Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah

CARA BUAT JUS KURMA SEDAP DAN MUDAH


Assalamualaikum, sebenarnya memang dah lama saya nak kongsikan Cara Buat Jus Kurma yang Sedap dan sebenarnya mudah saja. Buah kurma pula banyak khasiatnya. Paling penting buah kurma sememangnya sedia manis. Ada sesetengah orang boleh makan begitu saja ada pula agak sukar untuk makan disebabkan manisnya. Jadi kesempatan ini saya kongsikan resipi untuk hasilkan Jus Kurma sesedap rasa dan membuatkan yang tak makan kurma pun boleh amalkan.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Jus Kurma

Kenapa tiba-tiba saja kongsikan mengenai Jus Kurma ni? Ehem...Ramadhan pun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Boleh la belajar buat jus kurma bagi sesedap rasa nanti bila tiba bulan Ramadhan atau bulan puasa dah boleh agak sukatan yang sesuai.

Mengamalkan jus kurma pun baik juga sebab kurma banyak kelebihannya disamping penuh dengan khasiat.


Cara penyediaan pun mudah, tak serumit mana. Cuma perlu ada samada mesin pengisar ( blender) atau Mesin Jus ( Juice extractor) atau Hand Blender pun boleh. Paling senang guna blender yang biasa kita kisar bawang, bahan-bahan untuk memasak. Sebab nak cuci pengisar ni pun senang berbanding juice extractor. Takut nanti kita malas nak cuci selepas guna membuatkan kita malas nak buat jus hehe....cakap dari pengalaman.


hand blender pro mix, cara buat jus kurma guna hand blender, cara sedia susu kurma dengna hand blender philips, pihilips pro mix hand blender,
Hand Blender Philips Pro Mix
philips hand blender pro mix, mata pengisar tangan philips pro mix,
Bilah Hand Blender


Philips Hand Blender (gambar diatas) antara yang saya gunakan. Nak cuci pun mudah. Yang penting boleh hancurkan kurma. Sedikit sebanyak memudahkan anak-anak juga dapat khasiat daripada kurma. Sekarang pun dah banyak boleh jumpa di pasaran susu kurma. Buat sendiri lagi memuaskan.

Resipi dan cara menyediakan Jus Kurma atau boleh juga panggil Susu Kurma.


Bahan untuk sediakan Jus Susu Kurma
1. Sediakan samada 3, 5, atau 7 biji kurma. ( Ikut kesesuaian kesedapan mulut masing-masing.)
2. Susu Full Cream 1 Cawan. ( Susu HL tidak berapa sesuai sebab susu ini manis sedikit)

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, gambar buah kurma cantik, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
3 Biji Kurma yang dibuang biji.

Jus Kurma, Susu Kurma, cara buat jus kurma mudah dan sedap, resipi jus kurma sedap, susu kurma sedap dan mudah,
Susu Secawan

Cara Sediakan Jus Susu Kurma

1. Kisar (blend) kurma dengan sedikit susu sampai sehancur yang sesuai. Terpulang bagaimana penerimaan masing-masing. Ada sesetengah suka kalau cebisan kurma hancur dan juga tidak suka. Asalkan boleh minum.

2. Kemudian masukkan susu sepenuhnya. Boleh juga terus kisar atau hanya masukkan. Kemudian dah siap.

Berkenaan bilangan kurma seperti yang saya sebutkan diatas bergantung kepada penerimaan dan rasa masing-masing. Ada orang suka lebih banyak kurma dan ada yang tidak. Sebab kurma memang rasa manis. 3 biji pun dah rasa manis. 

Kalau macam saya yang sukakan kurma 7 biji pun tidak menjadi masalah. Saya juga suka guna bilangan ganjil.

Susu pula jangan penuh cawan. Jadi kalau manis boleh tambah air kosong. Supaya sesedap rasa. 
Jadi dah boleh mula cuba dan hasilkan resipi yang tersendiri sesedap rasa. Cuba dan cuba. Bak kata orang dulu-dulu 'agak-agak'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah.

{ 24 comments.. read them below or add one }

Lady SHAH Lady SHAH 7 Mar 2018, 17:10:00
Tgh amalkan jus kurma skrg..sbb tgh pregnant..hehehe..
Mimin Adam Mimin Adam 7 Mar 2018, 17:49:00
ohh, macam tuu.. better buat mcm ni utk org yg tak makan kurma mcm mimin, kihkih
aRzMoHa aRzMoHa 7 Mar 2018, 22:07:00
Tak pregnant pun boleh juga amalkan ya
nadhie wueen nadhie wueen 7 Mar 2018, 22:38:00
Mudah je cara-caranya ya. nampak sedap
Hans Hans 8 Mar 2018, 02:52:00
senang jer rupanya buat
mesti sedap nih
PeRdU cINta PeRdU cINta 8 Mar 2018, 09:56:00
Betul...Ramadhan pun dah tak lama....tapi PC rasa ini sesuai sepanjang masa....lazat,berkhasiat..dan bagus juga diamalkan bagi yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat...mungkin susu tu di ganti dengan susu kambing..bila buat sendiri,,kita yakin.
aRzMoHa aRzMoHa 8 Mar 2018, 10:54:00
ikut sesedap rasa antara 3 biji 5 iji atau 7 biji...kalau suka manis lebihkan...insyaallah sedap
aRzMoHa aRzMoHa 8 Mar 2018, 11:07:00
betul PC...kurma sesuai sepanjang masa. Baik untuk menjaga usus kita serta membekalkan vitamin dan zat yang penting untuk badan...buat sendiri lebih yakin
mrhanafi mrhanafi 8 Mar 2018, 11:34:00
kurma tu...buang biji dulukan..

rasanya pasti sedap kerana gabungan susu dan kurma adalah jalinan kasih ya yang sejati
Miss tins Miss tins 8 Mar 2018, 12:37:00
Boleh cuba ni nanti...nampak sedap
Marshalizadotcom Marshalizadotcom 8 Mar 2018, 23:29:00
Arz kurma arz rendam tak semalaman? Kalau rendam kurma lebih lembut bila nak blend. Anyway fav akak ni masa bulan puasa.
aRzMoHa aRzMoHa 9 Mar 2018, 17:18:00
Saya tak rendam kak marsha...tapi bergantung pada kurma...

Kurma yang saya gunakan kurma yang agak baru jadi memang dah lembut

Rendam kurma dan jadikan kus pun bagus juga
aRzMoHa aRzMoHa 9 Mar 2018, 17:18:00
silakan...cuba insyaallah sedap
aRzMoHa aRzMoHa 9 Mar 2018, 17:19:00
hehe betul tu tuan hanafi
Mar Mansor Mar Mansor 11 Mar 2018, 18:52:00
pakai handblend phillip..patut ler sedap.
Janji Kita
Farrah MF Farrah MF 12 Mar 2018, 19:13:00
Dap dap dap! Akak suka jus kurma minum sejuk-sejuk :)
Mrs Liez Mrs Liez 13 Mar 2018, 19:13:00
Nak dkt bulan puasa mmg boleh sgt2 buat... homemade lagi bagus sbb kurang gula
zarul farhana zarul farhana 18 Mar 2018, 21:10:00
Pernah buat.. Tapi xleh nk termia.. Beli yg siap dh tu baru bole minum..
Nurul Shahira Nurul Shahira 9 Apr 2018, 00:07:00
Sedap jus kurma! Minum masa sahur sesuai sgt

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih