Skip to main content

Pertemuan Peminat Mi Malaysia di Penang Yang Menarik

Pertemuan Peminat Mi Malaysia Di Penang Yang Menarik 

Semalam telah berlangsungnya sebuah pertemuan peminat-peminat Mi Malaysia di Penang yang menarik dan wajib dihadiri oleh sesiapa saja yang menggunakan produk Mi. Produk Mi ini sebenarnya produk apa? Mi adalah singkatan daripada Xiaomi, yang mana telah menghasilkan bermacam produk dari rom, telefon pintar (smartphone), earphone, malahan yang terbaru adalah skuter dan juga 'portable electronic mosquito repeller'. Pertemuan ini adalah untuk lebih kepada berkongsi ilmu, pendapat, info mengenai produk terbaru dan macam macam lagi. Ini juga merupakan pertemuan kali pertama yang aRz sertai. 

penang mi fans meet up, pertemuan peminat mi penang, perjumpaaan peminat mi penang di beach street,
Penang Mi Fans Meet Up (Beach Street)

Pertemuan baru-baru ini sebenarnya lebih kepada berkenalan satu sama lain, berkongsi ilmu, produk-produk terbaru, cuma alang-alang dah berjumpa satu pertandingan mengambil gambar diadakan. Antara gambar yang sempat aRz ambil, dikongsikan dibawah nanti. Kesemua gambar yang aRz ambil lebih kepada hitam putih (black and white)

gambar kenderaan basikal penang, basikal 4 orang , gambar black and white, gambar di beach street penang,
Kenderaan yang agak mendapat sambutan di Penang ketika ini

Ini antara kenderaan yang agak popular di kawasan ini pada ketika ini. Dimana perlu mengayuh seperti berbasikal dan boleh dinaiki 4-5 orang bergantung pada jenis kenderaan ini.

hello kitty, belon hello kitty, gambar black and white, gambar cantik,
Hello Kitty ke ni?

Kebetulan pada hari ahad kawasan ini adalah bebas kenderaan, cuma yang ada basikal, dan skuter serta kenderaan di atas tadi. Jadi ada bermacam aktiviti yang dijalankan disini. Maskot Hello kitty. Yaka Hello kitty ni? Entah hehee

penang heritage building, bangunan di penang ada logo kapal, bangunan di beach street, bangunan lama penang,
Antara bangunan yang ada di beach street
Kawasan ini juga dipenuhi dengna bangunan-bangunan lama ( heritage) jadi antara salah satu yang menjadi tarikan mata aRz. Baru perasan ada logo kapal tu.

pertemuan peminat mi malaysia di penang, penang mi fans meet up, gambar kaki, kaki yang melangkah, gambar cantik, arzmohadotcom blogger malaysia, blogger penang,
Kaki siapa agaknya,...

Kaki yang melangkah. Apa yang boleh korang semua tafsirkan dari gambar ini? Jangna lupa kongsikan pendapat di bahagian komen di bawah.


Diantara 5 pemenang 

Adik faiz ini antara 5 pemang yang berjaya mengambil gambar yang mencuri hati juri. Antara hadiah yang diberikan adalah produk-produk dari Mi Malaysia. Itu saja yang dapat aRz kongsikan setakat ini. Cuma apa yang aRz tahu akan ada 2 lagi produk dari Mi Malaysia bakal dijual tidak lama lagi. Antaranya Redmi 4a dan Redmi Note 4x.

Bila dan berapa harga kena tunggu pengumuman di Facebook Mi Malaysia.

Comments

  1. mula2 baca tajuk..ingatkan mi/mee yg dimakan tu..

    ReplyDelete
  2. Saya suka kenderaan tu.
    By the way ada lagi tak beca kat tanjung.

    ReplyDelete
  3. saya pengguna Xiaomi Redmi Note 3. Saya berbangga sebab harga murah dengan spec yang power. uhuh

    ReplyDelete
  4. best nyer jumpa 'yg sekepala' ;-)

    ReplyDelete
  5. Maskot tu macam Hello Kitty kacuk ngan Pikachu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...