Gambar Buku Lesen Penarik Beca Ketika Majlis Bandaraya Georgetown 1957

Gambar Buku Lesen Penarik Beca Bandaraya Georgetown 1957

Pulau Pinang telah pun mendapat status Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Tetapi Pulau Pinang juga pernah mendapat status Majlis Bandaraya Georgetown pada 1 Januari 1957. Ianya merupakan sejarah buat Pulau Pinang. Tidak lupa gambar Buku Lesen Penarik Beca Awam ( Public Trisha Rider's Licence Booklet ) milik arwah tokwan suatu ketika dahulu. Pernah anda melihat buku lesen penarik beca seperti ini?

buku lesen penarik beca, sejarah penarik beca pulau pinang, buku lesen penarik beca majlis bandaraya georgetown pulau pinang,
Buku Lesen Penarik Beca Awam oleh Majlis Bandaraya Georgetown

Sejarah Bandaraya Georgetown Pulau Pinang

Pada 1 Januari 1957 status bandaraya telah diberikan kepada Georgetown oleh Royal Charter by Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom

Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan pencantuman Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan.

Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pada 1 Januari 2015, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharaan MPPP kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Penarik Beca Pulau Pinang

Arwah tokwan Abdul Rahman bin Abdul Ghani merupakan seorang penarik beca di Pulau Pinang suatu ketika dahulu selepas menjadi pemandu Tram. Kisah ini diceritakan oleh arwah mak dan arwah tok (perempuan). Kalau tak silap 3 dari adik beradik aRz tak sempat pun merasai kasih sayang seorang tokwan dari kedua-dua belah. Sebenarnya perkongsian ini berasal dari pertanyaan seseorang yang hampir tidak percaya mengenai arwah tokwan seorang "penarek becha" dan juga pemandu Tram di Pulau Pinang. Tetapi bukti mengenai pemandu Tram belum dijumpai.

buku lesen penarik beca awam pulau pinang, majlis bandaraya georgetown pulau pinang, fakta mebngenai penarik beca pulau pinang,sejarah pulau pinang,
Buku Lesen Penarik Beca oleh Majlis Bandaraya Georgetown

Fakta Menarik Yang Terdapat Dalam Buku Lesen Penarik Beca

Ketika mula melihat buku lesen penarik beca ini ada beberapa fakta yang ditemui. Biasanya kalau cakap mulut saja orang tak percaya. Antara fakta yang ditemui :

  1. Umur 53 tahun - arwah tokwan masih menjadi penarik beca pada umur 53 tahun iaitu pada tahun 1969.
  2. Majlis Bandaraya Georgetown - Ketika itu Georgetown sudah mendapat status bandaraya.
  3. Counter Hall Road - Zaman sekarang ni susah nak dengar orang sebut nama tempat "counter hall". "hang nak pi mana? Counter Hall? (biasa bunyi konto hall)
  4. Kenaikan bayaran pembaharuan lesen - Zaman dahulu RM 1 rasa sangat besar. Apatah lagi bila kenaikan harga dari RM 1 ke RM 2. Agaknya berapa bayaran beca yang dikenakan pada tahun sekitar 1969? 
  5. Kenaikan harga ini setelah bertukar kepada Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang

sejarah penarik beca pulau pinang, harga pembaharuan lesen oleh majlis bandaraya georgetown pulau pinang,
Bayaran pembaharuan RM 1 oleh MBGPP

buku lesen penarik beca , kenaikan harga oleh LPKT pulau pinang, gambar buku lesen penarik beca, sejarah penarik beca pulau pinang,
Bayaran Pembaharuan RM 2 oleh LPKT

Walaubagaimanapun buku ini menyimpan sejarah lalu. Tulisan masih terang dan tidak kabur. aRz sendiri pun mungkin tidak tahu mengenai beberapa fakta ini jika buku lesen penarik beca ini tidak ditemui. Korang ada sejarah dulu yang masih tersimpan?

{ 12 comments.. read them below or add one }

Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 27 Jan 2016, 10:26:00
Kena simpan buku ini sebagai sejarah keluarga
Kalau tak baca entri ini dan tak ada buku ini kakak pun tak tahu.
Nostalgia yg kini tinggal jadi sejarah.
The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan 27 Jan 2016, 12:54:00
salam , pertama kali tgk, tapi tak pernah naik sebb kesian kat pakcik beca ttu
Khamsi Abdullah Khamsi Abdullah 27 Jan 2016, 13:06:00
Barang antik. Ini kolektor bayar tinggi jugak ni. A piece of history... Simpan leklok ye arzmoha.
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jan 2016, 14:04:00
insyaallah sejarah lama...aRz pun belum lahir
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jan 2016, 14:04:00
tetapi zaman dulu ada yang menggunakan sebab kenderaan lain lebih mahal
aRz MoHa aRz MoHa 27 Jan 2016, 14:05:00
arwah mak yang simpan buku ni. Insyaallah kami pula simpan untuk kenangan
Dunia Zumal Dunia Zumal 27 Jan 2016, 14:10:00
Dulu masa sekolah pernah jumpa lesen arwah tok wan. Dia pun buat part time bawa beca masa muda dulu. Tapi budak2 masa tu, bukan nak simpan. Entah mana Zumal letak...
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 27 Jan 2016, 18:52:00
Elok lagi buku tu.. simpan tu arz.. banyak kenangannya...
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 28 Jan 2016, 13:51:00
wa.. brg berharga ni.. simpan2

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih