Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Apakah ciri hard disk terbaik? Satu soalan yang menarik bila ada orang bertanya bila nak beli hard disk sebab nak simpan segala macam fail, tambahan pula zaman sekarang ni mana ada lagi orang bawa disket, CD, DVD. Kalau ada pun yang bawa pendrive, OTG mahupun Hard disk. Tapi banyak mana sangat Pendrive dan OTG mampu simpan semua fail yang ada? Jadi Hard disk adalah penyelesaian terbaik kalau nak simpan segala fail seperti movie, video (dari smartphone) gambar, lagu macam-macam. Tidak kira apa bidang anda bekerja mahupun belajar hard disk tersangat penting percayalah !!!!
Jom baca lagi apa ciri hard disk terbaik sebelum membeli.

ciri hard disk terbaik, tips sebelum membeli hard disk, perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli hard disk,

Ciri-ciri Hard Disk Terbaik Yang Perlu Anda Baca Sebelum Membeli

Kalau ada orang tanya pendapat saya apa ciri hard disk terbaik sudah tentu saya ada jawapannya. Seorang yang meminati photography, seorang bapa dan juga seorang peminat movie sudah pasti memiliki hard disk kerana terlalu banyak gambar dan juga movie untuk disimpan. Semuanya sangat penting. Setiap gambar ada nilai-nilai yang tertentu sebab itu perlu disimpan di dalam hard disk yang terbaik seperti ADATA Hard Disk USB 3.0. Kenapa pula saya katakan ADATA Hard Disk mempunyai ciri terbaik?

1. Ketahanan

Ketahanan ini sangat penting. Tidak kira apa jua barang yang kita ingin miliki perlu ada ciri ini. Adakalanya kita tak mampu terlalu menjaga semua barang penting yang kita miliki. Adakalanya kita cuai, terlupa dan sebagainya. Tahukah ADATA hard disk mempunyai ketahanan kalis air (water proof), kalis habuk (dust proof)dan kalis gegaran ( shock proof) 3 jenis ketahanan ini membuatkan ianya ciri paling menarik. 

ADATA telah pun berjaya memenuhi beberapa piawaian ujian IP68 yang mana berjaya memenuhi ujian kalis air dan habuk. Kalis air pula adalah sedalam 2 meter selama 120minit ( 2 jam ). Ianya sudah cukup sekiranya tertumpah air atau terjatuh ke dalam longkang kesemua fail yang penting masih selamat.

Kalis Gegaran pula ianya ADATA har Disk telah berjaya melepasi ujian 1.8meter standard keperluan 'Military Grade' (MIL-STD-810G 516.6). Maksudnya kalau terlepas dari genggaman pun masih lagi selamat, atau sebagai ibubapa jika ada anak kecil terbaling sekalipun masih lagi mempunyai ketahanan yang kuat.

2. G-Shock Sensor

Ada diantara produk ADATA Hard Disk ini mempunyai teknologi G-shock Sensor dimana secara automatik memberhentikan operasi ketika bergegar untuk menyelamatkan data daripada rosak dan operasi akan kembali seperti sediakala apabila tiada lagi gegaran. Tak guna juga beli hard disk dengna saiz simpanan besar tetapi tiada teknologi ini. Bila jatuh silap haribulan segala maklumat penting hilang begitu saja.

3. Saiz Simpanan

Apabila ingin membeli sesebuah hard disk saiz simpanan juga antara ciri penting yang perlu dipertimbangkan. ADATA menyediakan saiz simpanan sebesar 1 Terabyte dan juga 2 Terabyte. Memang sangat besar.

4. Rekabentuk

Susah untuk dikatakan "tidak" mengenai rekabentuk. Rekabentuk yang menarik sudah tentu memberi kesan kepada pemiliknya untuk nampak lebih menarik. Bukan saja rekabentuk yang menarik ini saja tetapi ada juga warna yang menarik serta dibina dengan 3 lapisan protection.

Dari segi warna, ada corak celoreng tentera dan ada juga warna yang menarik seperti biru hijau dan warna hitam.

ADATA hard disk dan kelebihannya. kelebihan ADATA Hard disk, ciri terbaik hard disk, ciri hard disk terbaik sebelum membeli,
ADATA Hard Disk dengan warna yang menarik

5. Warranty

Walaupun Hard disk ADATA ini didatangkan dengan teknologi yang begitu baik kalis air, habuk debu mahupun gegaran, ianya tetap tidak terlepas daripada diberikan 3 tahun warranty tempatan. Memang terbaik sebab apa ianya lebih meyakinkan bahawa produk ini mampu bertahan dengan baik.

6. Kelajuan 

Ciri terbaik hard disk yang terakhir ada kelajuan data transfer 5GB/saat dengan USB 3.0. Ini membolehkan kita menghantar gambar atau apa saja fail dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Masa itu sangat berharga.

6 ciri ini amat patut diambil berat sebagai Ciri Hard Disk Terbaik sekiranya anda ingin membeli atau memilikinya satu hari nanti. Boleh juga mengintai di Lazada sempena Hari Raya Cina mungkin terdapat promosi yang terbaik untuk anda. Terima kasih sudi membaca mengenai ADATA Hard Disk.

Jumpa lagi.

Comments

  1. ada hard disk pun buat simpan movie dengan seriues ja..

    ReplyDelete
  2. Ok jumpa lagi... Memang dia suruh beli betul2 ni... Tahu2 je kita nak beli hard disk, terus naik review pasal hard disk

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. saya pun pilih warranty tapi selepas ketahanan

      Delete
  4. ketahanan & kelajuan tu penting..

    ReplyDelete
  5. Warranty dan saiz storage.
    All the best, Arz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. warranty kan....tapi ketahanan juga penting...sebab file yang penting kita simpan di dalam

      Delete
  6. info yang bagus klu nk beli hard disk

    ReplyDelete
  7. yup..boleh jadikan rujukan..lama dh xbeli hard disc ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih