Hari Terakhir Untuk Menangi Percutian Keluarga ke Holland

Menangi Percutian Keluarga ke Holland : Friso Gold Contest 2017

Tahukah anda mungkin dengan langkah seberapa segera anda mungkin memenangi Percutian Keluarga ke Holland. Kenapa Holland? Sabar aRz kongsikan di bawah nanti. Ini merupakan Contest Friso Gold dan anda akan memenangi percutian keluarga ke Holland. Disana anda akan dibawa melihat bagaimana susu Friso Gold dihasilkan. Menarik? Teruskan membaca siapa tahu rezeki anda menyertai di saat akhir mampu membawa anda sekeluarga ke Holland.

Contest Friso Gold, Percutian keluarga ke FrieslandCampina Holland, Apa yang ada di Holland, Friso Gold dihasilkan di Holland,


Holland dan FrieslandCampina

Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold®. Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland! Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold®. 

Pengalaman sekali seumur hidup ini membolehkan para pengguna Friso Gold® memahami bagaimana jenama ini mengambil kebaikan alam semula jadi dan mempertingkatkannya dengan sains untuk menghasilkan susu tepung rumusan bermutu tinggi bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

“Nutrisi semula jadi. Mudah dihadam agar kuat dari dalam – ini merupakan janji Friso Gold®, memastikan hanya yang terbaik digunakan bagi setiap produk untuk memenuhi keperluan dan cita rasa para pengguna di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.

“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini.Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.

“Kami memberikan yang terbaik dalam penjagaan alam semula jadidan menambah baik dengan sains di setiap rantaian bekalan kami bagi membekalkan susu yang kaya dengan nutrien agar si manja anda kuat dari dalam. Sebagai ibu bapa, ia adalah amat penting bagi kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, dan Friso Gold® dapat membantu anda mencapai matlamat ini,” tambahnya.

Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi. Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi. 



Lembu-lembu kami diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.

Friso Gold® menggunakan sistem pemerahan susu automatik, yang membolehkan lembu untuk memilih waktu mereka mahu diperah. Dengan bantuan sistem ini, membolehkan mereka menghasilkan susu yang lebih baik.

Apabila susu dihasilkan, peladang-peladang kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman yang terkumpul bergenerasi lamanya, dengan sistem pemantauan dan pemerahan susu yang berkualiti tinggi membolehkan mereka untuk memastikan kebersihan dan kualiti susu kekal konsisten sepanjang proses ini. 

Sewaktupenghantaran, pemandu trak akan memastikan bahawa susu miliki warna dan bau yang betul. Susu tersebut disimpan pada suhu tidak lebih daripada 4 darjah Celsius untuk mengekalkan indeks kesegarannya yang tinggi.

Di kilang, susu yang semula jadi dan kaya dengan nutrien ini, dipertingkatkan lagi menggunakan sains. 

Friso Gold® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutri™ – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak.Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran. 

apa kelebihan susu Friso Gold, Peraduan Friso Gold dengan hadiah percutian keluarga ke holland,
Friso Gold® dengan LocNutriTM
Oleh itu, nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold® dipelihara, seperti yang diatur dalam alam semula jadi.

Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®! Keluarga yang menang dapat menyaksikan sendiri bagaimana susu Friso Gold dihasilkan.

Bagaimana Menyertai Peraduan Ini?

Untuk menyertai peraduan ini ada terma dan syarat. Anda boleh merujuk DISINI dan juga DISINI untuk maklumat lebih lanjut. Peraduan ini sangat mudah dan lebih mudah sekiranya anak anda menyusu menggunakan susu Friso Gold.

Bagaimana untuk menyertai:

a. Beli mana-mana (1) Friso Gold Step 3 atau  Step 4 900g atau 1.2kg sepanjang peraduan dijalankan dari maan-mana outlet yang mengambil bahagian. 
b. Jawab soalan : “Friso Gold is 100% produced and packed in Holland. True/False”.
c. Hantarkan melalui  WhatsApp to 012-6458311:
i. Gambar jelas resit penuh pembelian;
ii. Jawapan soalan;
iii. Nama penuh Ibu/bapa;
iv. Tarikh lari Ibu/bapa (DDMMYY);
v. Jantina Ibubapa (Female/Male);
vi. Umur Anak (mestilah diantara 2 hingga 8 tahun pada 2017)

Hari ini merupakan hari terakhir. Mungkin hari ini hari bertuah anda untuk memenangi Percutian Keluarga ke Holland. aRz sendiri pernah beberapa kali memenangi hadiah dengan hanya menyertai di saat akhir. Rezeki itu rahsia yang kita tidak tahu melainkan kita terus mencuba. JOM cuba hari ini. 

{ 13 comments.. read them below or add one }

Husna Zahidi Husna Zahidi 21 Aug 2017, 01:09:00
menarik gilaa! siapa yg ada anak antara 2-8 tahun patut cuba nih..
mamapp mamapp 21 Aug 2017, 13:29:00
wow kalau menang best nih
Nor Azimah Nor Azimah 21 Aug 2017, 22:30:00
Lama akk tk ke sini, akk ni suka baca entri santai mudah nak hadam, hihi..
Arz join ke? Semoga jadi org yg bertuah yea.
aRzMoHa aRzMoHa 22 Aug 2017, 11:12:00
untung siapa yang cuba dan menang
aRzMoHa aRzMoHa 22 Aug 2017, 11:26:00
itulah lama menunggu kedatangan akak ke blog aRz ni hehehe
aRzMoHa aRzMoHa 22 Aug 2017, 12:03:00
kalau memang memang rezeki...
dear anies dear anies 22 Aug 2017, 14:51:00
hahhh kena joint tu best wooo kalu dpt g holland tuu
naimah wahab naimah wahab 22 Aug 2017, 15:38:00
Wahhh, menariknya contest. Kalau menang boleh merasa udara Holland :)
PeRdU cINta PeRdU cINta 22 Aug 2017, 20:54:00
Rezeki rahsia Allah..siapa tahu berkat usahakan...
aRzMoHa aRzMoHa 25 Aug 2017, 00:22:00
betul...usaha dan terus berusaha
SalbiahM SalbiahM 3 Sep 2017, 13:01:00
Wow..kalau ada anak lama masuk dah ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih