Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya

Kata Nasihat : Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya

Jika kita diingatkan,  dipesan atau dinasihati oleh seorang Nakhoda kapal akan pentingnya membawa bekalan secukupnya sebelum kapal berlayar menuju destinasi. Apakah tindakan yang akan kita buat? 

Arzmoha, cik puteri, gambar di atas sampan, gambar 3D, Penang Street Art, Penang Times Square, father and daughter, Kids,
3D Art | Perkampungan nelayan
Manusia seringkali terlupa, sebab itu kita selalu diingatkan terutama sang lelaki yang wajib menghadiri solat Jumaat setiap minggu. Dalam khutbah solat Jumaat kali ini Khatib mengingatkan akan perjalanan kita di dunia ini. Lalu dia berpesan bahawa usah abaikan atau melambatkan dalam berbuat kebaikan dan amal soleh. Katanya lagi cuba bayangkan jika kita diingatkan oleh nakhoda kapal bahawa kita bakal melalui perjalanan yang panjang dan hanya akan berhenti ketika sampai ke destinasi apakah kita akan membawa bekalan yang secukupnya? 

Dalam memastikan bahwa kita perlu membawa bekalan yang secukupnya maka jangan kita melambat-lambat dalam berbuat kebaikan. Kita tidak tahu bila kita bakal dijemput oleh Yang Maha Kuasa. 

Tidak kira tua atau muda kita pasti akan dijemput olehNya. Jadi apakah waktu yang kita tidak tahu bila penghujungnya kita masih ingin berbuat dosa? 

Tambahan pula di zaman berteknologi hari ini mampu membuatkan kita menyumbang dosa pada bila-bila masa. 

Jom audit diri kita. Disini aRz juga ingin memohon maaf andai ada laman www.arzmoha.com ini pernah membuat mana-mana pihak terasa sengaja ataupun tidak. Anda juga boleh menegur sekiranya ada perkara yang tidak baik dikongsikan di laman ini. Jumpa lagi. 

ARZMOHA
azrilmohdhaniffa@gmail.com 
Instagram/twitter/fb : @arzmoha

Previous
Next Post »

20 comments

Click here for comments
umi alya
admin
5 Feb 2016, 22:31:00 ×

amboi aRz & Puteri, naik perahu tu nak pergi ke mana? bawa bekal tak?

Serius, perkongsian yang baik..

Reply
avatar
titan
admin
6 Feb 2016, 00:59:00 ×

aku gi keje, bini selalu bagi bekal.

risau dia takut aku lapar.

Reply
avatar
Nor Azimah
admin
6 Feb 2016, 16:22:00 ×

Jln kt dunia pun perlukan bekal yg cukup, inikan pula jln ke akhirat, tentulah perlukan bekal yang sepatutnya, malah biarlah berlebihan.

Reply
avatar
7 Feb 2016, 17:02:00 ×

Betul tu..jangan leka dengan dunia sahaja. Bekalan ke akhirat itu yang amat penting

Reply
avatar
7 Feb 2016, 18:55:00 ×

Ustaz pesan didunia ni tak boleh berehat sebab kena banyakkan bekal nak ke akhirat sana

Reply
avatar
lyana ishak
admin
7 Feb 2016, 19:30:00 ×

terima kasih aRz atas perkongsian nie , sama-sama kita audit diri sendiri =)

Reply
avatar
8 Feb 2016, 13:02:00 ×

tapi pemergianmu tiba2 masih agak berat rasa nak maafkan ni....grrrrrr #masihbelummoveon

Reply
avatar
Nora Karim
admin
13 Feb 2016, 16:00:00 ×

Perkongsian yg baik.... sedangkan di dunia pun kita bawa bekal yg cukup... moga di akhirat nanti cukup dan harap berlebihan bekalan yg di bawa...

Reply
avatar
13 Feb 2016, 17:34:00 ×

Satu entri yang bermanfaat, terima kasih diatas perkongsian anda.

Reply
avatar
Zie Has
admin
15 Feb 2016, 18:23:00 ×

hurmmm kadang-kadang terasa macam bekalan belum cukup lagi

Reply
avatar
17 Feb 2016, 12:06:00 ×

kena selalu audit diri sendiri supaya tidak tersasar dari landasannya....thanks utk entry ini arz.

Reply
avatar
hainom OKje
admin
18 Feb 2016, 22:22:00 ×

Tq berkongsi Arz....Arz muda lagi, tak perlah ....mak yg dah nak senja ni.....huhu

Reply
avatar
26 Feb 2016, 09:37:00 ×

Terima kasih atas perkongsian ni Arz. Untung bagi siapa-siapa yang selalu baca blog ni. Selalu dapat peringatan.

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
26 Feb 2016, 10:08:00 ×

sama-sama kita berkongsi dan mengingati kan khamsi

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
26 Feb 2016, 10:10:00 ×

yang muda lagi kurang bekalannya kak hainom

Reply
avatar
Sobri Mansor
admin
2 Mar 2016, 10:18:00 ×

Teringin nak pergi. Masa je tidak mengizinkan

Reply
avatar
Mummy Julia
admin
3 Mar 2016, 09:46:00 ×

InsyaAllah akan diusahakan..Amin

Reply
avatar
Zie Has
admin
8 Mar 2016, 22:19:00 ×

masih berusaha cukupkan bekalan :)

Reply
avatar
14 Mar 2016, 09:30:00 ×

yelaaa ceq maafkan.. biasala tu kita penuh khilaf..

Reply
avatar

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih ConversionConversion EmoticonEmoticon