Didik Anak Cerai Lampin ( Potty Train ) Mudah Atau Susah?
Cerai Lampin, bebas lampin atau Potty Train mungkin antara istilah yang biasa kita gunakan untuk mendidik anak kecil supaya membuang air kecil atau air besar di tandas. Suka atau tidak ibubapa pasti menghadapi pengalaman ini dan ini merupakan fasa yang agak mencabar. Terdapat banyak tips untuk mengajar anak kita supaya cerai lampin atau bebas lampin. Bagaimana mendidik anak bebas lampin (potty train) ??
![]() |
Potty Train | Cerai Lampin Bebas Lampin | credit |
Sudahkah Anak Kecil Anda Bersedia?
Sebelum aRz memuatnaik entri ini aRz juga membaca beberapa pengalaman dan tips ibubapa yang berkongsi bagaimana melatih atau mendidik anak-anak bebas lampin. Begitu juga nasihat dari orang-orang yang lebih dahulu berjaya melatih anak-anak bebas lampin atau potty train. Kebiasaannya ibubapa mula mengajar anak-anak supaya bebas lampin bermula dari umur 2 tahun hingga 4 tahun dan mungkin juga ada yang lewat sehingga 5 tahun. 2 tahun adalah umur dimana anak kecil sudah mula pandai bercakap dan memahami apa yang didengarnya. Inilah masa dimana anak kecil kita bersedia untuk dilatih. Tetapi belum pasti mereka bersedia.
Penggunaan lampin pakai buang sebenarnya tidak baik untuk anak-anak kita. Terutama pada anak kecil yang mempunyai kulit sensitif. Bila sudah mencapai usia ini pastinya anak kecil ini akan menunjukkan rasa tidak selesa pada penggunaan lampin pakai buang. Jadi cerai lampin atau bebas lampin ini adalah jawapannya.
Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja cerita pasal cerai lampin atau potty train ini? Sebenarnya Cik Puteri sudah pun memasuki umur 3 tahun 5 bulan dan sedang dalam proses cerai lampin. Alhamdulillah sudah seminggu walaupun terdapat sekali dua kes bocor. Itu perkara biasa sepertimana semua ibubapa merasai fasa anak kecil sedang belajar berjalan. Sudah pasti terdapat sekali dua mereka jatuh bukan? Jadi kenapa tidak mengambil pengajaran dari fasa lepas untuk fasa berikutnya?
Cik Puteri juga pernah dilatih dan dididik sebelum ini untuk cerai lampin. 2 kali percubaan pada bulan yang berlainan. Kedua percubaan tersebut gagal. Kenapa gagal?? Adakah kesilapan ketika mendidik anak cerai lampin?? atau si kecil belum bersedia.
Kalau ikutkan pada masa itu aRz dan Isteri agak stress dan buntu itu belum termasuk letih mop dan sebagainya. Akhirnya kami mengambil keputusan dan berkata Cik Puteri masih belum bersedia. Fasa ini memerlukan ibubapa juga dalam keadaan bersedia. Sudahkah anda bersedia???
aRz juga bersetuju dengan pendapat mengatakan sekiranya stok lampin pakai buang ini masih ada dirumah semakin susah untuk mendidik si kecil cerai lampin. Ini kerana sekiranya anak kecil kita gagal dan ibubapa mula letih untuk membersihkan air kencing maka lampin pakai buang akan kembali menjadi pilihan. Ini menunjukkan ibubapa mula merasa kecewa. Perasaan kecewa perlu dibuang jauh-jauh. Mungkin ini juga kesilapan aRz dan isteri ketika percubaan pertama dan kedua.

Cik Puteri 3 tahun 5bulan |

Peranan Ibubapa Dalam Mendidik Anak Bebas Lampin
Ibubapa merupakan pendidik awal dan pertama dalam kehidupan anak-anak. Dalam proses bebas lampin ini sudah tentu ibubapa memainkan peranan penting. Sudahkah ibubapa bersedia? Bersedia untuk membersihkan ketika si kecil gagal ketika proses pembelajaran? Persediaan dari segi mental dan fizikal. Ada juga beberapa pendapat mengatakan anak kecil akan susah untuk belajar bebas lampin atau potty train jika masih terdapat stok lampin pakai buang di rumah. Benarkah?
![]() |
Cik Puteri dan Drypers |
aRz juga bersetuju dengan pendapat mengatakan sekiranya stok lampin pakai buang ini masih ada dirumah semakin susah untuk mendidik si kecil cerai lampin. Ini kerana sekiranya anak kecil kita gagal dan ibubapa mula letih untuk membersihkan air kencing maka lampin pakai buang akan kembali menjadi pilihan. Ini menunjukkan ibubapa mula merasa kecewa. Perasaan kecewa perlu dibuang jauh-jauh. Mungkin ini juga kesilapan aRz dan isteri ketika percubaan pertama dan kedua.
