Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui

Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui

Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui | Walaupun hari pertama persekolahan telah pun bermula beberapa hari tetapi tips ini juga penting khas kepada ibubapa yang mempunyai anak mula memasuki persekolahan atau pra-sekolah untuk pertama kali. Hari pertama persekolahan atau minggu pertama persekolahan ni kebiasaannya ada drama sedih dimana anak-anak menangis tak mahu ke sekolah atau tak dapat berpisah dengan ibubapa. Sehingga ada ibubapa terpaksa bercuti seminggu atau lebih teruk lagi dua minggu untuk minggu pertama persekolahan. Jom baca sedikit tips mungkin berguna buat anda yang mempunyai anak sedang memasuki persekolahan minggu pertama atau bakal memasuki persekolahan pada tahun hadapan serta tahun seterusnya.

tips persediaan menghadapi hari pertama persekolahan anak-anak, perkara yang tidak sepatutnya ibubapa lakukan pada hari pertama persekolahan anak-anak, kesilapan ibubapa ketika hari pertama persekolahan anak-anak, tips bangkit semangat anak ke sekolah,
Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-Anak | Cik Puteri Dah Ke Sekolah

Tips Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Buat Ibubapa

Kenapa tiba-tiba boleh kongsi tips persediaan hari pertama persekolahan anak-anak? Ini kerana anak aRz sendiri juga sudah pun ke sekolah dan rasa ingin berkongsi sedikit tips khasnya untuk ibubapa dimana anaknya juga melangkah ke sekolah buat pertama kalinya. Seperti hari pertama persekolahan bermacam cerita yang kita dapat dengar mengenai gelagat, celoteh anak-anak ada yang menangis, ada yang terguling-guling, ada yang meraung tak mahu ke sekolah. Jadi mungkin tips ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Selain dari itu aRz kongsikan juga bagaimana gelagat Cik Puteri (anak saya) bila pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah.

Dah bersedia nak baca tips persediaan hari pertama persekolahan anak-anak khasnya pertama kali ke sekolah atau pra sekolah?

1. Persediaan Lebih Awal.
Melalui pengalaman saya sendiri semasa anak saya masih dalam jagaan pengasuh saya dah mula mendedahkan dengan sekolah. Sebab satu hari dia bakal ke sekolah. Pendedahan awal sangat baik. Sebagai contoh kalau bawa keluar jalan-jalan nampak sekolah (pra sekolah khasnya nampak lebih ceria) tunjukkan pada anak dengan bertanya "cantik tak sekolah?" biar ada rasa minat nak ke sekolah.

2. Tanam Minat Ke Sekolah 
Cakap macam mudah nak tanam minat dalam diri anak-anak. Tapi zaman sekarang dah canggih. Banyak perkongsian bagaimana nak tanam minat dalam diri anak-anak untuk ke sekolah. Salah satunya ada dalam cerita upin dan ipin. Bagaimana anak-anak kecil macam upin ipin, mail, fizi, ihsan dan juga jarjit ni pergi sekolah jumpa kawan-kawan dan juga seronok bila ada cikgu. Jangan biar anak tengok sorang-sorang kita kena layan sekali masa tu sulam sikit dengar pertanyaan "seronoknya upin ipin gi sekolah...nak pi sekolah tak?"

3. Beli Buku atau Peralatan Belajar
Anak-anak memang sewaktunya didedahkan dengan minat untuk membaca, menulis ataupun mewarna. Beli buku atau peralatan belajar seperti meja, kerusi, pensel atau apa sahaja mengikut kemampuan tak perlu mahal-mahal. Sesekali tu ajakla anak-anak main cikgu-cikgu.

4. Ajar Anak Berkawan
Sejak dari kecil kena ajar anak-anak kita belajar berkawan. Sebab masa di sekolah nanti dia akan jadi suka ke sekolah kerana ada kawan-kawan. Ataupun kalau di rumah pengasuh ada kawan pun dah cukup yang penting anak-anak tahu cara bergaul. Jangan nanti hari pertama ke sekolah/prasekolah menangis sebab tengok ramai orang dan masih mencari ibubapa. Jangan biar anak terperap di rumah saja.

5. Doakan Anak-Anak
Sepatunya ini ada yang paling utama. Kalau boleh doakan setiap hari mudah-mudahan anak-anak kita ini dipermudahkan dalam proses pembelajaran.

6. Tidur Awal
Kalau sebelum ini waktu tidur lebih kurang jam 12 malam tolong ubah lebih awal sikit sebagai contoh jam 10 malam. Ini untuk memastikan anak-anak mendapat rehat secukupnya dan tidak mengantuk di dalam waktu persekolahan. Banyak aktiviti dan pembelajaran yang akan dilakukan. Ibubapa perlu ambil berat perkara ini.

Pengalaman Cik Puteri ke Sekolah ( 5 tahun )

Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga..Allah permudahkan urusan Cik Puteri (anak saya) ke sekolah. Semoga dipermudahkan juga buat Cik Puteri kefahaman ilmu dan semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Saya sendiri pun risau sebenarnya bila Cik Puteri akan ke sekolah. Memandangkan sejak dari lepas pantang (2 bulan lebih) dijaga oleh pengasuh sehinggalah penghujung Disember 2016. Seperti yang aRz kongsikan mengenai pengasuh Cik Puteri perlu berpindah (Baca Disini). 

Dua perkara yang kami risaukan. Yang pertama bagaimana Cik Puteri hendak melalui keadaan berpisah dengan pengasuhnya. Kedua bagaimana pula persekolahannya sehingga petang (day-care). Kami cuma mampu doa semoga semuanya dipermudahkan. 

Hari Pertama persekolahan kejutkan Cik Puteri untuk mandi syukur dia bangun dengan ceria untuk ke sekolah. Sebagai seorang Abah sudah pasti rasa wow...semangat yang positif hari pertama. Sampai saja di sekolah cepat-cepat pakai kasut dalam kereta sambil cakap "abah cepat nanti lambat". Dia sangat teruja. Melangkah kaki ke sekolah pada hari pertama persekolahan langsung tak toleh cari abah. Walaupun dia lebih rapat lebih manja dengan Abah. Percaya tak? Abah sendiri pun tak percaya. Tapi abah yakin anak abah kuat macam abah hehehe...

Jemput dari sekolah terus tanya "seronok tak ke sekolah?" "ramai tak kawan-kawan?" bila Cik Puteri jawap dengan positif "seronok....ramai sangat kawan" Fuh...alhamdulillah boleh tarik nafas lega. 

Hari Kedua Persekolahan ada sedikit kejutan bila Cik Puteri mula nangis tak mahu mandi. Awal pagi air sejuk. Mujur dah masak air awal-awal. Biar suam sikit supaya tak rosakkan mood dia nak ke sekolah. Ini belajar dari pengalaman sendiri dulu nak ke sekolah. Bukan main tak mahu mandi sebab air sejuk. 

Tapi bila sampai sekolah macam biasa lepas salam terus ikut cikgu. Abah pula rasa nak nangis bila tengok anak abah sangat cool. Sempat pula aRz jumpa kawan sekolah yang dah hampir 16 tahun tak berjumpa dan hari ini dia hantar anak ke sekolah yang sama. Berjejak kasih pula pagi-pagi.

Macam biasa bila jemput pulang tanya makan apa? mandi tak? ( sebab day-care) Hari ni belajar apa? tanya secara santai.

Cumanya hari ini aRz dan isteri pula yang rasa terkejut bila Cik Puteri cakap esok ada sukan. Kena pakai kasut sukan. Huhuhu....Ibubapa kena tanam juga rasa percaya pada anak-anak mungkin betul apa yang dia katakan cuma kami nak kepastian hantarkan mesej tanya cikgu mengenai perkara tersebut. Bila cikgu balas rupanya "indoor" sahaja. Tergelak kami berdua sebab Cik Puteri siap kata "Mama esok ada sukan kena pakai kasut sukan cikgu kata" hehehe.....

Tapi betullah kan esok ada sukan. Ini bermakna dia dengar dan beri perhatian apa yang cikgu pesan. Cuma mungkin imaginasi dia lebih sikit.

Bila anak dah ke sekolah yakinlah antara perkataan yang akan keluar dari mulut dia 

"Cikgu kataaa......."

Semoga semangat positifnya berterusan. Setakat ini dahulu perkongsian tips persediaan hari pertama persekolahan anak-anak buat ibubapa dan juga pengalaman anak sendiri ke sekolah. Bagaimana anak anda kongsi sikit di ruangan komen nak juga aRz tahu serba sikit....

Jumpa Lagi.

{ 14 comments.. read them below or add one }

Along Misuari Along Misuari 5 Jan 2017, 08:11:00
Belum alami lagi..
Hihihihi..
bacaan yang bagus untuk persiapan diri sendiri juga..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 5 Jan 2017, 08:24:00
Hihi... seronok kakak mula terkenang masa anak-anak kakak mula masuk tadika. Betul anak bila baru kenal alam persekolahan tak lari dari mulut dia "cikgu kata.. ustazah kata... teacher kata.." Sebab itu jadi cikgu ni pahalanya, jariahnya sangat besar.
Normi Nieza Normi Nieza 5 Jan 2017, 09:21:00
wah..cik puteri dah sekolah..:)
umi alya umi alya 5 Jan 2017, 11:15:00
Wahhhh tumpang bangga..

Bab mandi air suam, akak setuju 100%, cam Alya, 30minit setiap pagi berendam bagi dia segar..

Jangan lupa sediakan sarapan untuk anak..
umi alya umi alya 5 Jan 2017, 11:18:00
aRz.. yg akak transfer smlm dah masuk blum? apa2 bgtau ya.. ~_^
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 5 Jan 2017, 12:48:00
kena alert lebih bila dia cakap "cikgu kata"
ekeke.

bsar dh dia...
aRz MoHa aRz MoHa 5 Jan 2017, 17:23:00
hai along misuari....boleh baca untuk masa depan
anajingga anajingga 5 Jan 2017, 22:27:00
Alhamdulillah, seronok baca Cik Puteri dah melangkah ke alam persekolahan,ibu ana sentiasa doakan Cik Puteri terus gembira, dipermudahkanNya segala urusan dan cemerlang dunia akhirat..rindu sangat dekat cik puteri..
Yana Yani Yana Yani 6 Jan 2017, 09:28:00
haha...bab cikgu kata tu memang betul
saya dah dua orang sekolah
memang buat apapun, akan ada dengar, cikgu kata....haha

anyway, nice tips =)
SalbiahM SalbiahM 6 Jan 2017, 16:39:00
comelnya kisah cik puteri..selamat bersekolah.biasanya anak sulung parents kena usaha sikit nak pupuk minat.kalau dia ada abang kakak dia pulak terlebih tak sabar..hehe.
dear anies dear anies 19 Jan 2017, 11:21:00
thanks 4 sharing utk org yg lom ada pengalaman ni
ayunie ramli ayunie ramli 3 Feb 2017, 20:08:00
Trbaik la arz ! Mek pun risau jugak nak letak amani dekat skolah. Tapi lepas bace arz punya artikel ni, insyaAllah boleh implement same :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih