BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE & SEDAP DI PENANG


BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE & SEDAP DI PENANG

Sejak Cik Puteri dah sekolah, kami lebih kerap makan di luar. Bukan apa sebab nak bawa Cik Puteri keluar jalan-jalan, rileks, sebab hari sekolah waktu dia sangat padat. Jadi nak cari tempat makan yang menarik, penuh style dan menu yang sedap. Banyak tempat makan macam ni di Penang. Salah satunya yang akan dikongsikan di arzmoha.com iaitu BLOK 5 FOOD.DRINK

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, tempat makan dan lepak berdekatan lapangan terbang penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Kredit IG : Blok 5 Food.drink

Blok 5 menarik kerana tempatnya yang lain dari yang lain dengan tema hitam dan putih disamping menggunakan khemah berbumbung lutsinar. Di sebelah malam pula memang cantik lampu yang dipasang di seluruh kawasan tempat makan ini. Blok 5 ni ala-ala kedai makan hipster.


LOKASI BLOK 5 FOOD.DRINK



Lokasi BLOK 5 FOOD.DRINK terletak berhampiran Blok 5 Pangsapuri Jalan Tengah, Bayan Lepas Pulau Pinang. Lebih mudah tengok peta yang akan saya kongsikan di bawah nanti. Kalau anda dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Blok 5 terletak selepas kawasan tokong ular (terdapat tempat makan menarik disini. Senang kata tengok peta dibawah.

Sekarang dah ada Google maps atau waze guna saja perisian ini untuk memudahkan anda sampai ke tempat ini dan saya cadangkan guna Google Maps berbanding Waze.




MENU DI BLOK 5 FOOD.DRINK | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE DAN SEDAP DI PENANG


Biasa bila kita dah kongsi mengenai tempat orang akan tanya apa menu yang menarik? Antara menu yang terdapat di Blok5 Food.drink anda semua boleh lihat di dalam gambar di bawah. Cara pesanan adalah melalui kertas seperti gambar di bawah. Isikan dan hantar ke kaunter.

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang, menu Blok 5 food drink penang
Antara Menu Blok 5 Food.drink

Boleh dikatakan Blok 5 mampu memenuhi citarasa semua yang datang kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan. Antaranya Western food, Nasi goreng dan Nasi lemak, Char Kuew Teow malah kerang bakar pun ada kalau nak makan santai-santai macam tu.

Apa yang saya dah cuba? Dari awal memang dah rasa nak makan nasi. Sampai saja kat sini tengok ada menu nasi. Fikir-fikir rasa macam nak makan nasi goreng sambal sotong. Saya memang suka sambal tak kira samada sambal sotong ka sambal udang ka atau sambal kerang. Fuh..memang jadi selera. 

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Nasi Goreng Smabal Sotong | Blok 5

Cik Puteri pula kongsi dengan Mama makan spagetti Carbonara. Mula-mula tu kongsi berdua sebab ingatkan portionnya besar macam di tempat lain. Patut harganya cuma RM 6. Rasa memang berbaloi dengan harganya.

Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Spagetti Carbonara | Blok 5
Blok 5 tempat makan menarik style dan sedap di penang, blok 5 food drink, tempat makan hipster, tempat makan sedap dan selesa di penang,
Nachos Beef & Cheese | Blok 5


Sambil tu masa order dah terfikir macam mana kalau masih rasa lapar yela bertiga tapi makan cuma dua menu? Jadi dah order Nachos Cheese. Tak tahu dimana silap, mereka hantar Nachos Beef & Cheese tapi disebabkan diorang yang silap kami ditawarkan harga yang sama.

Yang bestnya Nachos Beef & Cheese ini memang sedap pun. Boleh dikatakan 3 menu yang kami cuba ini sedap dan berbaloi dari segi harga serta tempat yang menarik untuk jadikan salah satu tempat lepak dan makan di Pulau Pinang.

Mana tahu ada ahli keluarga atau sahabat handai yang datang dari jauh terutama menaiki kapal terbang dan mendarat di lapangan terbang pulau pinang boleh bawa terus ke sini. 

Tempat untuk meletakkan kenderaan juga agak mudah samada di sebelah jalan mahupun kalau anda semua tahu jalan masuk ke Blok 5 pun boleh.

Waktu perniagaan 

5pm- 11pm
Tutup 2 minggu sekali pada hari Rabu

Setakat ini dahulu jangan lupa cuba Blok 5 Food.Drink

{ 15 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta 24 Jan 2019, 17:45:00
Memang unik..tengok gambar pun rasa tertarik...bumbung lutsinar tu..rasanya ni pertama kali tengok tempat makan berbumbung lutsinar.
dear anies dear anies 25 Jan 2019, 09:36:00
insya allah bln dpn terjah penang bolehlah singgah
SENTIASA PANAS SENTIASA PANAS 25 Jan 2019, 10:49:00
Boleh singgah yang selalu bersantai luar rumah kan.
Wani Sukarno Wani Sukarno 25 Jan 2019, 11:10:00
sedapnya menu2... harga pun dah berpatutan
Siti Sharini Siti Sharini 25 Jan 2019, 12:03:00
makan saja cik abang ni yerrrr
zarul farhana zarul farhana 25 Jan 2019, 14:31:00
Tempat makan menarik jugak ni. ..
La ni byk kedai buat bumbung lut sinar.. . Ia nmok lebih menarik
aswadz aswadz 26 Jan 2019, 21:20:00
menarik. nanti boleh pergi cuba.
MiaZain MiaZain 29 Jan 2019, 01:07:00
Menarik... boleh la cuba kat sini pulak lepas ni. Kadang-kadang dah tak tahu nak makan kat mana kalau keluar malam. hehe
meintheswim meintheswim 30 Jan 2019, 22:30:00
Menu berderet banyak pilihan. Dan elok juga portion nya kecil. Dapat elak makan berlebihan.
Ana Suhana Ana Suhana 31 Jan 2019, 10:02:00
Sesuai bawa satu keluarga. Tempat makan santai dan menu pun pelbagai.
Pha Is Pha Is 1 Feb 2019, 11:27:00
nnti bolehj try... kita buat gathering kat situ la.. hehehe
Cik Tie Cik Tie 1 Feb 2019, 22:59:00
Sedapnya menunya.. harganya pun berpatutan tu. Kalau pergi sana boleh cuba ni
mamapp mamapp 3 Feb 2019, 10:39:00
Kalau mama repeat Penang boleh la ke sini nanti
akubiomed akubiomed 7 Feb 2019, 21:29:00
Pulau Pinang syurga makanan dan sedap-sedap belaka.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih