CARA BUAT JUS KURMA SEDAP DAN MUDAH
Assalamualaikum, sebenarnya memang dah lama saya nak kongsikan Cara Buat Jus Kurma yang Sedap dan sebenarnya mudah saja. Buah kurma pula banyak khasiatnya. Paling penting buah kurma sememangnya sedia manis. Ada sesetengah orang boleh makan begitu saja ada pula agak sukar untuk makan disebabkan manisnya. Jadi kesempatan ini saya kongsikan resipi untuk hasilkan Jus Kurma sesedap rasa dan membuatkan yang tak makan kurma pun boleh amalkan.
![]() |
Jus Kurma |
Kenapa tiba-tiba saja kongsikan mengenai Jus Kurma ni? Ehem...Ramadhan pun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi. Boleh la belajar buat jus kurma bagi sesedap rasa nanti bila tiba bulan Ramadhan atau bulan puasa dah boleh agak sukatan yang sesuai.
Mengamalkan jus kurma pun baik juga sebab kurma banyak kelebihannya disamping penuh dengan khasiat.
Cara penyediaan pun mudah, tak serumit mana. Cuma perlu ada samada mesin pengisar ( blender) atau Mesin Jus ( Juice extractor) atau Hand Blender pun boleh. Paling senang guna blender yang biasa kita kisar bawang, bahan-bahan untuk memasak. Sebab nak cuci pengisar ni pun senang berbanding juice extractor. Takut nanti kita malas nak cuci selepas guna membuatkan kita malas nak buat jus hehe....cakap dari pengalaman.
Philips Hand Blender (gambar diatas) antara yang saya gunakan. Nak cuci pun mudah. Yang penting boleh hancurkan kurma. Sedikit sebanyak memudahkan anak-anak juga dapat khasiat daripada kurma. Sekarang pun dah banyak boleh jumpa di pasaran susu kurma. Buat sendiri lagi memuaskan.
![]() |
Hand Blender Philips Pro Mix |
![]() |
Bilah Hand Blender |
Philips Hand Blender (gambar diatas) antara yang saya gunakan. Nak cuci pun mudah. Yang penting boleh hancurkan kurma. Sedikit sebanyak memudahkan anak-anak juga dapat khasiat daripada kurma. Sekarang pun dah banyak boleh jumpa di pasaran susu kurma. Buat sendiri lagi memuaskan.
Resipi dan cara menyediakan Jus Kurma atau boleh juga panggil Susu Kurma.
Bahan untuk sediakan Jus Susu Kurma
1. Sediakan samada 3, 5, atau 7 biji kurma. ( Ikut kesesuaian kesedapan mulut masing-masing.)
2. Susu Full Cream 1 Cawan. ( Susu HL tidak berapa sesuai sebab susu ini manis sedikit)
![]() |
3 Biji Kurma yang dibuang biji. |
![]() |
Susu Secawan |
Cara Sediakan Jus Susu Kurma
1. Kisar (blend) kurma dengan sedikit susu sampai sehancur yang sesuai. Terpulang bagaimana penerimaan masing-masing. Ada sesetengah suka kalau cebisan kurma hancur dan juga tidak suka. Asalkan boleh minum.
2. Kemudian masukkan susu sepenuhnya. Boleh juga terus kisar atau hanya masukkan. Kemudian dah siap.
Berkenaan bilangan kurma seperti yang saya sebutkan diatas bergantung kepada penerimaan dan rasa masing-masing. Ada orang suka lebih banyak kurma dan ada yang tidak. Sebab kurma memang rasa manis. 3 biji pun dah rasa manis.
Kalau macam saya yang sukakan kurma 7 biji pun tidak menjadi masalah. Saya juga suka guna bilangan ganjil.
Susu pula jangan penuh cawan. Jadi kalau manis boleh tambah air kosong. Supaya sesedap rasa.
Jadi dah boleh mula cuba dan hasilkan resipi yang tersendiri sesedap rasa. Cuba dan cuba. Bak kata orang dulu-dulu 'agak-agak'.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Cara Buat Jus Kurma Sedap dan Mudah.