Set Dapur Baru Beli di Lazada atau BnK Tool

Set Dapur Mainan Buat Cik Puteri

Set dapur baru buat Cik Puteri. Sebelum ini memang ada belikan buat Cik Puteri tapi macam tak menarik perhatiannya. Mainan lain pula yang dimain. Jadi saja nak cuba set dapur baru ini harap Cik Puteri suka dan main lama sikit. Ingatkan nak hadiah masa harijadi nanti, tapi mama Cik Puteri yang seronok lebih nak belikan lebih awal. Set dapur mainan ini memang menarik kerana.....baca seterusnya.

Set dapur baru, set dapur mainan baru, mainan kanak-kanak, hadiah harijadi, kanak-kanak, parenting story, hadiah untuk anak perempuan,
Set Dapur Baru

Set Permainan Buat Anak Perempuan

Rasanya bila ada anak perempuan biasalah, mesti ada kita cari mainan yang sesuai seperti anak patung, barbie, teddy bear dan sebagainya. Set masak-masak atau set dapur antara mainan yang sesuai juga. Reaksi Cik Puteri bila tengok set dapur mainan ni memang seronok sangat, cuba tengok digambar. Tak sabar nak pasang dan nak main. Abah kena jadi teman bermain, sebab dia faham mama banyak keja rumah nak kena buat. Tak dapat abah nak baring sambil layan siaran televisyen.

reaksi anak bila dapat mainan, set dapur mainan, mainan anak perempuan, dapur mainan untuk kanak-kanak perempuan,
Senyum bila dapat mainan baru

Apa Yang Menarik Dengan Mainan Ini

Set mainan ini agak menarik disebabkan beberapa perkara. Pertama mestilah nampak macam dapur sebenar cuma kecil khas untuk kanak-kanak. Ada dapur memasak yang dilengkapi lampu. Bila buka suis, lampu menyala dengan kuasa bateri. Jadi dapat kita ajar mengenai keselamatan di dapur seperti panas dan tutup lampu selepas digunakan serta lain lain.

set dapur mainan buat kanak-kanak perempuan, dapur mainan, mainan kanak-kanak perempuan,
Dilengkapi lampu

Ruang memasak bawah juga dilengkapi lampu, ala-ala microwave...eh yeke....hehe.Bahagian ini mungkin ibubapa dapat didik anak-anak untuk belajar menutup semula pintu selepas guna. Jadi dapat sedikit sebanyak diaplikasikan di peti sejuk dan sebagainya. Bagus juga permainan set dapur ini.

set dapur, microwave mainan, mainan kanak-kanak,
Ruang masak bawah juga dilengkapi lampu 

Ruang basuh tangan atau sinki. Di bahagian ini, bila kita main dengan anak-anak boleh mula mendidik tentang pentingnya menjaga kebersihan dengan basuh tangan sebelum main, walaupun tiada air. Lama-kelamaan ia menjadi tabiat yang baik. Begitu juga membasuh sayur, buah, sudu garfu, dan selepas main. Comelkan set dapur mainan ini...

mainan kanak-kanak perempuan lengkap sinki,
Ruang basuh tangan

Selain daripada itu, set mainan dapur untuk kanak-kanak ini dilengkapi peralatan ala-ala berada di dapur, seperti pinggan, sudu, garfu, pisau potong ayam, tin, botol tomato dan salad. Ia juga dilengkapi dengan alas memotong, berus, tempat buka tin dan sebagainya.

set dapur mainan lengkap rak pinggan, mainan kanak-kanak, hadiah harijadi buat anak perempuan,
Rak meletakkan pinggan, sudu dan barang lain

set dapur mainan, mainan kanak-kanak perempuan,
Kelengkapan dapur lain


mainan kanak-kanak perempuan, idea hadiah harijadi,
Periuk dan sayur

Set dapur mainan untuk kanak-kanak perempuan memang menarik. Dengan mainan seperti ini membantu mempelajari sesuatu yang baru, selain dari itu menguragkan masa dari gadjet seperti tablet dan sebagainya. Canggih sungguh zaman sekarang hehe...Canggih juga dengan cara pembelian sekarang ini. aRz cuma order online tak payah bersesak beratur berpeluh nak beli mainan. Terdapat 2 cara untuk anda membeli mainan seperti ini.

Lazada

Lazada memang sudah terkenal dengan platform pembelian online yang dipercayai. Bagi ibu-ibu yang sememangnya sudah biasa membeli di Lazada. Ya ada promosi terbaru yang membantu ibu-ibu, kakak-kakak untuk dapatkan permainan set dapur seakan sama seperti Cik Puteri.

set dapur mainan, hadiah untuk anak perempuan, set dapur mainan online, beli mainan kanak-kanak online,
Portable Kitchen + Free Colour Pencil

Harga juga menarik dengan penjimatan 37% hanya RM 62.80. Kenapa tak percaya? Klik SINI
Lazada juga menawarkan perkhidmatan COD jadi tak perlu risau jika mainan ini tidak sampai. Guna sahaja perkhidmatan COD. Terbaik bukan?

atau anda boleh membeli juga secara online di KEDAI ONLINE BNK TOOLS yang bantu aRz dapatkan mainan yang memuaskan hati ini. Memang berbaloi harga yang ditawarkan di kedai ini. Selain daripada mainan juga terdapat baju dari bayi sampai ke kanak-kanak.

Buat ibubapa pastinya inginkan sesuatu yang berbaloi apabila membeli sesuatu bukan? Kedai ini pastinya memberikan apa yang anda inginkan.

Buat yang ingin melihat sendiri apa yang menarik di BNK Tools ini boleh ke 

Facebook : BnK Tools
Semoga dapat membantu anda mengembirakan hati anak-anak anda. aRz sendiri pun rasa seronok bila melihat Cik Puteri tersenyum ketika melihat hadiah yang diterima. Jom shopping...

Jumpa Lagi

{ 56 comments.. read them below or add one }

Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin 17 Sep 2015, 09:25:00
Seronoknya dia ada set dapur baruuu..
Nieyl Nieyl 17 Sep 2015, 10:02:00
salam pagi...
wah!bestnyer...
aRz MoHa aRz MoHa 17 Sep 2015, 11:19:00
satu ja? danish nak amakan apa hehe
aRz MoHa aRz MoHa 17 Sep 2015, 11:20:00
kanak-kanak memang seronokla dapat mainan kan
aRz MoHa aRz MoHa 17 Sep 2015, 11:22:00
untung....Abahla kena main dengan dia huhu
adarnadzmie adarnadzmie 17 Sep 2015, 11:28:00
sesuai unutk anak dara yg baru nak belajar masak kt dapur...
bole la masak menu sedap lepas ni....haha
Murni Alysa Murni Alysa 17 Sep 2015, 12:01:00
Bestnya.. dulu pernah beli set masak2 gni laa juga kat alysa..tetapi adiknya pulak yang pulun duk main.
anajingga anajingga 17 Sep 2015, 12:16:00
alolo bestnya mama belikan dapur masak-masak...memang sesuai dah mainan ni arz untuk anak perempuan,melatih depa lebih kreatif dan in shaa allah tak main kat dapur dah lepas ni sebab ada dapur sendiri.hihi :)
cikpinz cikpinz 17 Sep 2015, 12:28:00
Sesuai untuk Cik Puteri. Harap besar nanti rajin masuk dapur ye
Isma Addi Jumbri Isma Addi Jumbri 17 Sep 2015, 12:41:00
Masa anak-anak saya seusia ini memang mereka sangat seronok bermain 'masak-masak' bersama-sama. Lebih-lebih lagi jarak usia anak-anak saya tidak jauh berbeza antara satu sama lain dan kebetulan kesemua anak saya adalah perempuan.
aizamia3 aizamia3 17 Sep 2015, 13:37:00
cantik.. teruja melihatnya.. ;)
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah 17 Sep 2015, 13:42:00
wow bagus jugak set mainan masak2 tu yea..
yaya cendana yaya cendana 17 Sep 2015, 16:43:00
tetibe teringat...dekat rumah yaya tak boleh masak...hehehee
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 17 Sep 2015, 18:36:00
macam2 sekarang..

tapi, Cik Puteri, maintain comel...

aum.. geram ~
muhammad nizam muhammad nizam 17 Sep 2015, 22:02:00
ganbar atas mcm real... berapa harga ni
aRz MoHa aRz MoHa 17 Sep 2015, 23:11:00
Alhamdulillah, kurniaan Allah penyeri keluarga
Dunia Zumal Dunia Zumal 18 Sep 2015, 09:17:00
Berminat pula Zumal nak cari dapur camtu...
el el 18 Sep 2015, 11:09:00
dah besar nti leh bukak bisness teaalammm ngan teh ok cik puteri
hehehe
Ummul Azkee Ummul Azkee 19 Sep 2015, 21:32:00
bestnya dapur ni..siap ada lmpu..patutlah mama dia teruja..
muhammad nizam muhammad nizam 19 Sep 2015, 22:31:00
habaq laa.. nak pi usha gak ni...
zai zamree zai zamree 22 Sep 2015, 13:02:00
auwwww...nk main masak2 la
Nora Karim Nora Karim 6 Oct 2015, 12:44:00
wah, seronoklah cik puteri tu... kemain dia main masak2...
Anizz Annisa Anizz Annisa 9 Oct 2015, 21:15:00
arghh bestnyeee... cik puteri jom main dengan acik anis jom.. abah xnk main masak2 tu.. heee
Amy J Amy J 9 Oct 2015, 22:47:00
pergh menarik sangat! macam betul sungguh ha set mainan dia
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 21 Oct 2015, 14:52:00
alololo tomel je...insa llah mn tau dgn set kitchen ni da bsr jd chef terkenal... aminnn
Dewi Aja Dewi Aja 5 Jan 2016, 16:15:00
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
hainom OKje hainom OKje 5 Jan 2016, 16:33:00
Terasa nak jadi kecik pulak bila tengok mainan tu. Untungkan budak sekarang ni Arz....
Harga pun rasanya mampu milik tu
budakbandunglaici budakbandunglaici 6 Jan 2016, 05:22:00
Harap2 dah besar nanti boleh belajar memasak
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 6 Jan 2016, 09:53:00
ala2...ank pmpuan biasa la..heheh
PeRdU cINta PeRdU cINta 6 Jan 2016, 11:41:00
sekali imbas lengkap macam dapur original la...serious...teruja pulak PC..ini langkah didikan awal...gadjet terbaik ni untuk asuh anak anak...
Mummy Julia Mummy Julia 6 Jan 2016, 16:01:00
Alahaii comeynya.. Cik Puteri Auntie nak pinjam.. nak masak pancake.. heheheh :D
Mizz Aiza Mizz Aiza 8 Jan 2016, 20:33:00
Comelnya set dapur.. Teringat kembali zaman kecil dahulu.. Harga memang berpatytan dan mampu milik..
Dunia Zumal Dunia Zumal 11 Jan 2016, 06:26:00
Mainan pun semakin canggih yer, surely anak-anak makin pintar ^-^
Zie Has Zie Has 15 Jan 2016, 11:14:00
seronok kan mainan dapur diorang ... macam real bila ada lampu dan bunyi :)
jambu batu jambu batu 19 Jan 2016, 16:35:00
Boleh tahan juga harga nya tu. Berpatutan ...
Jari Manis Jari Manis 1 Feb 2016, 16:29:00
pergh..untung cik puteri..anak kesayangan ni
Bunda_nora Bunda_nora 2 Feb 2016, 14:50:00
Cik Puteri mesti suka sangat kan...Kalu Zarif pergi tempat mainan suka sangat dengan mainan hot wheels n play doh..
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 10:47:00
kanak-kanak ni memang minat dengan mainan...sama juga cik puteri pun bunda
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 10:47:00
hehe...bagi minat memasak
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 10:48:00
excited sangat dia...kak
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 11:00:00
abah tak larat dah nak main hari-hari....sampai taktau nak masak apa
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 11:03:00
bila dah beli dan main sekali nampak ada kebaikan...seperti menyusun semula mainan selepas main, basuh tangan, jangan main di dapur sebab panas dan sebagainya...
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 11:04:00
kalau begini lebih seronok...anak hampir dekat umur...lebih meriah kan
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 11:07:00
ada harga kat atas tu...
aRz MoHa aRz MoHa 3 Feb 2016, 11:08:00
anak baru seorang kan kasis JM

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih