5 Jenis Barangan Yang Penting Diimpikan Pada 2017

5 Jenis Barangan Yang Diimpikan Pada 2017

Apakah barang yang anda impikan pada tahun 2017? Setiap orang mesti ada impian yang tersendiri. Ada yang impikan sebuah rumah, sebuah kereta atau barang peribadi samada mahal ataupun murah. Apa yang penting barang tersebut adalah berguna untuk kegunaan seharian kita. Elakkan dari membeli barang yang mungkin kita hanya guna sekali itupun waktu tertentu dan lebih teruk kalau guna cuma seumur hidup sekali gulp....Di bawah merupakan 5 barang yang diimpikan pada tahun 2017 dan agak penting mudah-mudahan tercapai.


Go pro Hero 5 Session. Sudah tentu peminat fotografi atau mereka yang meminati aksi lasak, melancong, dan lain-lain bidang akan mengimpikan gadjet ini sebagai barang penting yang perlu dimiliki 2017. Kenapa jadi barangan yang diimpikan? Dengan kebolehannya yang mampu merakam video 4k dan 10MP gambar beserta kalis air 30 kaki dalam sudah tentu menjadi igauan mana-mana remaja hari ini. (masih remaja ke aRz ni ?? hehe)


kelebihan go pro hero5 session, go pro hero 5 session, 5 jenis barang yang diimpikan di lazada 2017,
Go Pro Hero 5 Session

selain itu mempunyai kelebihan merakam dengan hanya arahan suara (voice command) dan video stability untuk rakaman video yang lebih cantik. Saiz yang kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

2. Taichi Waterproof Backpack

Barangan yang diimpikan pada tahun 2017 adalah sebuah beg yang kalis air. Untuk aktiviti lasak yang tidak mengira cuaca dan tempat. Sudah tentu Taichi Waterproof  Backpack menjadi pilihan. Boleh juga untuk menyimpan kamera, telefon pintar dan sebagainya lagi untuk aktiviti seperti mendaki, memancing di atas bot, melancong dan sebagainya. Walaupun kebanyakan beg ini digunakan oleh mereka yang lebih menggemarkan meluncur laju dengan superbike :p.

beg kalis air, waterproof backpack, 5 barang yang wajib dibeli di lazada, beg untuk rider, taichi waterproof backpack with led,
Taichi Waterproof Backpack
Beg ini juga dilengkapi cahaya LED yang memudahkan orang lain menyedari kehadiran kita di waktu malam. 


Jam tangan wanita jenama Casio Enticer khas untuk isteri. Sejak kebelakangan ini asyik buka laman web Lazada melihat jam tangan. Mungkin minta untuk di beli sebagai hadiah. (signal suruh beli agaknya) Barangan impian bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk pasangan hidup juga. Dia Tersenyum Kita Bahagia :p

jam tangan casio untuk wanita, hadiah untuk teman wanita, beli jam di lazada, 5 barang yang diimpikan di lazada,
Jam Tangan Casio
4. Beg Li-Ning 3 in 1 Racquet 

Dah bertahun terjebak dengan sukan Badminton. Pernah membawa pulang gelaran Juara untuk Kelab Sukan di pejabat. Tetapi cuma ada sebatang raket badminton. Percaya tak? Beg pun tak pernah ada. Jadi 2017 ini impikan sangat nak ada sebuah beg untuk menyimpan barang-barang yang sesuai ketika bermain badminton seperti t-shirt, tuala, kasut, stokin dan air serta raket. Impian nak tambah raket tu ada juga cumanya beg lebih penting.

beg badminton li-ning, 5 jenis barang yang patut di beli di lazada 2017, 5 barang diimpikan di lazada,
Li-Ning Bag

5. Powerbank Pineng 10000mAh Slim Design

Zaman sekarang ini memang tak dapat elak dari menggunakan gadjet. Powerbank memang sangat berguna saat-saat kecemasan. Di rumah cuma ada satu saja powerbank tak cukup untuk menampung 2 telefon pintar dan 1 tab Cik Puteri. Kalau di rumah memang tak ada masalah cuma bila pulang ke kampung atau pergi bercuti waktu ini memang akan timbul masalah. Jadi perlu ada lagi satu powerbank. Murah saja harganya tapi tetap nak jadikan sebagai impian 2017.


powerbank pineng, 5 barang yang patut di beli di lazada, barang yang diimpikan 2017, pineng powerbank, powerbank murah,
Pineng Powerbank

Kalau dulu nak beli semua barang yang diimpikan ini kena ke kedai, tengok tengok harga dan buat budget baru datang beli. Sekarang semuanya mudah sangat sebab ada banyak tempat membeli belah online yang tak perlu bersesak-sesak, berpanas, bayar parking, anak meragam nak itu nak ini..Dalam shopping online aRz lebih suka menggunakan Lazada sebab lebih dipercayai. Lagipun dah banyak kali membeli disini. Kebetulan sempena Tahun Baru Cina ada promosi CNY Red Hot Sale diskaun sehingga 88%. Manalah tahu semua barang yang diimpikan ini ada terdapat harga promosi.

Baik setakat ini dahulu perkongsian mengenai 5 Jenis Barangan Yang Diimpikan pada tahun 2017 dan harga untuk semua 5 jenis barangan ini bernilai RM 2017. Menarik tak? Apa yang anda impikan? Kongsikan di ruangan komen di bawah. 

Terima kasih sudi membaca dan jumpa lagi.

{ 26 comments.. read them below or add one }

Izzati Suhaide Izzati Suhaide 29 Jan 2017, 18:42:00
lawa jam tu..warna pink lagiii.. gud luck abg arz. :)
Nor Azimah Nor Azimah 29 Jan 2017, 19:08:00
In shaa Allah ada duit, adalah rezekinya tu, tak pun mana tau ada org baik hati nak hadiahkan, ye tak? Hehe
aRz MoHa aRz MoHa 29 Jan 2017, 20:53:00
warna pink memang cantik di mata insan bernama wanita kan
aRz MoHa aRz MoHa 29 Jan 2017, 20:54:00
insyaallah mudah-mudahan doa akak ada orang nak hadiahkan termakbul amin...
umi alya umi alya 29 Jan 2017, 22:07:00
Mudah2an apa yang aRz hajati tercapai, aamiin..
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 30 Jan 2017, 09:29:00
wahhhhh serius jam tu cantik! good luck ARZ ;)
Cik Itah Cik Itah 31 Jan 2017, 15:11:00
semoga tercapai semuanya..hmm sy nak beli beg baru, baju baru, wedges or heels baru..hmm banyak lagi hehehe
Abam Kie Abam Kie 31 Jan 2017, 19:47:00
Alhamdulillah impian abam kie utk membeli hp Vivo dan external hard disk sudah tercapai thn ini..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 1 Feb 2017, 13:40:00
dpt gopro tu bestt tuu

good luck arz
iffah hussin iffah hussin 1 Feb 2017, 18:16:00
Wahhh... menarik semua barang yang dipilih... Bonde pon nak beli Go Pro td tak pandai sangat nak guna... hi hi hi jd hold dulu. beli yang lain.. Good luck
ayunie ramli ayunie ramli 3 Feb 2017, 20:14:00
Jam tu lawa ! Mek pun berkenan :)
siti hazreen siti hazreen 4 Feb 2017, 11:36:00
semoga tercapai hasrat memiliki semuanya. amin ;)
Nour Adieb Nour Adieb 8 Feb 2017, 13:56:00
thn ni nak kmpl novel Lynn Dayana yg best 😄
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:23:00
Semoga tercapai apa yang diimpikan
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:25:00
Amin...semoga dipermudahkan segala urusan siti hazreen juga
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:25:00
Mesti mek suka warna pink ni
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:26:00
Anies selalu bercuti dan melancong wajib ada
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:28:00
Alhamdulillah tercapai impian abe kie
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:29:00
Amin...terima kasih umi alya
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:30:00
Wah banyaknya....semoga tercapai impian tersebut
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:31:00
Nampak cantik warna pink untuk wanita kan...terima kasih kak izwa
aRz MoHa aRz MoHa 8 Feb 2017, 18:31:00
Senang saja cara menggunakannya bonde
acikidah acikidah 8 Feb 2017, 20:52:00
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan niat... insyaallah kalau kita ada niat untuk nak menggembirakan orang lain terutamanya ibubapa, pasangan atau anak2 pasti akan dipermudahkan. :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih