Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor

Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor | Program Kembara Jom Jimat Eletrik sempena Pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017


TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor, program jimat eletrik, tips jimat elektrik, jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor, program jimat eletrik, tips jimat elektrik, jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor, program jimat eletrik, tips jimat elektrik, jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

Terima kasih di atas kesudian membaca dan meninggalkan komen dan pendapat di artikel Toyota Eco Youth 2017 Team Selangor | Program Kembara Jom Jimat Elektrik Sempena Pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017

{ 7 comments.. read them below or add one }

Septian Dwi Cahyo Septian Dwi Cahyo 18 Aug 2017, 19:14:00
Bagus ne programnya, dapat berguna bagi banyak orang.
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 02:56:00
betul kak long chan..mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menjimatkan elektrik
aRzMoHa aRzMoHa 19 Aug 2017, 02:57:00
ya betul wahai sahabat dari indonesia...
dear anies dear anies 22 Aug 2017, 14:57:00
usaha murni memupuk sikap berjimat cermat tenaga eletrik
mamapp mamapp 22 Aug 2017, 21:53:00
Sememangnya program sebegini memang sepatutnya kita galalkan utk agensi lain buat juga
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 28 Aug 2017, 09:02:00
ookay jangan biarkan letrik on saja2 ye.. jimat letrik..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih