2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi Di Cameron Highlands

2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi di Cameron Highlands

Cameron Highlands menjadi destinasi percutian pilihan aRz baru-baru ini. Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang merupakan destinasi tumpuan pelancong terutama pada cuti sekolah kerana beberapa faktor menarik yang terdapat disini. Antara faktor yang menarik adalah cuacanya yang sejuk, ladang teh, ladang strawberi dan sayur-sayuran segar. Tetapi kali ini aRz ingin kongsikan sedikit mengenai 2 ladang teh yang wajib dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands.

2 ladang teh cantik di cameron highlands, cameron highlands, ladang teh, bharat tea plantation, gambar permandangan cantik,
arzmoha | Bharat Plantation, Cameron Highlands

Cameron Valley Bharat Tea Plantation

Terdapat beberapa ladang teh dan juga ladang strawberi di cameron highlands. Ada milik BOH dan juga milik Bharat. Bharat Tea Plantation pula terdapat di beberapa lokasi. Ladang Teh pertama yang aRz maksudkan ini terletak di hujung Tanah Rata menghala ke Ringlet. 

Kenapa wajib singgah?

Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Kalau sekadar nak minum teh rasanya dimana-mana kedai sekitar cameron highlands memang sedap pun. Malah warung kecil yang terletak di Kuala Terla sekalipun sedap dan murah berbanding di Tea House. Apa yang membuatkan aRz rasa wajib singgah di kedua ladang teh ini adalah kerana permandangannya yang cantik dan sesuai sangat bagi mereka yang suka bergambar samada bersama keluarga atau rakan.

ladang teh, cameron highlands, beautiful place in malaysia, father and daughter, pahang, lokasi menarik di cameron highlands,
Bersama Cik Puteri | Bharat Tea Plantations
ladang teh cantik, bharat tea plantation, 2 ladang teh wajib dikunjungi, permandangan, cuti-cuti malaysia, tempat wajib dikunjungi cuti sekolah,
Acah-acah Petik Daun Teh | Ladang Teh Bharat, Cameron Highlands
tea house, cameron valley, ladang teh, cameron highlands, pahang, cuti cuti malaysia, permandangan, photography, ladang teh tanah rata,
Cameron Valley Tea House | Cameron Highlands, Pahang


cake at cameron valley tea house, chocolate indulgence, gambar kek, tea time,
Chocolate Indulgence Rm 10

teh tarik, cameron highlands, cuti sekolah, ladang teh wajib dikunjungi,
Tea Time | Cameron Valley Tea House

Antara faktor yang lain aRz memilih ladang teh ni disebabkan oleh ruang meletak kenderaan yang agak besar dan selesa. Walaupun mengunjungi ketika cuti sekolah tetapi tidak susah untuk meletakkan kereta. Tak payah tunggu-tunggu. Lokasi seperti di bawah : atau guna koordinat ini 4.4576231,101.3654312



Boh Tea Centre Boh Plantation Sungai Palas

Seperti aRz kongsikan diatas Ladang Teh Boh juga terdapat di beberapa lokasi. Tetapi yang paling cantik terletak di Sungai Palas, Tanah Rata, Cameron Highlands. Masa ke sini tempoh hari aRz sendiri keliru dengan lokasi Ladang BOH di Sungai Palas dan juga Ladang BOH di Ringlet. Lokasi ladang Boh di Sungai Palas ini juga merupakan lokasi penggambaran Filem Ombak Rindu. Sebab itu juga nak ke sini sebenarnya  :p

ladang teh bih sungai palas, ladang teh boh cantik, tempat menarik di cameron highlands, pahang,
Boh Tea Centre | Ladang Teh Boh Sungai Palas - google images

Lebih kurang 3 kali aRz ke Cameron Highlands tetapi masih tidak sampai ke ladang ini. Insyaallah di masa lain nak juga merakam beberapa keping gambar sebagai kenangan. Ini semua kerana kurang membaca terlebih dahulu sebelum ke cameron highlands. 

Sebaiknya datang awal pagi berbanding lewat petang. Kemungkinan terdapat waktu tertentu untuk ke Tea Boh Centre ini sepertimana Ladang Boh di Ringlet yang dibenarkan masuk sehingga jam 4.30 petang sahaja.



Ladang Boh Ringlet

Ladang boh Ringlet bukan termasuk antara dua ladang teh yang aRz maksudkan diatas. Tetapi kebetulan dah tersesat ke sini saja nak kongsikan sedikit perjalanan ke sini. Ladang Teh Boh Ringlet ini hanya boleh dinaiki sebelum jam 4.30 petang.... sekiranya sampai lewat...boleh tengok kawasan sekeliling saja.

Walaubagaimanapun boleh juga mengambil gambar disini berlatarbelakang daun teh yang hijau dan kawasan berbukit yang agak cantik. Jom tengok gambar yang sempat dirakam ketika sampai disini.

ladang teh boh, boh tea plantation, cameron highlands
Ladang BOH Ringlet

daun teh, cameron highlands, ladang teh cantik,
Daun Teh | Cameron Highlands

boh, tea boh, ladang teh boh, cameron highlands
Boh | Cameron Highlands

permandangan di ladang teh cameron highlands, ladang teh,
Ladang teh
cik puteri di cameron highlands, cuti sekolah, tempat menarik di cameron hihglands,
Wefie | Cameron Highlands


Walaubagaimanapun agak sedikit terkilan sebab tak bawa kamera DSLR. Permandangan yang cantik di sebalik kehijauan yang menarik perhatian peminat photography kalau singgah ke cameron highlands. Selain ladang Teh anda juga boleh melawat ladang Strawberi yang agak banyak dan jika bernasib baik boleh memetik sendiri. Tetapi sepanjang singgah ke sini belum ada pengalaman lagi memetik buah strawberi.

strawberry farm, ladang strawberi, tempat menarik di cameron hihglands, buah strawberi,
Strawberry Farm | Cameron Highlands
cik puteri dan strawberi, strawberi, landang strawberi, pengalaman petik buah strawberi,
Cik Puteri dan Strawberi | Cameron Highlands

Buat mereka yang bergelar ibubapa sudah pasti ingin merakamkan gambar disekitar tempat menarik yang terdapat di Cameron Highlands. Gambar diatas ketika singgah di sebuah tempat yang menjual strawberi sempat merakam gambar Cik Puteri yang pertama kali ke sini. Nampak teruja.

cameron hihglands, cameron valley tea house, ladang teh,
Cik Puteri dan Cake | Tea House

Sebenarnya tidak salah untuk mencuba hidangan yang terdapat di Tea House sekitar Cameron Highlands walaupun harganya agak mahal. 2 air minuman dan 1 kek mampu cecah RM 22. Sekali-sekala sambil melihat kehijauan alam.

Di tempat terakhir yang sempat aRz dan keluarga singgah sebentar adalah tempat menjual sayur dan pokok. Tetapi pandangan mata aRz tertarik pada pokok kaktus. Kelihatan seakan merah atau jingga. Bagi peminat pokok atau rajin bercucuk tanam, tempat ini pasti menjadi persinggahannya.

pokok kaktus di cameron highlands,
Kaktus | Cameron Highlands

Semoga perkongsian ini membantu anda bercuti bersama keluarga dengan mudah dan dapat merakamkan gambar kenangan berlatarbelakangkan permandangan yang cantik. 


Jangan lupa membaca perkongsian mengenai Cameron Highlands dibawah ini :

aRzMoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
Hubungi melalui :
azrilmohdhaniffa@gmail.com
Facebook : arzmoha Twitter : @arzmoha Instagram : @arzmoha google+ : +aRz MoHa

Comments

  1. cuaca kat sana berapa sekarang? bestnya tgk ladanh teh menghijau tu.. pernah ke ladang teh valley tu 10 thun lepas.. bergambar guna kamera kodak ja.. maklumlah budak sekolah lagi.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena repeat balik kalau macam tu. Dah lama 10 tahun tu. Macam-macam dah berubah

      Delete
  2. Dedua dah pernah pergi.. Dedua best.. Dedua pon rasa mcm nak kene pergi lagi #Ehhh , hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, baru saja pulang dari CH rasa nak pergi lagi

      Delete
  3. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Bertahun Sha teringin nak pergi Cameron Highland, tahun lepas ada rezeki bersama keluarga tapi malang pulak waktu pergi tu cuaca hujan... Sedih jugak... Moga sha ada rezeki lagi nak pergi dengan husband pulak... :)

    Cantik kan ladang teh tu... feeling2 overseassss sangat kat situ tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau lagi bertambah sejuk. Pernah juga ke sana waktu hujan...
      Insyaallah ada rezeki boleh ke sana lagi ya tunsha

      Delete
  5. Awat kami tak tersempak dengan awak aRz? 2 minggu ahad berturut2 tempuhi jem di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi alya ke sana juga ka? Huhu... Tak ada rezeki nak jumpa

      Delete
  6. Fuh.. cuaca panas macam ni perlulah ke tempat yang dingin sikit :)

    ReplyDelete
  7. Damai bila tengok kehijauan...

    ReplyDelete
  8. Memang best dan menarik lah tempat nie..sesuai untuk release tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang dan nyaman tapi kalau musim cuti sekolah kurang tenang sikit sebab jem

      Delete
  9. 4 gmbr yg atas tu mmg menawan kalbu, hijau je.

    ReplyDelete
  10. kali pertama dan kali terakhir ke ladang teh ni adalah pada waktu aku darjah 3. lamanya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya...ke buat trip balik uncle zuan

      Delete
  11. tak pernah sampai sana lagi nampak aRz post mcm sekarang jugak nak pi huhuhu

    ReplyDelete
  12. xpernah pun pergi ladang teh. Selalu pun singgah yang tepi2 jalan je yang tmpt2 menjual.. sob3x.. kene cuba masuk ke ladang ni. cantik je.. thnks share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa singgah nanti..bawa kamera besar skit

      Delete
  13. Lamanyaa tak ke sanaa. Memang best dapat tengok ladang teh yang luas ni:)

    ReplyDelete
  14. baru ja pergi hari tu.. bawak kawan dri indon jalan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya bawa kawan dari negara luar....#cuticutimalaysia

      Delete
  15. Replies
    1. cik En dekat ja kan...hari hari boleh gi minum teh tarik cameron

      Delete
  16. zaman sekolah dulu ada la pi..hehe..arz mcm makin debab pulak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha...alhamdulillah kalau makin debab...sebab nak naikkan badan cukup susah

      Delete
  17. Hijau aman damai tenang,....
    Berapa bakul dapat petik daun teh, Arz? Hihihi

    ReplyDelete
  18. Akak tak gi Cameron, tapi belakangan ni family dan kenalan ramai pula bercuti di sana. Merasalah ole2 Cameron. Kaya strawberi dan teh sekejap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadilah kak...dapat juga merasa strawberi...gi baru ni tak tido pun...tapi yang tak best tak dapat makan strawberi hehe

      Delete
  19. Dulu pi Cameron tak dapat bergambar sangat sebab semua yang pi sama tu ortodoks. Haha ^-^

    ReplyDelete
  20. jangan lupa pasar malamnya….!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan terlupa tapi tak singgah sebab pi balik hari ja uncle gedek

      Delete
  21. Bonde tak pernah jemu kot pergi CH, Kalau diberi pilihan tempat nak berjalan tanpa planning mesti pilih CH. Kanda plz bawah pergi CH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul...kalau tak tahu sangat nak pergi mana aRz pilih CH pergi dan balik hari

      Delete
  22. sy 1 pun x pegi pegi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  23. lama tak ke cameroon. you make me wanna go there hahaha

    ReplyDelete
  24. Baru jer gie sana masa cuti tahun baru hijrah ari tu ... Best ... Tapi lebih baik gie hari minggu biasa, tak lah ramai sangat orang, jalan pun tak jam ...

    ReplyDelete
  25. Bangunan tu nama Bharat rupanya. hari tu sekadar lalu ja masa melawat di Cameron. Yang ralit, dekat Mardi je lah, sampai tak nak balik XD. Teruja tengok pokok2 situ semua sihat2 ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu itulah bila bercuti kena ada perancangan sikit...kalau tidak memang akan teralit...tak apa next time boleh repeat

      Delete
  26. Kami selalu juga mengeteh di sini sebab saya tinggal di Batu Gajah, Perak. Cuma kira-kira 45 minit je ke sana. Jadi bila tak de apa-apa aktiviti dan kebetulan ada duit lebih, ajak anak isteri lepak kat sini. Kami biasanya akan pergi time cuti biasa. kalu cuti sekolah atau cuti umum,.. Boring sangat. Jem dan penuh pengunjung. Stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...seronoknya rumah tuan Usry dekat dengan tempat perlancongan. Boleh menikmati keindahan alam sambil luang masa dengan keluarga...

      lebih untung dapat pergi pada waktu bukan cuti yang mana tidak sesak dengna pengunjung

      Delete
  27. salam arz. boleh masuk dengan kenderaan sendiri ke? 2 kali pergi sana tapi tak pernah lak masuk sampai hujung, sebab bimbang jalan dia macam kecik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaalakumsalam...boleh masuk. Sebab kedua-dua ladang ini aRz dah pernah sampai. memang jalan kecik tetapi tidaklah sampai merbahaya.

      Ladang Teh Boh Sungai Palas ternyata lebih cantik permandangannya...

      Biasanya ada laluan yang kecil tetapi ada pihak ladang yang menjaga lalulintas

      Delete
  28. cantik nian udara fresh dan kaktusnya terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih