Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth
Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Pulau Pinang terutama sebagai sarapan pagi. Saya ada kongsikan di Instagram dan Facebook sehingga ada yang bertanya "kat mana ni?". Jadi saya rasa nak kongsi mengenai Naina Roti Canai yang agak baru berbanding roti canai lain yang mana agak popular dengan kuah kari daging berwarna merah. Ada masa saya kongsi nanti 4 Roti Canai Paling Sedap dan Best Di Penang.
![]() |
Roti Canai Telur Mata |
Terdapat beberapa tempat atau warung roti canai yang menyediakan bersama kuah kari daging berwarna merah. Memang tak dinafikan kuah kari sebegini sedap. Biasanya akan dicampur dengan kuah dhal. Bagi mereka yang tidak biasa, kali pertama mungkin boleh menyebabkan sakit perut. Sebab kuah kari ni pedas sikit. Jadi kuah kari daging dicampur kuah dhal sesuai bagi yang baru rasa buat pertama kali.
Betul ka sedap? Baik...lain orang lain rasanya. Bagi saya yang agak kurang memilih boleh dikatakan sedap. Tetapi bagi orang lain saya tak pasti, datang dan cuba sendiri. Ok?
APA YANG MENARIK DI NAINA ROTI CANAI PENANG
Apa yang boleh saya katakan tentang apa yang menarik di Naina Roti Canai ni? Semestinya rasa. Kalau tak ada rasa saya mungkin tak makan disini. Menu yang biasa saya makan sekiranya menjejakkan kaki di waktu pagi adalah Roti Canai Telur Mata + Kuah Taruk Atas cuma kadang-kadang tu saya mintak daging.
Selain dari tu ada juga tengok beberapa pelanggan lain yang mencuba roti bakar telur goyang (letak telur mata di atas). Yang ini biasalah mana-mana tempat pun rasa sama.
Kedua daripada 4 warung roti canai terbaik di penang, hanya di Naina Roti Canai Penang ini saja yang terdapat mural Rajinikanth. Mungkin kalau nak bergambar buat kenangan menarik lah.
Ketiga, dalam keempat-empat warung ini Naina juga yang agak kurang pelanggan berbanding tempat lain. Nak kena tunggu, memang malas.
![]() |
Rajinikanth di Naina Roti Canai |
Harga rasanya lebih kurang. Saya pun tak berapa pasti berapa harga sekarang. Main order dan makan terus bayar. Jadi tak boleh nak cerita sangat bab harga. Datanglah sendiri dan cuba.
Kat mana Naina Roti Canai Penang? Guna saja google maps dan taip Naina Roti Canai. Insyaallah jumpa. Kalau tak silap masih lagi di Jalan Transfer. Rupa kedai seperti di bawah ( gambar kredit pada google street) Mungkin nampak berbeza sedikit sebab sekarang dah ada bumbung. Parking mudah di tepi-tepi jalan.
![]() |
Naina Roti Canai |
Setakat ini dahulu yang sempat saya kongsikan. Insyaallah akan datang saya kongsikan 4 Roti Canai Sedap dan Best Di Penang. Terima kasih kerana sudi membaca Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.