Perpisahan Pasti Terjadi Ianya Suatu Yang Menyedihkan

Perpisahan Pasti Terjadi Walaupun Perit dan Menyedihkan

Perpisahan pasti terjadi dalam kehidupan. Ianya adalah lumrah dalam kehidupan. Tidak kira samada melibatkan percintaan, kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain. Cumanya kali ini nak kongsikan perpisahan melihatkan Cik Puteri dan pengasuhnya. Atas beberapa sebab perpisahan ini tidak dapat dielakkan dan suatu masa nanti juga Cik Puteri perlu menghadapinya. Kenapa berpisah?

cik puteri, kids, malaysia kids, kids ootd, arzmoha.com, perpisahan pasti terjadi, perpisahan suatu yang menyedihkan dan memeritkan, pengalama perpisahan anak dan pengasuh, tips mencari dan memilih pengasuh bayi, tips menghargai pengasuh anak,
Cik Puteri

Anak Berpisah Dengan Pengasuhnya

Perpisahan itu cukup menyedihkan memeritkan tidak kira berpisah hidup ataupun mati. Ada perpisahan yang baik dan juga tidak baik. Sebaiknya kita pilih yang baik-baik. Cumanya dalam kes Cik Puteri walaupun cuma perpisahan antara pengasuh dan anak asuhannya ianya juga suatu yang menyedihkan. Kenapa sedih?

Mungkin sebelum ini tak pernah dikongsikan di arzmoha.com mengenai kehidupan Cik Puteri di rumah pengasuhnya. Tetapi ada dikongsikan Tips Memilih Pengasuh dan juga cara Menghargai Pengasuh Anak yang mana dari pengalaman aRz sendiri. Bukan mudah untuk mencari pengasuh dan juga memilih. Syukur dengan izin-Nya dipertemukan pengasuh yang baik, bersih dan ikhlas. Syukur sangat.

Dari pengalaman mencari dan memilih pengasuh kemudiannya pengasuh tersebut sangat baik dan ikhlas membuatkan perpisahan ini suatu yang agak menyedihkan. Dari umur Cik Puteri hampir memasuki 3 bulan sehingga 4 tahun...lebih kurang 4 tahun Cik Puteri bersama dengannya.

Tiada sebarang masalah dan mudah untuk berkomunikasi. Ada masa dia membawa Cik Puteri ke kampungnya dijaga seperti anak sendiri. Orang dulu selalu nasihat kalau bertemu orang baik di sekeliling kita hargai sebaik-baiknya.

Kenapa perlu berpisah? Mungkin suratan takdir. Pengasuh Cik Puteri berpindah kembali ke kampung halamannya. Kampung halamannya agak jauh dari tempat aRz tinggal ketika ini. Ketiadaan pengasuh menyebabkan Cik Puteri perlu di hantar ke sekolah. Insyaallah perancangan Allah lebih baik. 

Cumanya Pengasuh Cik Puteri perlu berpindah lebih awal disebabkan untuk menguruskan persekolahan anaknya dan semalam adalah hari terakhir. Cuba bayangkan hari-hari sebelum ini bangun pagi Cik Puteri mesti bertanya 

" Abah hari ni nak pi mana? "

" Anak abah pi rumah 'mak' "


Boleh dikatakan inilah soalan dan jawapan hari-hari sejak Cik Puteri pandai bercakap. Cuba bayangkan selepas ini kalau dia bertanya soalan ini lagi atau tiba-tiba rindukan pengasuh? 'Mak' yang dimaksudkan adalah panggilan buat pengasuhnya. Pangilan itu juga membuatkan semakin rapat. Kita sendiri pun kalau ke kursus dan berjumpa sahabat baru dan tinggal bersama seminggu pun cukup membuatkan kita sedih hendak berpisah. 

