Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth

Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Pulau Pinang terutama sebagai sarapan pagi. Saya ada kongsikan di Instagram dan Facebook sehingga ada yang bertanya  "kat mana ni?". Jadi saya rasa nak kongsi mengenai Naina Roti Canai yang agak baru berbanding roti canai lain yang mana agak popular dengan kuah kari daging berwarna merah. Ada masa saya kongsi nanti 4 Roti Canai Paling Sedap dan Best Di Penang.

naina roti canai, roti canai kuah atas, roti canai telur mata, roti canai penang style, Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Roti Canai Telur Mata

Terdapat beberapa tempat atau warung roti canai yang menyediakan bersama kuah kari daging berwarna merah. Memang tak dinafikan kuah kari sebegini sedap. Biasanya akan dicampur dengan kuah dhal. Bagi mereka yang tidak biasa, kali pertama mungkin boleh menyebabkan sakit perut. Sebab kuah kari ni pedas sikit. Jadi kuah kari daging dicampur kuah dhal sesuai bagi yang baru rasa buat pertama kali.

Betul ka sedap? Baik...lain orang lain rasanya. Bagi saya yang agak kurang memilih boleh dikatakan sedap. Tetapi bagi orang lain saya tak pasti, datang dan cuba sendiri. Ok?

APA YANG MENARIK DI NAINA ROTI CANAI PENANG


Apa yang boleh saya katakan tentang apa yang menarik di Naina Roti Canai ni? Semestinya rasa. Kalau tak ada rasa saya mungkin tak makan disini. Menu yang biasa saya makan sekiranya menjejakkan kaki di waktu pagi adalah Roti Canai Telur Mata + Kuah Taruk Atas cuma kadang-kadang tu saya mintak daging.

Selain dari tu ada juga tengok beberapa pelanggan lain yang mencuba roti bakar telur goyang (letak telur mata di atas). Yang ini biasalah mana-mana tempat pun rasa sama.

Kedua daripada 4 warung roti canai terbaik di penang, hanya di Naina Roti Canai Penang ini saja yang terdapat mural Rajinikanth. Mungkin kalau nak bergambar buat kenangan menarik lah.

Ketiga, dalam keempat-empat warung ini Naina juga yang agak kurang pelanggan berbanding tempat lain. Nak kena tunggu, memang malas. 


Naina Roti canai di penang dengan mural rajinikanth, roti canai di penang waktu pagi, roti canai sedap penang, 4 roti canai sedap di penang, apa yang menarik di naina roti canai, makan pagi di penang, mural rajinikanth di warung roti canai,
Rajinikanth di Naina Roti Canai

Harga rasanya lebih kurang. Saya pun tak berapa pasti berapa harga sekarang. Main order dan makan terus bayar. Jadi tak boleh nak cerita sangat bab harga. Datanglah sendiri dan cuba.

Kat mana Naina Roti Canai Penang? Guna saja google maps dan taip Naina Roti Canai. Insyaallah jumpa. Kalau tak silap masih lagi di Jalan Transfer. Rupa kedai seperti di bawah ( gambar kredit pada google street) Mungkin nampak berbeza sedikit sebab sekarang dah ada bumbung. Parking mudah di tepi-tepi jalan.


Naina Roti Canai

Setakat ini dahulu yang sempat saya kongsikan. Insyaallah akan datang saya kongsikan 4 Roti Canai Sedap dan Best Di Penang. Terima kasih kerana sudi membaca Naina Roti Canai Penang Dengan Mural Rajinikanth. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.

{ 32 comments.. read them below or add one }

Miss tins Miss tins 12 Mar 2018, 16:39:00
wah, mural rajinikanth...aritu pegi penang tak jumpa pon mural ni...
PeRdU cINta PeRdU cINta 12 Mar 2018, 17:25:00
Roti canai satu menu rutin...rasa PC sentiasa menjadi pilihan waima di lain negeri pun...kuahnya ngam..rotinya lembut..pasti menjadi buruan...
Wani Sukarno Wani Sukarno 12 Mar 2018, 17:32:00
sedapnya roti canaii. siap telur mata kuning cair lagi ..
Maisarah Humaira Maisarah Humaira 12 Mar 2018, 17:54:00
menyelerakan. kalau ke Penang nanti, nak try cari kedai roti canai ni. nak bergambar dengan Rajinikanth je hihi

www.maisarahsidi.com
Farrah MF Farrah MF 12 Mar 2018, 19:10:00
Tergoda tengok roti canai telur mata tu.
Berselera tak makan saing-saing dengan Rajinikanth? :)
Sally Samsaiman Sally Samsaiman 12 Mar 2018, 21:40:00
Menarik...Penang mmg tak pernah menghampakan kalau cerita pasal makanan :D
Normi Nieza Normi Nieza 12 Mar 2018, 22:16:00
tgk gambar pun nampak sedap..:)
Hans Hans 13 Mar 2018, 03:07:00
perghhhhhhhhhhhhh
ada mural rajnikanth
bestnya
kalau saya memang dah gigih pergi duduk sebelah mural tu bergambar
haahha
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:24:00
Hahaha segan pula nak duduk dekat situ. Lagipun selalu ke sini
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:26:00
Sally dah sampai Penang sebelum ni ka. Boleh dikatakan macam tu ja...jarang menghampakan.
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:27:00
Memang fevret menu camtu kak
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:28:00
Mudah ja nak jumpa kedai ni...guna google maps lagi senang
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:29:00
Kalau dah biasa makan macam ni. Memang sedap walaupun tanpa daging
aRzMoHa aRzMoHa 14 Mar 2018, 07:30:00
Kalau jumpa kedai ni. Memang boleh nampak dah mural rajinikanth
atiehilmi dot com atiehilmi dot com 14 Mar 2018, 11:12:00
pergh !! telo goyang tu yang win tu bang..
Ana Jingga Ana Jingga 14 Mar 2018, 12:31:00
best tu roti canai, kak ana suka banjirrr haha, tapi kan kak ana takut betul dengan hero Tamil tu, tak tahu kenapa tak pernah tgk filem beliau tapi memang tak berani tgk muka dia, takut je ,pelik kan haha :)
Hans Hans 14 Mar 2018, 13:04:00
owhhh
hahahaha
kalau orang luar okay lah kut duduk tepi mural tu sambil buat gaya padaiyapa
Mahirah Mustapha Mahirah Mustapha 15 Mar 2018, 11:22:00
Terkejut, ingatkan rajnikan datang makan kt situ 😳 KM dtg penang tak sempat nak round semua. Kena cuti panjang kot. Baru boleh teroka makanan sedap kt sana..
CikLa Shahril CikLa Shahril 17 Mar 2018, 07:04:00
Kalau dtg penang boleh try pekena ni...
Pha Is Pha Is 20 Mar 2018, 21:34:00
nnti Arz bawa kami plak..
AimNub Haris AimNub Haris 26 Mar 2018, 12:36:00
Okey masuk dalam list..!
Confirm kesukaan pokchik ni sebab :

1. Ada Rajinikant
2. Roti Canai
3. Kuah kari kaw

complete tiga benda kesukaan Pokchik..! hahahaa.. dia kalau roti canai tak kira pagi petang, malam pun boleh layan roti canai lagi.. :)

TQ arz share info ni..

...
aRzMoHa aRzMoHa 26 Mar 2018, 16:40:00
huhu...memang biasa di penang...kalau di shah alam restoran hakim tu nasik lemak letak telur camni kan?
aRzMoHa aRzMoHa 26 Mar 2018, 16:41:00
la yaka...baru tau ni...heheh tapi best lakonan dia...
aRzMoHa aRzMoHa 26 Mar 2018, 16:45:00
itulah kena tulis siap-siap nak kena mana baru boleh sampai
aRzMoHa aRzMoHa 26 Mar 2018, 17:07:00
jom...tapi apa maksud kami hehehe
Amy J Amy J 29 Mar 2018, 09:09:00
wow menarik Naina Roti Canai ni. nnti abg arz kena bawa saya kalau saya dtg sana
Nurul Shahira Nurul Shahira 30 Mar 2018, 11:54:00
Lepas ni ramai la org datang nk bergambar dgn Rajnikanth.

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih