BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA

Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama. Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya.


Gambar cantik Yamaha Y15ZR, Gambar Lawa Y15ZR, Y15ZR, Yamaha 150cc, Perbaharui cukai jalan dan insurans motosikal Yamaha Y15ZR, Harga cukai jalan motosikal mengikut cc, Info insurans motosikal yamaha Y15ZR,
Yamaha Y15ZR


Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu

Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini.


Gambar cantik Yamaha Y15ZR, Gambar Lawa Y15ZR, Y15ZR, Yamaha 150cc, Perbaharui cukai jalan dan insurans motosikal Yamaha Y15ZR, Harga cukai jalan motosikal mengikut cc, Info insurans motosikal yamaha Y15ZR,
Yamaha 150cc Y15ZR


Harga Cukai Jalan Untuk Motosikal


Cukai jalan untuk motosikal terbahagi kepada enam (6) kategori. 

0 hingga 150 cc adalah RM 2
151 hingga 200 cc adalah RM 30
201 hingga 250 cc adalah RM 50
251 hingga 500 cc adalah RM 100
501 hingga 800 cc adalah RM 250
801 cc dan keatas adalah RM 350

Kenapa saya kongsikan mengenai harga cukai jalan untuk motosikal ini? Sebab masa perbaharui insurans motosikal dengan seorang agen insurans yang peramah dia cakap untuk motosikal 150cc cuma RM 30 cukai jalan. Saya pun macam terkejut sambil tanya dia " betul ka ni?"

BACA JUGA ARTIKEL INI : 2 LADANG TEH YANG WAJIB DIKUNJUNGI DI CAMERON HIGHLANDS

Tapi dia cakap dia sendiri ingat-ingat lupa, memandangkan kiosk insurans cuma sebelah JPJ saya terus dapatkan info masa membuat berurusan di kaunter. RM 2 ja pun. 


cukai jalan motosikal y15zr, cukai jalan yamaha 150cc, harga cukai jalan motosikal mengikut kategori
Cukai Jalan Y15ZR 150 cc


Harga Insuran Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Tahun Pertama

Untuk insurans pula motosikal perlu membayar lebih berbanding kereta. Kebiasaannya yang kita faham harga yang perlu dibayar ketika memperbaharui insurans ada kaitkan dengan nilai yang kita inginkan untuk cover motosikal kita (insured sum).

Bila masa saya nak perbaharui saya minta khidmat nasihat ajen insurans jadi dia bagi pilihan sama ada nak cover RM 8000, RM 7000 atau RM 6000. Baik macam mana nak buat pilihan? Kita tengoklah harga semasa motosikal kita.

Pertama, ada sahabat nasihatkan saya lihat di Mudah.my, berapa harga motosikal yang sama jenis dan tahun. Kedua, sekiranya masih ada pinjaman lihat berapa baki pinjaman. (tetapi kebiasaannya kalau buat pinjaman kedai kena perbaharui insurans dengan kedai).


insurans motosikal yamaha y15zr, jumlah harga insurans motosikal yamaha y15zr tahun pertama, gambar lawa y15zr,
Harga Insurans yang Perlu Dibayar ketika Perbaharui Insuarans.

Jadi untuk motosikal saya pada tahun pertama saya cuma nilaikan (insured) dengan harga RM 7000 All-comprehensive (all-rider) dan jumlah yang saya perlu bayar hanyalah RM 297.05. Harga ini pula mungkin berubah mengikut jenis insurans yang kita pilih.

Sebelum ini saya ambil Zurich. Tapi disebabkan kakak ajen insurans ini tidak ada zurich saya bertukar ke AXA. Komen dari rakan-rakan lain mengenai insurans ini pun ok, termasuk salah seorang rakan yang baru sahaja membuat tuntutan kemalangan motosikal. Menurut kawan saya ni, peguam sendiri pun maklumkan AXA insurans yang mudah untuk berurusan.

BACA LAGI : BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE DI PENANG

Owh saya lupa harga yang saya bayar ini termasuk diskaun NCD 25%

Walaubagaimanapun itu atas pilihan masing-masing cuba bertanya pendapat dan buatlah sedikit kajian sebelum memilih sesuatu insurans.


Setakat ini dahulu artikel Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan (road-tax) untuk Motosikal Yamaha Y15ZR. Jumpa Lagi.

Comments

  1. saya igt mahal sm mcm kereta...almaklum laa x de motor

    ReplyDelete
  2. kalau kira balik bahagi darab lebih mahal dari kereta

    ReplyDelete
  3. X baper expert part ni. Mmg en suami yg uruskan..btw, thanx sharing..

    ReplyDelete
  4. kita ada ego. rasanya macam 7 tahun bersama baru 3x renew. oopps~

    ReplyDelete
  5. AXA pun ok. Tapi ana selalu guna AXA utk travel je. Boleh cuba utk kenderaan pula.

    ReplyDelete
  6. Blur den baca pasal motor ni sebab tak tahu apa apa pasal motor hahaha.

    Good info btw abg arz! :)

    ReplyDelete
  7. sebenarnya sama saja macam kereta juga...kalau ikut peratusan kereta lebih murah tapi disebabkan harga kereta mahal itu jumlah yang perlu dibayar tinggi.

    ReplyDelete
  8. baru saja tahu mengenai AXA ini...

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak naik moto, tengok y15zr ni terliur gak

    ReplyDelete
  10. Berapa bayar nya tu? Konfius!

    ReplyDelete
  11. Bayaran yang saya bayar adalah RM 297 ( selepas tolak diskaun NCD 25%) dan roadtax pula RM 2

    ReplyDelete
  12. First party ke

    ReplyDelete
  13. Byran tuk ego solariz kli pertama nk sambung blk brp yerr roadatax dan insuran

    ReplyDelete
  14. Tumpang tnya , moto saya dah pernah claim insurans , berapa anggaran nk renew

    ReplyDelete
  15. Teman lc135 1st insuran nanti kata kedai moto angaran dalam rm335 kata nya.. lagi mahal dari y15 .. kata nya ambik insuran dgn oversea insuran ... Dekat nak sama insuran dgn gen 2 kereta teman ja. Nak tanya insuran apa yang sesuai

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular Posts