Texas Chicken Di 1st Avenue Mall Penang

Texas Chicken Kini Di 1st Avenue Mall Penang

Baru-baru ini berkesempatan merasai sendiri hidangan yang disediakan di Texas Chicken masih baru lagi dibuka di 1st Avenue Mall Penang. Sejak viral di media sosial memang tersangat ramai orang terutama pada hari sabtu dan ahad. Perkongsian ini juga mungkin membantu anda terutamanya suka jalan-jalan cari makan di pulau pinang dan masukkan dalam senarai tempat makan menarik di dalam percutian anda. Terletak di Lower Ground Floor 1st Avenue Mall bersebelahan Guardian Pharmacy.

texas chicken kini di 1st avenue mall penang, cik puteri di texas chicken, food blogger, kids love food, arzmohadotcom di texas chicken,
Cik Puteri di hadapan Texas Chicken Penang.

Boleh dikatakan agak ramai yang sama-sama ingin mencuba hidangan yang disediakan di Texas Chicken pada hari ini. Sudah pasti semuanya peminat ayam. Sebab boleh dikatakan 100% hidangan disini adalah ayam. Nama pun jelas Texas Chicken. Cuma boleh dikatakan ada juga perbezaan dengan penyedia makanan bersumberkan ayam yang lain. Mungkin dari segi harga dan rasa.

senarai harga dan menu di texas chicken, arzmohadotcom, blogger penang, food blogger, food lover,
Texas Chicken | Senarai menu dan harga
Dalam gambar pun boleh nampak ramai yang beratur. Tetapi kalau datang pada hari bekerja mungkin tidak terlalu ramai. Sebab hari minggu kebiasaannya tempat membeli belah menjadi satu destinasi untuk berjalan-jalan, makan-makan dan bersantai. Texas Chicken juga meletakkan logo Halal Jakim di menu hidangan.

set chicken fortune di texas chicken, honet butter biscuit texas chicken, texas chicken kini di 1st avenue penang,
Set Ayam sempena CNY

Set Fortune Chicken mungkin sempena Chinese New Year pada tahun ini yang juga merupakan tahun ayam beserta Honey Butter Biscuits yang agak sedap. Rasa seakan muffin...Harga pun agak menarik.

mexicana burger di texas chicken, texas chicken penang, tempat makan menarik di penang,
Mexicana Burger | Texas Chicken
aiskrim di texas chicken, chocolate volcano aiskrim di texas chicken, tempat makan menarik di penang,
Cik Puteri mencuba Bubur Nasi dan Chocolate Volcano

Hidangan kedua adalah Mexicana Burger. Boleh tahan juga nak habiskan. aRz bukan kaki makan sangat tetapi kalau satu hidangan tak ada masalah. Rasa pun sedap kena dengan selera.

Cik Puteri pula adalah pilihan bubur nasi. Cuma bubur nasi ada rasa pedas sikit membuatkan Cik Puteri tak dapat habiskan. Mungkin belum bersedia makan pedas macam abah dia. :p

Chocolate Volcano, memang kena dengan Cik Puteri yang sukakan kek, chocolate dan aiskrim. Satu penyatuan yang lengkap buat penggemar 3 makanan tersebut.

texas chicken penang, santai bersama keluarga di texas chicken, sedap tak texas chicken,
Kami Sekeluarga

Jadi khas buat penduduk pulau pinang yang mungkin mencari hidangan atau makanan yang menarik untuk dicuba boleh jadikan Texas Chicken sebagai satu pilihan tempat makanan hari minggu anda.
logo texas chicken, texas chicken penang, makan sedap di penang, tempat makan menarik di penang,
Texas Chicken kini di 1st Avenue Mall
Sebelum ini cuma ada beberapa blogger yang ceritakan tentang pengalaman mencuba Texas Chicken. Bila dah ada di Penang dapat rasa sendiri baru tahu bagaimana rasanya. Macam mana dah cuba?

Jumpa Lagi

{ 10 comments.. read them below or add one }

meintheswim meintheswim 28 Jan 2017, 20:20:00
Ayam panas di makan di musim hujan.

Beautiful family.
jie susanos jie susanos 29 Jan 2017, 11:55:00
sbb tu ramai kat kedai tu sbb mmg ramai suka mkn ayam..huhu..

mesti sedap kan..
Umialya Umialya 30 Jan 2017, 18:33:00
Bila gamaknya kami dapat makan angin ke sana? pergi ke Kedah tapi nak masuk Penang, fikir berkali2 sebab jem sokmo.. hu3
Adam Adam 31 Jan 2017, 00:04:00
Insyaalah, kalau saya ke sana ingin juga nak cubanya. Tak cuba tak tau.
Yana Yani Yana Yani 1 Feb 2017, 11:10:00
saya suka texas chicken ni...not bad
chocolate volcano tu pada saya paling awesome! haha
raihanah raihanah 2 Feb 2017, 09:01:00
lama gak teringin nak makan kat TC ni, tapi belum ada rezeki lagi
dear anies dear anies 2 Feb 2017, 14:09:00
sukaaaa sgt dgn bun dia sedappp
mek yunie mek yunie 3 Feb 2017, 20:13:00
Boleh try ni kalau p penang ;)
Warisan Petani Warisan Petani 5 Feb 2017, 00:05:00
Nampak sedap.
Boleh cuba try nanti.
Galaksi Viral Galaksi Viral 5 Feb 2017, 23:54:00
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :D

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih