5 Jenis Barangan Yang Diimpikan Pada 2017
Apakah barang yang anda impikan pada tahun 2017? Setiap orang mesti ada impian yang tersendiri. Ada yang impikan sebuah rumah, sebuah kereta atau barang peribadi samada mahal ataupun murah. Apa yang penting barang tersebut adalah berguna untuk kegunaan seharian kita. Elakkan dari membeli barang yang mungkin kita hanya guna sekali itupun waktu tertentu dan lebih teruk kalau guna cuma seumur hidup sekali gulp....Di bawah merupakan 5 barang yang diimpikan pada tahun 2017 dan agak penting mudah-mudahan tercapai.
Go pro Hero 5 Session. Sudah tentu peminat fotografi atau mereka yang meminati aksi lasak, melancong, dan lain-lain bidang akan mengimpikan gadjet ini sebagai barang penting yang perlu dimiliki 2017. Kenapa jadi barangan yang diimpikan? Dengan kebolehannya yang mampu merakam video 4k dan 10MP gambar beserta kalis air 30 kaki dalam sudah tentu menjadi igauan mana-mana remaja hari ini. (masih remaja ke aRz ni ?? hehe)
![]() |
Go Pro Hero 5 Session |
selain itu mempunyai kelebihan merakam dengan hanya arahan suara (voice command) dan video stability untuk rakaman video yang lebih cantik. Saiz yang kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana.
2. Taichi Waterproof Backpack
Barangan yang diimpikan pada tahun 2017 adalah sebuah beg yang kalis air. Untuk aktiviti lasak yang tidak mengira cuaca dan tempat. Sudah tentu Taichi Waterproof Backpack menjadi pilihan. Boleh juga untuk menyimpan kamera, telefon pintar dan sebagainya lagi untuk aktiviti seperti mendaki, memancing di atas bot, melancong dan sebagainya. Walaupun kebanyakan beg ini digunakan oleh mereka yang lebih menggemarkan meluncur laju dengan superbike :p.
Beg ini juga dilengkapi cahaya LED yang memudahkan orang lain menyedari kehadiran kita di waktu malam.
Barangan yang diimpikan pada tahun 2017 adalah sebuah beg yang kalis air. Untuk aktiviti lasak yang tidak mengira cuaca dan tempat. Sudah tentu Taichi Waterproof Backpack menjadi pilihan. Boleh juga untuk menyimpan kamera, telefon pintar dan sebagainya lagi untuk aktiviti seperti mendaki, memancing di atas bot, melancong dan sebagainya. Walaupun kebanyakan beg ini digunakan oleh mereka yang lebih menggemarkan meluncur laju dengan superbike :p.
![]() |
Taichi Waterproof Backpack |
Jam tangan wanita jenama Casio Enticer khas untuk isteri. Sejak kebelakangan ini asyik buka laman web Lazada melihat jam tangan. Mungkin minta untuk di beli sebagai hadiah. (signal suruh beli agaknya) Barangan impian bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk pasangan hidup juga. Dia Tersenyum Kita Bahagia :p
![]() |
Jam Tangan Casio |
Dah bertahun terjebak dengan sukan Badminton. Pernah membawa pulang gelaran Juara untuk Kelab Sukan di pejabat. Tetapi cuma ada sebatang raket badminton. Percaya tak? Beg pun tak pernah ada. Jadi 2017 ini impikan sangat nak ada sebuah beg untuk menyimpan barang-barang yang sesuai ketika bermain badminton seperti t-shirt, tuala, kasut, stokin dan air serta raket. Impian nak tambah raket tu ada juga cumanya beg lebih penting.
5. Powerbank Pineng 10000mAh Slim Design
![]() |
Li-Ning Bag |
5. Powerbank Pineng 10000mAh Slim Design
Zaman sekarang ini memang tak dapat elak dari menggunakan gadjet. Powerbank memang sangat berguna saat-saat kecemasan. Di rumah cuma ada satu saja powerbank tak cukup untuk menampung 2 telefon pintar dan 1 tab Cik Puteri. Kalau di rumah memang tak ada masalah cuma bila pulang ke kampung atau pergi bercuti waktu ini memang akan timbul masalah. Jadi perlu ada lagi satu powerbank. Murah saja harganya tapi tetap nak jadikan sebagai impian 2017.
![]() |
Pineng Powerbank |
Kalau dulu nak beli semua barang yang diimpikan ini kena ke kedai, tengok tengok harga dan buat budget baru datang beli. Sekarang semuanya mudah sangat sebab ada banyak tempat membeli belah online yang tak perlu bersesak-sesak, berpanas, bayar parking, anak meragam nak itu nak ini..Dalam shopping online aRz lebih suka menggunakan Lazada sebab lebih dipercayai. Lagipun dah banyak kali membeli disini. Kebetulan sempena Tahun Baru Cina ada promosi CNY Red Hot Sale diskaun sehingga 88%. Manalah tahu semua barang yang diimpikan ini ada terdapat harga promosi.
Baik setakat ini dahulu perkongsian mengenai 5 Jenis Barangan Yang Diimpikan pada tahun 2017 dan harga untuk semua 5 jenis barangan ini bernilai RM 2017. Menarik tak? Apa yang anda impikan? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
Terima kasih sudi membaca dan jumpa lagi.