Selain daripada itu, perasaan kecewa setiap kali gagal ibubapa juga perlu mengelakkan dari menghukum anak-anak yang gagal dalam proses cerai lampin. Hukuman yang diberikan mungkin bakal meninggalkan kesan lain pula pada anak kecil anda.
Ada juga pendapat mengatakan 'training pants' juga merupakan antara sebab mengapa anak anda masih tidak mampu bebas lampin. Training pants juga membuatkan anak-anak ini berasa keliru. Walaubagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'training pants' ini membantu.
Untuk Cik Puteri, aRz tidak menggunakan training pants ketika proses pembelajaran bebas lampin ini. Jadi bagaimana pula ?? Adakah tips untuk melatih anak cerai lampin dengan mudah?? Teruskan membaca.
Tips dan Pengalaman Mendidik Anak Cerai Lampin/Bebas Lampin (Potty Train)
aRz ingin kongsikan sedikit tips dan pengalaman ketika mendidik Cik Puteri bebas lampin. Tips mudah???tiada jalan mudah sebenarnya. Semuanya ditempuhi dengan tenang dan sabar. Kegagalan 2 percubaan sebelum ini banyak membantu kejayaan hari ini. Belajar dari kesilapan. Antara tips dan pengalaman yang aRz dapati adalah :
- Berdoa - Jangan Berhenti Berdoa. Ianya bermula ketika pulang ke kampung baru-baru ini terdapat majlis solat hajat dan doa selamat. Ketika ini mula aRz terfikir mungkin ini kesilapan pertama. Maka ketika solat hajat aRz berdoa semoga dipermudahkan urusan kali ini. Kepada Allah aku bertawakal dan memohon pertolongan.
- Masa Yang Sesuai - Pertama tunggu masa yang sesuai. Pengalaman Cik Puteri, dia mula merasa tidak selesa dengan lampin pakai buang dimana merasa gatal-gatal. Keduanya, Ibubapa perlu melatih atau mendidik ketika hari cuti dan fokus kepadanya sahaja. Untuk pertama kali mungkin perlu bertanya atau mengajak ke tandas setiap 5 minit. Sanggup?? Kemudian setiap 15 minit dan berikutnya setiap setengah jam atau sejam. Disini mental dan fizikal perlu kuat. Sabar memang banyak karenah anak kecil ini. Belajar untuk tersenyum dengan karenah mereka. Untuk pertama kali anak kecil mungkin tidak akan memberitahu keinginan membuang air kecil. Ibubapa perlu bertanya
- Memberi Dorongan atau Ganjaran - Cik Puteri sudah mula menunjukkan keinginan ke sekolah. Jadi aRz gunakan sentiasa memberi motivasi seperti " kalau nak ke sekolah, tak boleh pakai pampers dah...nak kencing kena bagitau" dan juga ganjaran seperti "jom ke tandas petang nanti kita tengok kucing" tetapi perlu lihat keinginan anak anda. Cik Puteri memang sukakan kucing.
- Jangan Takut Gagal - Semua orang belajar berjalan baru berlari. Ketika dalam proses pembelajaran sudah pasti semua ada pengalaman jatuh ketika belajar berjalan. Jadi kalau anak anda gagal, jangan sesekali cepat rasa kecewa. Teruskan bercakap secara baik dan beri motivasi buat anak kecil ini. Mereka memerlukan sokongan anda.
- Mengikut Peringkat - Macam aRz kongsikan diatas, perlu ada peringkat demi peringkat. Contohnya diajak ke tandas setiap beberapa minit, kemudian setengah jam dan sebagainya. Begitu juga mulakan ketika berada dirumah terlebih dahulu, kemudian ketika keluar berjalan-jalan dan berikutnya pada waktu malam. Tak usah terburu-buru, tetapi mestilah berterusan.
Mungkin ini dahulu tips dan pengalaman yang dapat aRz kongsikan. aRz yakin ibubapa diluar sana juga mempunyai pengalaman yang lebih banyak dari aRz yang baru sahaja beberapa tahun melangkah ke alam ibubapa ini. Sekiranya sudi tinggalkan pengalaman, pandangan atau cadangan di ruangan komen. Mungkin dapat membantu para ibu dan bapa yang sedang mendidik anak kecil mereka bebas lampin pakai buang.
Mohon doakan juga untuk Cik Puteri mampu untuk bebas lampin sepenuhnya. Doa dari semua amat aRz hargai dan dahulukan dengan ucapan terima kasih semoga dipermudahkan segala urusan anda juga.
Baca juga : Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Untuk Bayi Anda
Tips Menjaga Hati Pengasuh Bayi dan Cara Hargai Mereka
Baca juga : Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Untuk Bayi Anda
Tips Menjaga Hati Pengasuh Bayi dan Cara Hargai Mereka
Sampai disini dahulu...
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
Hubungi melalui :
Hubungi melalui :
azrilmohdhaniffa@gmail.com