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Pada Hari Perpisahan Dengan Pengasuh Anak

Islam satu agama yang cukup menitikberatkan soal akhlak dan bangsa melayu terkenal dengan adap sopan santunnya. Justeru dalam setiap perkara kita lakukan perlu beradap dan berakhlak. Bertemu cara baik berpisah juga dengna cara yang baik. aRz kongsikan sedikit saja antara perkara yang boleh atau patut kita lakukan ketika perpisahan terutamanya bab pengasuh ini. Antara perkara yang patut dilakukan :

- Memohon menghalalkan segala makan dan minum, ilmu atau apa saja sepanjang tempoh asuhan anak kita berlangsung.
- Memohon maaf andainya ada terkasar bahasa, tersilap kata, atau terkurang dalam apa jua keadaan dan bentuk.
- Menjelaskan upah yang telah dipersetujui

Mungkin antara yang boleh dilakukan lagi sentiasa berhubung dan memastikan hubungan siratulrahim itu masih terjalin dengan berkunjung atau bertanya khabar berita selepas dari perpisahan. Semoga perpisahan ini membawa sesuatu yang positif dan mempunyai hikmahnya. Walaupun nampak di mata pengasuh Cik Puteri semalam sebelum beredar dari rumahnya seakan berair mata menahan sedih mana tidaknya 4 tahun tinggal bersama.

Bila aRz ceritakan pada Cik Puteri dia seakan masih belum faham. 

Dia selalu cakap "lepas balik sekolah pi rumah mak ya Abah"

aRz kongsikan sekali lagi TIPS mudah-mudahan membantu para ibu dan bapa khasnya pertama kali mencari pengasuh untuk anak mereka dan Cara menghargai pengasuh. 


Semoga tips diatas membantu para ibubapa dalam memilih pengasuh dan hubungan baik kedua pihak terjalin. Setakat ini dahulu terima kasih kerana sudi membaca mengenai Perpisahan Pasti Terjadi Walupun Perit dan Menyedihkan. 

Jumpa Lagi

Comments

  1. cik puteri baru blajar erti perpisahan. tak apa cik puteri, ni salah satu lumrah hidup. keep strong ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...ya ujian dan dugaan yang akan mematangkan kita

      Delete
  2. Replies
    1. berpisah dengan orang yang baik memang menyedihkan

      Delete
  3. Kesian adik puteri, nanti dah besar mesti dia memahami apa itu erti perpisahan..

    ReplyDelete
  4. Rapat sggh cik puteri dgn pengasuhnya kan, dari crita arz ni nmpknya si pengasuh tu mmg baik orgnya, tapi tiba saat berpisah terpaksalah hadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak..memang orang yang baik...ckap pun lembut saja

      Delete
  5. mesti la sedih.. mak saya kerja pengasuh budak.. tapi budak2 dalam kanmpung ni je.. bila2 pun diorg dok datang singgah.. walaupun dah besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi pengasuh pun mesti sedih kan....kena brpisah bila anak-anak tu dah besar

      Delete
  6. Saya bertuah anak2 saya dapat pengasuh yang amat baik dan penyayang. Kadang2 anak2 saya lg suka duduk di rumah pengasuh mereka sebab mereka di anggap macam cucu sendiri. Sayang benar dekat anak2 saya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bertuah sangat kalau jumpa pengasuh yang macam Bro eazaq katakan...memang bertuah....tambahan sekarang ini ada macam-macam berita mengenai pengasuh di media-media...

      Delete
  7. anak2 mungkin belum mengerti tp bila mereka dah dewasa nnt pasti mereka faham... tiada perpisahan yg membuahkan kegembiraan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....tetapi ada juga perpisahan yang membuahkan kebahagiaan

      Delete
  8. terkesan sgt,
    bukan anak fiza shj yg sedih...
    sy pon sedih terpaksa tamatkan prkhdmatan pengasuh jga aqil tahun depan.
    betol betol DIA' baik macam yg arz cerita kat sini...

    jaga aqil dari lepas pantang... tup tp tahun depan kena pisah,
    seb sy baru cerai n kene duduk area lain...
    ya, anak semestinya kurang mengerti..

    macam biasa ayat dia

    "esok aqil pergi rumah ibu kan mama??...hurm"

    moga bertabahlah hati, la tahzan...(peace)

    moga dpat harungi kehidupan masa hadapan dengan lebih baik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila anak tanya " esok ke rumah ibukan" sebenarnya kita yang memahami ini yang mula rasa sebak kan?

      tetapi percaya setiap apa yang berlaku, setiap takdir Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

      percayalah

      Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

      Semoga dipermudahkan buat kita semua dalam menjalani kehidupan ini dalam rahmat Allah

      Delete
  9. terima kasih bagi tips... menghitung hari... 1/1/2017 , masih ada sinar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih