Wordless Wednesday #7 | Hargai Masa

wordless wednesday, gambar cantik, kids, arzmoha.com
| arzmohdhaniffa photography | Hargai Masa Bersama anak-anak
 Salam. Wordless Wednesday #7
Sudah ke-7 Wordless sukar untuk jadikan entry wordless. Mungkin nak sampaikan mesej khas untuk semua. Wordless Wednesday kali ini berkisar mengenai Hargai Masa bersama anak-anak. Hargai masa ketika mereka kecil. Jika anda pernah melihat Wordless Wednesday #5 ketika itu anak saya baru 8 bulan, berbanding sekarang 1 tahun 8 bulan. Lihat sendiri gelagatnya ketika disuruh pose hehe. Kehenseman saya juga jelas berbeza hehe. Cuma yang sama adalah lokasinya. Sehari sebelum puasa.
Pengajaran juga buat saya. Masa anak saya masih kecil selalu saya tanya pada isteri saya. "Bila anak kita nak berjalan" bila dah boleh berjalan tak larat nak kejar. Jadi jangan berungut lagi tapi sentiasa menghargai setiap detik yang dilalui. Itu juga satu nikmat. Alhamdulillah.

Hari ini macam-macam kes yang kita dengar. Ibu bapa dengan kes deranya, kes abainya, kes culiknya macam-macam. Sebab itu saya cuba buat entry supaya sekurang-kurangnya memberi sedikit kesedaran, walaupun sikit itu sudah mencukupi.

HARGAI ANAK-ANAK ANDA. SAYANGILAH MEREKA.
Anak-anak adalah sebuah tanggungjawab.

{ 42 comments.. read them below or add one }

Irrayyan Irrayyan 2 Jul 2014, 06:23:00
org selalu tanya "adam dah boleh jalan ke?". 1y 2m baru start jalan.
org selalu tanya "anis dah boleh jalan ke?".
orang taktau bahawa postur merangkak itu sangat bagus untuk perkembangan bayi.
sel-sel otak berkembang dengan jayanya semasa merangkak.
irra jawab "xpe, bagi dia merangkak lama2."
biasa la org melayu, lebih2 lagi org tua, terlalu prihatin. maybe excited lebih.
sedangkan mereka dulu punya anak kecil. mungkin kita tua nnt pon mcm tu. haha
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 2 Jul 2014, 08:41:00
Masa bersama insan tersayang merupakan satu moment yang tak boleh berputar kembali. Hanya foto yang menjadi kenangan.
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2014, 11:03:00
betul. soalan macam tu sentiasa dengar. dari belum kahwin sampai dah beranak pinak.
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2014, 11:04:00
betul CP. yang pergi akan tetap pergi. rugi jika tidak abadikan bersama
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Jul 2014, 11:24:00
best kenangan lalu.. mase kecik2 ayah anis time pg2 dh bawak naik motor round2 keliling rumah.. bestt.. hihi.. dh besar2 nie xkn nak mintak cmtu..kate ngade2 plak.. anis nie kire anak ayah.. muke pon klon ayah je..hehe.. hargai masa dengan keluarga sebaiknya.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2014, 11:41:00
MOment bersama ayah agak menarik. bila ayah yang berpewatakan garang tapi penuh kasih sayang.
Bab klon pernah isteri saya tanya pada apek kedai henpon. Muka anak saya ikut sapa, selamba apek tu jawab " muka anak serupa photostat muka ayah"
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Jul 2014, 12:03:00
betul2.. ayah nampak garang tapi sayang dye kat anak lagi power dr mak..hihi.. org kate bukan anis kate, anak perempuan ikut muke ayah nie comel n cntik..hihi... mesti anak arz cantik nanti.. alhamdulillah.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2014, 12:05:00
Apa yg arz dengar, kata orang anak perempuan ikut muka ayah sejuk. Apa yg sejuk tak tahu la
Amy J Amy J 2 Jul 2014, 12:39:00
tapi sebenarnya sedar tak sedar nanti, cepat je diorang membesar kan. rasa macam baru je pgang dia buat pertama kali.

betul. masa yang ada ni jugalah nak didik dia jadi anak yang soleh, anak yang akan mendoakan ibu bapanya saat ibu bapa dah tak ada dekat dunia.

bukan fizikal je yang diajar, emosi, rohani, semua tu penting kan.
cheq eem cheq eem 2 Jul 2014, 12:56:00
cabaran jadi ibu bapa sekarang nie kan.. macam-macam kes yang berlaku.. ada kawan saya dia pasangkan tali dekat anak dia bila berjalan kemana.. memang lah nmpk kejam.. tp bagi dia yang penting anak selamat...
Hanim Hashim Hanim Hashim 2 Jul 2014, 13:14:00
Auuwww indahnya momen abah dengan anak hehe. Time-time gini la kita boleh manja ngan anak2 pun kan. Sok2 dah besar masing-masing dah malu dah masa tu kot hehe :D
Qaseh Vee Qaseh Vee 2 Jul 2014, 13:28:00
hargailah masa kita bersama insan tersayang selagi mrk masih dan kita masih ada di dunia ini ... done follow back ... salam ukhuwah .
aRz MoHa aRz MoHa 2 Jul 2014, 14:14:00
Betul pengisian selari dengan tuntutan agama itu penting. Cuma kecik macam ni ajarkan kasih syg dan aklak dulu, antaranya beri salam, salam, baca doa sebelum mkn, dengar azan dan sebagainya
cahaya nur cahaya nur 2 Jul 2014, 15:02:00
Cik Nur rindu anak-anak buah masa diaorang baby dulu...Sekarang nie semua dah besar2 dah..
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 2 Jul 2014, 15:16:00
Sama2 kita hargai masa yang ada bersama anak2 dan keluarga ..anak2 adalah tanggungjawap kita ...jgn abaikan persaan dan masa yang berkualiti bersama anak2 kita ..Tanpa anak2 kita jugak akan rasa kesunyian ..
Melastik Bintang Melastik Bintang 2 Jul 2014, 15:32:00
masa bersama anak walau hanya 5 minit amat berharga... kualiti masa yang penting..
anajingga anajingga 2 Jul 2014, 17:53:00
lalui dan hargai setiap saat anak-anak membesar depan mata, suatu hari nanti bila mereka semakin dewasa,pasti kita kan merindui zaman mereka yang lalu,itu pengalaman kak ana sendiri
Eshamz Halim Eshamz Halim 2 Jul 2014, 20:32:00
Masa adalah satu perkara yg amat penting..... masa itu emas... mana ada org nak buang2 emas kan.... gunakan masa anda dengan sewajarnya.... Salam rabu membisu bro...
Jia Rizaira Jia Rizaira 3 Jul 2014, 00:58:00
bila budak2 dah besar rindu pula masa diorang kecil kan...

aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:19:00
keselamatan anak-anak keutamaan ibubapa
aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:19:00
hhehee indah sangat. kaki pun dah naik atas.
aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:21:00
saya bersama 10 orang anak buah sebelum ada anak sendiri
aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:22:00
kualiti masa amat penting. betul
aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:23:00
terima kasih kak ana. sebab ingatkan saya. insyaallah ingin lalui dengan baik
aRz MoHa aRz MoHa 3 Jul 2014, 03:23:00
terima kasih bro. kalau bro buang emas saya kutip hehe
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 6 Jul 2014, 06:04:00
Masa itu emas masa itu cukup berharga ...
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 6 Jul 2014, 08:32:00
untung sekarang boleh save dalam komputer. Dulu guna negatif. Rosak negatif tu rosak la semua. Sebab tu gambar yang lama2 perlu scan dan simpan.
aRz MoHa aRz MoHa 7 Jul 2014, 12:14:00
betul. banyak lagi gambar yang tak scan lagi
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 12 Jul 2014, 16:23:00
Samalah. Kadang2 boleh menyinggung perasaan ibu-ibu yang anaknya kira 'lambat' sikit.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Jul 2014, 01:36:00
hehe anak saya pun lambat dari segi meniarap, merangkak dan berjalan. cakap kira cepat jugak. Alhamdulillah
Karya Mahirah Karya Mahirah 15 Jul 2014, 14:13:00
sy rindukan zaman Zulaikha baby... rasa cepat sangat dia membesar dengan jayanya... haha..
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2014, 19:36:00
masa itu tidak akan kembali. Hanya kenangan dan foto mampu menyerikan kenangan tersebut
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 17 Jul 2014, 10:53:00
salam, masa yang dah berlalu takkan kembali takkan dapat kita ulang kembali sebab tu masa itu kena kita hargai kan? :))
Jari Manis Jari Manis 20 Jul 2014, 17:45:00
Anak adalah anugerah allah kenapa ada org yg x nak hargai kan mmg xder iman. Ehh tiba2 terlebih emosi puak :-)
aRz MoHa aRz MoHa 21 Jul 2014, 06:55:00
Betul kak, saya pun kekadang emosi juga dalam hal ini dengan macam-macam isu mengenai kanak-kanak yang kita dengar
Yun Sing Yun Sing 14 Aug 2014, 22:03:00
Hargailah masa bersama anak sementara mereka masih kecil sebab ada yang dah besar nanti kena belajar ke mana-mana ke.. kerja di perantauan ke.. hmm..
Farrah MF Farrah MF 30 Oct 2014, 09:45:00
Masa yang diluangkan bersama yang tersayang sangat precious!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih