Santai Petang Di Setia Spice Aquatic Centre Penang

Santai Petang Mandi Di Setia Spice Aquatic Centre Penang

Setia Spice Aquatic Centre Penang merupakan antara tempat tarikan terbaru untuk mereka yang meminati aktiviti santai bersama keluarga untuk mandi manda. Ianya pernah viral di facebook selepas secara rasminya dibuka kepada pengunjung. Kebetulan sabtu lepas anak-anak sedara dari Putrajaya mai ke Penang, jadi Spice Aquatic Centre antara salah satu tempat yang wajib di kunjungi khasnya kanak-kanak. Apa yang menarik di sini? Inilah yang nak dikongsikan dalam artikel ini.


Cik Puteri di Setia Spice Aquatic Centre Penang, setia spice aquatic centre, tempat menarik di penang, tempat santai petang di penang, mandi di aquatic centre SPICE penang, spice penang, tempat mandi kanak-kanak di penang,
Setia Spice Aquatic Centre | Cik Puteri dan Sepupu

Sebenarnya dahulunya kawasan ini dipanggil PISA - Penang International Sport Arena kemudiannya dinaiktaraf dan diberikan nama baru SPICE - Subterranean Penang International Conference & Exhibition. Kolam kanak-kanak yang di panggil Children Water Splash Pool sebenarnya masih di lokasi lama sebelum dinaiktaraf.

Sebenarnya dibuka semula kepada pengunjung pada penghujung 2016, tahun 2018 baru sempat nak bawa Cik Puteri ke sini. Tapi kalau bawa Cik Puteri seorang pun tak berapa menarik, dah tentu dia akan ajak abah mandi sekali. Bila ada sepupu ramai-ramai memang dah tak nampak abah. Seronok ja mandi.

Ada 4 permainan utama di dalam kolam yang mana anda semua boleh tengok dalam gambar yang saya kongsikan di bawah. alang-alang bererita mengenai kolam mandi kanak-kanak tertanya juga perlukah ibubapa bawa anak-anak ke kolam mandi seperti ini?

Mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Bagi saya YA... Ibubapa perlu dedahkan anak-anak untuk ke tempat seperti Children Water Splash Pool seperti di Spice Aquatic Centre ini. Antara sebab utama nak beranikan anak-anak. Untuk bermain air, dan mengharungi rintangan dalam permainan yang ada.


SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool

Apa yang saya perasan, Cik Puteri sebenarnya agak kurang untuk bermain permainan gelungsur yang tinggi. Jadi saya minta sepupunya yang besar bawa Cik Puteri naik. Sambil pesan pada Cik Puteri kalau tak naik kita balik terus. Jadi dia pun naik... hehe takut kena ajak balik.

Saya lebih suka ajar anak saya untuk berani. Sebab dalam hidup ini kena berani. Berani mengharungi cabaran dan rintangan terutama dalam kehidupan. Ibubapa kena yakinkan anak-anak. Nampak macam ehh main gelungusur air saja pun apa kena mengena dengan kehidupan. Inilah langkah pertama dalam kehidupan.

SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, kolam kanak-kanak SPICE, tempat mandi kanak-kanak Spice Aquatic Centre,
SPICE Aquatic Centre - Children Water Splash Pool

SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, SPICE Aquatic Centre,Children Water Splash Pool, kolam kanak-kanak SPICE, tempat mandi kanak-kanak Spice Aquatic Centre,
SPICE Aquatic Centre - Chidlren Water Splash Pool

Spice Aquatic centre, children water splash pool SPICE, kolam kanak-kanak SPICE, apa yang menarik di SPice Aquatic Centre, mandi manda di penang, kolam renang penang, cik puteri, anak blogger malaysia,
Cik Puteri di Spice Aquatic Centre
anak blogger malaysia setia spice aquatic centre penang, santai petang di setia spice aquatic centre penang, taman permainan air kanak-kanak di penang, tempat menarik mandi di penang, kolam kanak-kanak penang,
Cik Puteri and The Gang



Kalau tengok gambar-gambar di atas adalah antara permainan yang ada di bahagian kolam kanak-kanak yang terdapat di SPICE Aquatic Centre. Selain itu disediakan kemudah-kemudahan seperti surau dan tandas. Memang santai petang rehat-rehat mak ayah pun tak kalut nak keluar cari surau dan sebagainya

Mak Ayah pun boleh bersantai


Walaubagaimanapun makanan dan minuman adalah dilarang dari di bawa masuk untuk menjaga kebersihan kawasan ini. Bagaimana harga masuk ke Setia Spice Aquatic Centre?

HARGA TIKET MASUK KE SETIA SPICE AQUATIC CENTRE


Terdapat dua jenis bayaran masuk ke Setia Spice Aquatic Centre. Satu secara bulanan satu lain secara sekali masuk ( per entry). Untuk bulanan anda perlu rujuk gambar di bawah. Seperti yang saya ke sini baru-baru ini kami cuma beli tiket untuk sekali masuk. 

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun RM 6 
Dewasa RM 8
Tetapi jika penjaga/ ibubapa hanya masuk tetapi tidak mandi dikenakan bayaran RM 3

Harga tiket ke Setia Spice Aquatic Centre, harga bayaran masuk ke Spice aquatic centre, berapa bayaran tiket masuk ke SPice Aquatic Centre, Setia Spice Aquatic Centre Penang Fees,
Harga tiket

Secara kesimpulannya bagi saya kawasan agak bersih dan menarik, terdapat lifeguard yang jaga sekitar kawasan Children Water Splash Pool cuma mungkin dari segi kerja pembersihan seperti mop lantai sebagainya perlu di tambah baik. Risau anak-anak kecil jatuh disebabkan licin. 

Jika tiada idea nak santai petang bersama keluarga boleh singgah ke Setia Spice Aquatic Centre.

Comments

  1. Kanak kanak mesti di biasakan dengan environment air. Kalau di ajar berenang lebih bagus, untuk keselamatan.

    ReplyDelete
  2. Memang Best pergi ramai -ramai. Tq arz nanti balik kampung boleh miza lajak bawak anak kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung kat mana? datang ramai-ramai lagi best

      Delete
  3. seronoknyaa...ahaaa..budak2 dpt geng lupa laa kita

    ReplyDelete
  4. Nampak seronok bebudak ni main air

    ReplyDelete
  5. wahh nampak mcm best je tuu

    ReplyDelete
  6. Wah siap ada playground dalam pool tu. Mesti seronok kanak-kanak riang bermain sambil mandi manda

    ReplyDelete
  7. owh, baru tau macam ada taman tema air kat situ..

    ReplyDelete
  8. ooo... bagus tips abg arz tu. masa kecik la kena terap rasa berani dalam diri anak2. tempat ni nampak best je. takut kita pula terlebih main ahhahahaha

    ReplyDelete
  9. Kalau ramai geng memang syok Cik Puteri :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih