13 Aktivis Women's Boat To Gaza (WBG) Ditahan Rejim Israel Di Ben Gurion

13 Aktivis Women's Boat To Gaza (WBG) Ditahan Rejim Israel Di Ben Gurion ( Tel Aviv)

Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 aktivis dari pelbagai negara ditahan rejim Israel. Dikhabarkan kapal tersebut terputus hubungan pada jam 8.50 malam hari ini. Seorang rakyat Malaysia merupakan antara salah seorang daripada 13 aktivis ini. Misi pelayaran kemanusiaan ini adalah untuk membawa mesej keamanan dimana merupakan simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita terhadap kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007. Nama 13 aktivis dikongsikan di bawah.

## Update : Dr Fauziah Mohd Hasan selamat tiba ke Malaysia....

13 aktivis Women's Boat To Gaza ditahan rejim Israel, WBG, Rose2rose, Dr Fauziah Mohd Hasan, bebaskan aktivis WBG, Nama 13 aktivis WBG,
Dr Fauziah Mohd Hassan gambar kredit to Facebook  : Rose2rose 

Senarai nama 13 Aktivis Women's Boat To Gaza Yang Menaiki Kapal Zaytouna-Oliva

Diantara 13 aktivis ini salah seorangnya merupakan rakyat Malaysia. Dibawah adalah senarai nama mereka

1. Dr. Fauziah Hasan, Malaysia
(Pakar O&G, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Penasihat Rose2Rose)

2. Mairead Maguire, Ireland
(Penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun 1976, Aktivis Kapal MV Rochel Corrie 2010)

3. Marama Davidson, New Zealand
(Ahli Parlimen New Zealand Green Party, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia)

4. Jeannette Escanilla, Sweden
(Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis Kapal Estelle 2012)

5. Samira Douaifia, Alqeria 
( Ahli Parlimen Alqeria, Aktivis kanak-kanak dan wanita)

6. Leigh-Ann Naidoo, South Africa
(Peserta Bola Tampar Olimpik 2014 Athens)

7. Ann Wright, United States
(Pesara Askar Kolonel AS, Bekas DIplomat As, Aktivis Kapal Challenge 1 2010, Penganjur US Boat to Gaza 2011, Boat Leader Gaza Freedom Flotilla 2015, Boat leader Women's Boat to Gaza 2016)

8. Yudit Barbara Ilany, Israel
(aktivis Hak Asasi Wanita, wartawan bebas Israel Social TV)

9. Mina Harballou, United Kingdom
(Koresponden Al-Jazeera)

10. Hoda Rakhme, Russia
(Jurugambar/Editor Al-Jazeera)

11. Sandra Barrilarom, Spain
(Jurugambar, Co-Founder Namblee.com)

12. Synne Sofie Reksten, Norway 
(Kru kapal, Pelajar dari Norway)

13 Emma Ringgvist, Sweden
(Kru Kapal, Guru Muzik)

kredit kepada Berita Harian.


Jika melihat kepada senarai 13 aktivis WBG yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysa tetapi terdapat juga dari Amerika Syarikat dan Israel serta peserta Olimpik. Sama-sama kita doakan keselamatan terutama buat Dr Fauziah Hasan semoga mesej keamanan yang dibawa oleh mereka berjaya dan seterusnya dapat membantu sedikit sebanyak kepada pembebasan bumi Gaza.

Sama-sama kita memberi sokongan dan desakan supaya 13 aktivis ini dibebaskan secepat mungkin dan anda boleh menggunakan hashtag seperti dibawah ini.

#womenboattogaza
#womentogaza

senarai nama 13 aktivis WBG yang ditahan rejim israel, bebaskan aktivis WBG, womens boat to gaza, women to gaza, Siapa 13 aktivis yang ditahan rejim israel,
Wajah Aktivis WBG - Berita Harian

Jumpa Lagi

{ 10 comments.. read them below or add one }

Gee Lion Gee Lion 7 Oct 2016, 02:48:00
Apa motif dorang buat macam tu ye?
Saja nak tunjuk power la tu.
Kamsiah Yusoff Kamsiah Yusoff 7 Oct 2016, 07:10:00
semoga kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu utk pembebasan mereka..
ayunie ramli ayunie ramli 7 Oct 2016, 09:16:00
Pagi ni dh lepas 3 org kan? Tp yg mlysia blom. Same same kt doakan mreka slmt
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2016, 11:25:00
alhamdulillah sudah dibebaskan....Dr Fauziah Mohd Hasan
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2016, 11:25:00
alhamdulillah sudah dibebaskan
aRz MoHa aRz MoHa 8 Oct 2016, 11:25:00
memang jenis bangsa yang lupa diri berlagak
Amy J Amy J 8 Oct 2016, 14:17:00
masha ALLAH macam-macam sungguh
Lea Azleeya Lea Azleeya 12 Oct 2016, 16:05:00
Alhamdulillah dah dibebaskan... Syukur... :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih