BLOK 5 | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE & SEDAP DI PENANG
Sejak Cik Puteri dah sekolah, kami lebih kerap makan di luar. Bukan apa sebab nak bawa Cik Puteri keluar jalan-jalan, rileks, sebab hari sekolah waktu dia sangat padat. Jadi nak cari tempat makan yang menarik, penuh style dan menu yang sedap. Banyak tempat makan macam ni di Penang. Salah satunya yang akan dikongsikan di arzmoha.com iaitu BLOK 5 FOOD.DRINK
![]() |
Kredit IG : Blok 5 Food.drink |
Blok 5 menarik kerana tempatnya yang lain dari yang lain dengan tema hitam dan putih disamping menggunakan khemah berbumbung lutsinar. Di sebelah malam pula memang cantik lampu yang dipasang di seluruh kawasan tempat makan ini. Blok 5 ni ala-ala kedai makan hipster.
LOKASI BLOK 5 FOOD.DRINK
Lokasi BLOK 5 FOOD.DRINK terletak berhampiran Blok 5 Pangsapuri Jalan Tengah, Bayan Lepas Pulau Pinang. Lebih mudah tengok peta yang akan saya kongsikan di bawah nanti. Kalau anda dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Blok 5 terletak selepas kawasan tokong ular (terdapat tempat makan menarik disini. Senang kata tengok peta dibawah.
Sekarang dah ada Google maps atau waze guna saja perisian ini untuk memudahkan anda sampai ke tempat ini dan saya cadangkan guna Google Maps berbanding Waze.
MENU DI BLOK 5 FOOD.DRINK | TEMPAT MAKAN MENARIK STYLE DAN SEDAP DI PENANG
Biasa bila kita dah kongsi mengenai tempat orang akan tanya apa menu yang menarik? Antara menu yang terdapat di Blok5 Food.drink anda semua boleh lihat di dalam gambar di bawah. Cara pesanan adalah melalui kertas seperti gambar di bawah. Isikan dan hantar ke kaunter.
Boleh dikatakan Blok 5 mampu memenuhi citarasa semua yang datang kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan. Antaranya Western food, Nasi goreng dan Nasi lemak, Char Kuew Teow malah kerang bakar pun ada kalau nak makan santai-santai macam tu.
![]() |
Antara Menu Blok 5 Food.drink |
Boleh dikatakan Blok 5 mampu memenuhi citarasa semua yang datang kerana terdapat pelbagai menu yang disediakan. Antaranya Western food, Nasi goreng dan Nasi lemak, Char Kuew Teow malah kerang bakar pun ada kalau nak makan santai-santai macam tu.
Apa yang saya dah cuba? Dari awal memang dah rasa nak makan nasi. Sampai saja kat sini tengok ada menu nasi. Fikir-fikir rasa macam nak makan nasi goreng sambal sotong. Saya memang suka sambal tak kira samada sambal sotong ka sambal udang ka atau sambal kerang. Fuh..memang jadi selera.
![]() |
Nasi Goreng Smabal Sotong | Blok 5 |
Cik Puteri pula kongsi dengan Mama makan spagetti Carbonara. Mula-mula tu kongsi berdua sebab ingatkan portionnya besar macam di tempat lain. Patut harganya cuma RM 6. Rasa memang berbaloi dengan harganya.
![]() |
Spagetti Carbonara | Blok 5 |
![]() |
Nachos Beef & Cheese | Blok 5 |
Sambil tu masa order dah terfikir macam mana kalau masih rasa lapar yela bertiga tapi makan cuma dua menu? Jadi dah order Nachos Cheese. Tak tahu dimana silap, mereka hantar Nachos Beef & Cheese tapi disebabkan diorang yang silap kami ditawarkan harga yang sama.
Yang bestnya Nachos Beef & Cheese ini memang sedap pun. Boleh dikatakan 3 menu yang kami cuba ini sedap dan berbaloi dari segi harga serta tempat yang menarik untuk jadikan salah satu tempat lepak dan makan di Pulau Pinang.
Mana tahu ada ahli keluarga atau sahabat handai yang datang dari jauh terutama menaiki kapal terbang dan mendarat di lapangan terbang pulau pinang boleh bawa terus ke sini.
Tempat untuk meletakkan kenderaan juga agak mudah samada di sebelah jalan mahupun kalau anda semua tahu jalan masuk ke Blok 5 pun boleh.
BACA LAGI : ROTI CANAI GEMAS ROAD FAMOUS DI PENANG DENGAN CHEESE DAN KUAH DAGING YANG SEMPOI
Waktu perniagaan
5pm- 11pm
Tutup 2 minggu sekali pada hari Rabu
BACA LAGI : ROTI CANAI GEMAS ROAD FAMOUS DI PENANG DENGAN CHEESE DAN KUAH DAGING YANG SEMPOI
Waktu perniagaan
5pm- 11pm
Tutup 2 minggu sekali pada hari Rabu
Setakat ini dahulu jangan lupa cuba Blok 5 Food.Drink