pertanyaan atau kritikan. Tinggalkan komen anda atau emailkan pada saya atau boleh wahtsapp dan sebagainya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
Jika rasa entry ini sangat berguna. Sebarkan.

Jumpa Lagi.

{ 51 comments.. read them below or add one }

Karya Mahirah Karya Mahirah 17 Aug 2014, 17:14:00
aRzMoHa, KM nak share kat FB ya. Benda ni berguna untuk sepupu sepapat, ipar duai KM... thanks for sharing!
HAMIDIsP HAMIDIsP 17 Aug 2014, 17:29:00
Terbaik jika semuanya bekerjasama dan tidak cuba menjadi hero..huh
HAMIDIsP HAMIDIsP 17 Aug 2014, 17:41:00
Saya dah pautkan blog arzmoha.com di blog sentiasapanas.com. Mohon pautkan juga jika sudi..:)
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 17 Aug 2014, 18:32:00
ada kerjasama keluarga, saling bantu membantu..
Amelia Amelia 17 Aug 2014, 20:35:00
menarik. lagi-lagi bila abang arz kaitakn dengan semut tu. asalkan ada usaha yang berpanjangan, insya-ALLAH lama-lama akan bawa hasil ^^,
arzmoha arzmoha 18 Aug 2014, 00:13:00
Kongsikan saja KM seandainya berguna.
Ini masanya untuk menstabilkan kewangan keluarga.
Siapa tahu dengan simpanan kecil mampu membuka perniagaan keluarga.
arzmoha arzmoha 18 Aug 2014, 00:14:00
Perlu bekerjasama, bersatu, adil dan amanah
arzmoha arzmoha 18 Aug 2014, 00:15:00
Kalau hanya dengan serendah RM 20 kita tak mampu membantu keluarga kita. Tak tahulah
aRz MoHa aRz MoHa 18 Aug 2014, 00:16:00
Semut yg kecil itu boleh disamakan dengan nilai dana sebulan yang disalurkan sbg cth RM 20 kecil saja nilai tu. Tapi bila bersatu, semut-semut ini kuat
Krungkrungx Krungkrungx 18 Aug 2014, 07:43:00
thank you so much sebab datang blog saya =)
terima kasih bnyak2 =)
menabung untuk awak iklan IKEA ^^
norhasnizakhalid norhasnizakhalid 18 Aug 2014, 09:24:00
panjang lebar entri ini, bagus.. terima kasih atas perkongsian hebat ni, boleh jadi tempat rujukan..
Anizz Annisa Anizz Annisa 18 Aug 2014, 12:51:00
menarik la.. kena ade kerjasama kan.. setakat nie anis xde la buat akaun bagai tu.. just simpanan kecil2 je.. dalam satu bekas air.. mse emergency, memang sangat2 berguna..hihi...
irrayyan irrayyan 19 Aug 2014, 10:48:00
Singgah dari segmen url blog kak mia.
Jom singgah blog mommy Irra => irrayyan.com
Cik Itah Cik Itah 19 Aug 2014, 15:23:00
SALAM. bagus entri ni..boleh dipraktikkan bila da bekeluarga nanti :)) thanks share ya
Mia Liana Mia Liana 19 Aug 2014, 17:02:00
terima kasih atas informasi yang sangat berguna.. bagus idea ni...

p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html
miss kepeng miss kepeng 19 Aug 2014, 17:42:00
Singgah dari segmen "Senarai URL blog Mia Liana

jemput singgah blog Wawa - KLIK
arzmoha arzmoha 20 Aug 2014, 00:10:00
belum bekeluarga pun dah boleh pratikkan. Lagi awal lagi baik
arzmoha arzmoha 20 Aug 2014, 00:11:00
sudah pautkan. terima kasih
arzmoha arzmoha 20 Aug 2014, 00:13:00
Ilmu yang baik dan idea yang baik boleh dikongsikan
arzmoha arzmoha 20 Aug 2014, 00:16:00
perseorangan pun tak apa asalkan ada usaha
cikpinz cikpinz 20 Aug 2014, 10:24:00
Baru dapat singgah blog Arz sebab sibuk sangat..TQ share ilmu yang berguna ni..
Unknown Unknown 20 Aug 2014, 11:32:00
TQ for very nice input and tips..
dah praktik dulu.. tp on and off huhu...
Jemput join segmen ni ye..
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/08/9-awesome-blogs-of-month.html
AnneRaini AnneRaini 20 Aug 2014, 12:25:00
perkongsian yg menarik. mungkin boleh cuba diaplikasikan.
YouKnowMe YouKnowMe 20 Aug 2014, 13:30:00
salam perkenalan. nice info, thanks for sharing:) http://misshygiggles.blogspot.com/
ikhwan ikhwan 20 Aug 2014, 13:55:00
terima kasih atas perkongsian tips kewangan
AwekTrader AwekTrader 20 Aug 2014, 15:27:00
Done follow sini dari segment Mia Liana
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/08/segmen-12-jam-bloglist-10-mialianacom.html
Eshamz Halim Eshamz Halim 20 Aug 2014, 21:39:00
Tips kewangan yang menarik bro untuk diamalkan... kadang2 tu ler..biler terdesak mmg ada jugak simpanan kan... thanks for sharing :D
Jari Manis Jari Manis 22 Aug 2014, 20:57:00
Klau konsep kutu mmg bagus cumanya nk cari ahli keluarga atau saudara yg boleh komited tu yg susah skit. So buat masa ni hanya sekadar menabung sorang2. Tapi idea yg d kongsi mmg bagus dan boleh d peraktikkan
drshikinzainal @ ekin drshikinzainal @ ekin 4 Sept 2014, 21:00:00
Bagus idea FEF.
Kene semua ada kesedaran & kerjasama baru menjadi.
arzmoha arzmoha 4 Sept 2014, 21:54:00
betul. Memang sukar untuk dilaksanakan. Tapi kalau terlaksana umpama koperasi keluarga
arzmoha arzmoha 4 Sept 2014, 21:56:00
Bab duit memang susah. Tapi kalau masing-masing memahami itu paling terbaik
Farrah MF Farrah MF 9 Sept 2014, 00:05:00
Baguslah konsep ni.
Kena ajak family pakat ni..
arzmoha arzmoha 9 Sept 2014, 06:26:00
Sebenarnya bila fikir balik memang satu perkara yang nampak sikit tapi besar bila bersatu. cabarannya adalah pengurusan yang telus
Farrah MF Farrah MF 11 Jan 2015, 16:47:00
Datang sini balik, aRz. Nak baca ttg FEF.
Betul,..pengurusan yg telus tu very crucial :)
lagu lagu 15 Aug 2016, 18:08:00
that will become good post with many good imformation , i think that will useful with many people , they can apply that
Unknown Unknown 20 Aug 2016, 16:21:00
Menabung sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit. ♥
Pha Is Pha Is 21 Aug 2016, 01:30:00
nice share.. amboi, ramainya komen sampai kita yg nk komen ni pun jenuh skrol ke bawah.. hahaha
Abe Nick Abe Nick 21 Aug 2016, 13:57:00
ermm bagus tu boleh guna bila ada yang dalam kesusahan ..
sikit2 pon lama2 jadi bukit
JA JA 23 Aug 2016, 01:03:00
Baguih la.. nanti bole cuba praktikkan..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih