Ayam Golek Sedap Menu 25 Ramadhan
Teringat mengenai keinginan pada hari pertama Ramadhan kali ini. Memang teringin sangat nak makan ayam golek di Bazaar Ramadhan Bayan Baru. Bukan senang nak cari ayam golek sedap dan harga yang memuaskan. Tapi apa kena mengena dengan 25 Ramadhan? Ni nak cerita...
Ayam Golek Bazaar Ramadhan Bayan Baru |
Cerita yang sebenarnya aRz memang teringin sangat nak rasa ayam golek dari tahun lepas tapi bila sampai saja kat Bazaar Ramadhan Bayan Baru ni tengok ramai sangat orang beratur... Keinginan tu tiba-tiba hilang. Sehinggalah 1 Ramadhan kali ni keinginan tu terdetik di hati ditambah nafsu makan yang semakin membuak-buak.
Tapi masih tak berkesempatan singgah ke Bazaar Ramadhan. Sehinggalah Jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan kali ini terdengar kuliah Ramadhan oleh seorang Ustaz jemputan berkata cuba lawan keinginan nafsu. Kalau hari ni teringin sangat cuba tolak ke esok hari. Ianya dikatakan tips mengawal hawa nafsu. Bila fikir balik betul lah... Bukankah Ramadhan bulan melawan dan mengawal hawa nafsu?
Akhirnya aRz sendiri cuba... dan letakkan 25 Ramadhan sebagai satu tarikh untuk membeli ayam golek ni.
Kita mampu merancang Allah menentukan. Ramadhan hari ke 25 pun aRz tak sempat beli. Kebetulan wife aRz ajak ke Bazaar Ramadhan satu lagi. Esoknya baru berkesempatan.
26 Ramadhan akhirnya dapat juga merasa ayam golek yang di inginkan. Alhamdulillah harga agak beratutan. Seekor RM 24 Setengah Ekor RM 12 dan Suku pula RM 7. Ikut hati nak beli Seekor. Tapi masa tu tak tahu betul ka sedap?
Jadi aRz cuba dulu suku... Kalau sedap esok boleh beli lagi.
Memang ayam golek di Bazaar Ramadhan Bayan Baru ni dah terkenal dengan kesedapannya, harga berpatutan dan juga punya peminat tersendiri. Beratur panjang nak membeli.
Jadi macam mana pula pengalaman anda semua ketika mencari menu Berbuka Puasa?
Dapat apa yang dicari? Puas hati?
Setakat ini dulu. Dikesempatan ini aRz ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf selama aRz ini sekiranya ada terkasar bahasa samada di Blog ini atau media sosial yang lain secara sedar mahupun tidak.
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun. Insyaallah.
Assalam Arz, harap sihat yea dlm nk meraikan syawal ni.
ReplyDeleteTak blk teganu ke?
Akk dah akhir2 ramadhan baru ke bazar Ramadhan sbb dah habis idea nk masak, hihi. Tapi sekadar cari martabak, taufufa je.
Setiap org ada cara tersendiri melawan nafsu, cuma antara kuat tak kuat, nak tak nak saja.
wsalam kak azimah balik terengganu raya baru ni...tak sempat nak balas...
Deletehujung rmaadhan ja pun ke bazaar
Assalam Arz, harap sihat yea dlm nk meraikan syawal ni.
ReplyDeleteTak blk teganu ke?
Akk dah akhir2 ramadhan baru ke bazar Ramadhan sbb dah habis idea nk masak, hihi. Tapi sekadar cari martabak, taufufa je.
Setiap org ada cara tersendiri melawan nafsu, cuma antara kuat tak kuat, nak tak nak saja.
Selamat hari raya Arz.. diorang jual lagi ya suku tu. Kat sini sebelah pun tak bagi
ReplyDeletemasih ada suku...tapi macam tak cukup huhu
Deletelast puasa harini, seksi ehhh ayam golek tu, btw ucap seksiap..selmat hari raya arz!
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir dan batin
DeleteSELAMAT hARI RAYA Buat arz & family..irda berbuka rumah mak selalu..tapi selalunya mak lagi masak sedap dari beli kat bazar..memang tak beli sangat kat bazar kecuali kalau nak cari kuih melayu atau teringin nak makan yang lain dari menu mak..hehe...
ReplyDeletemenu mak memang paling sedap...tapi kekadang nak juga cari kuih kan...hehe
Deletesedap
ReplyDeletememang sedap...nampak gaya tahun depan pula dapat merasa
DeleteSelamat hari raya aRz...
ReplyDeleteSelamat hari raya umi alya
Deletesedap tu makan ayam golek. di Tanah Merah kelantan cuma RM22 seekor..
ReplyDeleteSedap...murah harga dari penang
Deleteselalu juga saya beli time puasa hari tu
ReplyDeleteaRz dapat cuba sekali ja....kena tunggu tahun depan la jawabnya
DeleteSedapnya ayam golek. Selamat Hari Raya abg aRz. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Nani....terima kasih atas ucapan
Deletenampak menyelerakan utk org yg tgh puasa ni waarghhh
ReplyDeleteSelamat berpuasa 6 anies
DeleteSemasa puasa semua makanan di pasar Ramadhan nampak dan rasa sedap. Kalau masak sendiri lagi lah sedap dan juga sihat. Dan jimat.
ReplyDeletebetul kak....semua nampak sedap...tapi syukur kali ini cuma beberapa hari saja ke pasar ramadhan
Deletehaha! timm kat bzar cari bakso indon je kat bzar rmadan kelang lma..hehe..
ReplyDeleteSedap ni.. Papepun, Selamat Hari Raya..! Reen singgah dan follow blog Azril.. Jemput singgah blog Reen ;)
ReplyDeleteTak beli ayam golek pun Ramadhan kali ni Arz. Jarang ke bazar Ramadhan pun ye kot...
ReplyDeleteDulu rasanya Rm18 seekor la ni dah Rm24? Harga tak pernahnya nak turun kan....
Puasa tahun ni banyak kali jugak pergi bazar beli lauk..sebab dekat rumah tinggal bertiga je dgn mak abah..jadi, beli 2 3 jenis je.. :) masak time ramai berbuka kat rumah je..heee
ReplyDelete